Tuesday, May 15, 2012

tazkirah mood exam : kisah di dalam peristiwa isra' dan mikraj

Assalamualaikum =)



study sambil menginsafi dosa-dosa lalu. moga Allah ampunkan dosa-dosaku yang kerdil lagi hina ini.



Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, tiba-tiba keluar semula, seolah-olah ia
belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril “Itulah kaum yang berjihad ʺFisabilillahʺ yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak”.



Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril
Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Fir.aun) bersama
suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir.aun kerana tetap teguh
beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui Fir.aun sebagai Tuhan).



Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala dan bercantum semula
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu
Rasulullah “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat)”.



Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan
bara api dan batu dari neraka Jahannam.Kata Jibril “Itulah orang-orang yang
tidak mengeluarkan zakat harta mereka”.



Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak yang elok ada di sisi mereka. Kata Jibril “Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri atau suami”.



Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril
“Itulah orang yang makan riba”.



Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril “Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih sanggup menerima amanah yang lain”.



Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibril “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya”.



Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibril “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang”.



Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat
masuk semula ke lubang itu. Kata Jibril “Itulah orang yang suka bercakap besar
(takabbur)”.



Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril “Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat”.



Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibril “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua”.



Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibril “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti
saat hari kiamat”.


hasil copy paste dari nota sirah aku. k ah nak sambung study. bye!

Friday, May 11, 2012

persediaan untuk peperiksaan

Assalamualaikum =)


dupdapdupdap. aku rasa macam debaran semakin terasa la pulak. minggu depan dah start exam tapi satu habuk pun aku tak sentuh lagi. sekarang aku fikir nak balik rumah ja ni hihihi. exam pun belum start dah kalut nak balik. maklumla dah 2 bulan aku tak balik, memang rindu tahap cipanzi dah ni dekat family aku =)

dengan ini aku memutuskan untuk hold kejap aktiviti berblog sebab aku nak tumpu untuk exam pulak. lagipun sekarang ni tak ada benda menarik pun nak ditempek kat blog aku ni. aku sekarang merupakan seorang student IPG yang bakal menghadapi peperiksaan and akan menghabiskan semester 3. hari grad dah semakin hampir kikikiki. ada dua tahun lagi la :)



jadual exam aku. nebes la pulop tengok jadual ni



Doa memohon kejayaan cemerlang:




semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku  untuk menghadapi peperiksaan kali ni dan semoga aku dan rakan-rakan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 3, 2012. ameeen



Tuesday, May 8, 2012

Pertandingan Kalam Jama'i sempena minggu bahasa arab

assalamualaikum =)


kelas aku memang tak pernah miss kalau ada pertandingan apa-apa kat IPG ni.  maklumla dah setiap kelas wajib hantar penyertaan kalau tak kami malas jugak nak join dan hari ni sekali lagi kelas aku masuk pertandingan kalam jama'i =)

sebelum ni kami dah masuk pertandingan bola jaring, pertandingan nazam, pertandingan bola baling dan pertandingan nasyid . walaupun tak pernah menang tapi aku suka sangat semangat clasmate aku. time masuk pertandingan macam ni la ukhuwah antara kami lebih erat haha.

kami masuk kalam jama'i kali ni pun bukanlah niat nak menang sangat, just untuk suka-suka and support mereka yang dah gigih anjurkan pertandingan ni. ingat tu kami bukan aim nak menang tau kehkehkeh.


awal-awal lagi dah gelak besar atas pentas sebab ada sorang budak tu buat salah sorang-sorang hahaha. lain yang kami berlatih lain pulak yang dia buat. sampai sekarang aku ingat lagi
 peristiwa tu :)



tajuk kami hari ni pasal hadiqatul hayawanat. bukan 1 malaysia tau 



jeng-jeng. mari kita skodeng  haiwan-haiwan kat zoo 



hik3. buat aksi malu pulak


aku tak tau la kali ni boleh ke tak nak menang. awal-awal lagi dah langgar syarat. sepatutnya depa nak 10 orang peserta ja tapi kami masuk sampai 13 orang. nak buat macam mana dah dak pompuan dalam kelas aku ada banyak tu huhu.

apa pun aku enjoy sangat kali ni sebab dapat gelak-gelak atas pentas =)


ok bye !

Monday, May 7, 2012

photoshoot PISMP 3.01

Assalamualaikum =)


lebih kurang dalam sebulan yang lepas ada dua orang pemuda datang ke maktab aku. lepas tu depa panggil setiap kelas untuk tangkap gambar termasukla kelas aku. rupanya dua orang pemuda tersebut adalah photographer yang datang entah dari mana huhu. 

lepas tangkap gambar dua orang pemuda tu kata sapa nak beli gambar ni boleh bayar deposit rm10 dulu. sapa yang tak nak beli pun tak pe dan entah kenapa kali ni aku tewas dengan dua orang photographer tersebut. sebelum ni hati aku memang keras tak pernah rasa nak beli gambar tapi kali ni  aku beli dengan harga rm20 =)

dan hari ni gambar tersebut dah siap. nah inilah hasilnya 



tak cukup pun dak kelas aku ni. memang excited aku nak tengok gambar ni tapi tiba-tiba aku tersentap kejap. punya la dok cari-cari nama aku tapi tak jumpa. rupanya depa tersalah tulis nama aku. tetiba pulak nama aku bertukar jadi huda. haish jauh jugak nida dengan huda. murka den !



candid photo. tah apa-apa budak laki kelas aku ni



candid again tapi tanpa sebarang alatan


lepas tengok gambar ni terus rasa nak edit gambar-gambar yang bersepuk dalam laptop aku ni lepas tu nak pergi cuci sendiri :)

ok bye !




Saturday, May 5, 2012

bila naluri keibuan menjelma

assalamualaikum =)



aku ni jarang nak mencurahkan kasih sayang kat orang. tapi sekali aku dah sayang aku akan sayang selama-lamanya. ceceh, bajet nak berjiwang lagi. tapi  bukan itu maksud aku

orang kata bila usia dah meningkat 21 ni dah layak sangat nak kahwin. even mak aku sendiri pun asyik mendesak suruh kahwin cepat. apakan daya mak, maafkan anakmu ini. bukan anak mak sorang ni tak mau kahwin lagi tapi memandangkan bakal menantu mak tu still belajar jadi duitnya belum ada. lain la kalau bakal menantu mak tu anak jutawan, boleh la dipercepatkan majlisnya hehehe atau mak sanggup sponsor kat kami ? =) ok, bukan ini yang aku nak ceritakan

ceritanya, aku rasa aku yang sekarang ni tak  macam dulu la. kalau dulu aku pandang anak orang dengan sebelah mata ja sebab aku fikir lantaklah tu anak orang, bukan anak aku. biarla aku curahkan sepenuh kasih sayang kat anak-anak buah aku ja. pastu aku selalu menyampah tengok orang yang excited bila jumpa baby. kononnya nak tunjuk kat orang yang dia tu penyayang la kan huhu. tapi sekarang benda tu dah terkena kat batang hidung aku sendiri

paling tak tahan bila aku pergi tempat awam. haish jeles jer tengok orang pegang baby. lagi-lagi kalau husband and wife dok bermanja-manja dengan baby depa. lagi la aku geram tengok. rasa nak nak culik anak depa pastu bawak lari jauh2 hahaha. aku tak sekejam tu !


kalau la boleh dapat baby twin yang comel macam ni memang cepat-cepat aku resign. baik aku jadi suri rumah sepenuh masa ja hihihi.




alololo. rasa macam nak gigit ja budak ni. comel sangat


emmmm, bila la hajat nak ada anak sendiri ni tercapai. memang geram sangat tengok baby sekarang. geram ! geram ! 

kalau aku kahwin sekarang pun macam la boleh dapat anak. kalau nak merasa kena tangguh sem boleh la hehehe.


ok bye !






let the pictures speak (^_^)

Assalamualaikum =)



jarang-jarang aku nak berjiwang kat blog ni. hari ni meh aku nak tunjuk sikit tahap kejiwangan yang melanda kehkehkeh. tak da la jiwang sangat pun. saja nak menggedik malam-malam buta ni


i am waiting for you ,:(


you know, my heart was cracked today hohoho. 


oh, so touching ! can't wait for tomorrow


sedapkan hati hehehe. 



ok bye !





Friday, May 4, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KPI

 Assalamualaikum =)


kiri kanan kiri, kiri kanan kiri. sempena hari Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) IPG KPI 2012 yang baru jer lepas, aku sebagai puteri islam yang succes terpaksa masuk pertandingan kawad kategori unit beruniform. mula-mula memang terpaksa tapi dah lama-lama dok berlatih rasa enjoy pulak. kalau boleh tahun depan nak masuk lagi la huhuhu. lagi enjoy bila muka yang sedia ada hitam bertambah hitam.



si ketot 3 orang yang dah menyumbang tenaga untuk PPIM ;) nampak lagi ketot bila pakai tudung macam dak sekolah kehkehkeh.



latihan terakhir before masuk padang



mulakan dengan doa supaya semuanya berjalan lancar. jangan ada yang lupa step


tabik hormat dari puteri-puteri yang comel



Alhamdulillah dah selesai. walaupun tak menang kami tetap puas hati sebab dah buat yang terbaik. nanti kite cube lagi ek !



ada gaya budak darjah 6 tak? hehehe . terasa comel berbanding uniform lain 



ok bye!

Thursday, May 3, 2012

cuti-cuti malaysia @ Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum =)


celcom broadband ni dah betul-betul menguji kesabaran aku. line lembab gile walaupun aku baru jer bayar rm150. aku rasa tak lama lagi aku nak berpisah la dengan celcom. nak try digi pulak =)

dari semalam lagi aku dok tunggu upload gambar tapi hari ni baru sempurna semua. ni pun aku tunggu dari petang tadi. sabau jela

malas nak emo lama-lama, hari selasa lepas bersamaan dengan cuti hari pekerja kami ramai-ramai berkonvoi ke taman botani. kami tu maksudnya classmate aku hihihi. Alhamdulillah rehlah yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun tak dapat nak berbasikal sebab orang ramai sangat



baru sampai. gegirls semua dok siapkan makanan, manakala boboys pergi tempah basikal :)



menu utama untuk breakfast. roti sandwich yang dibuat dengan kasih sayang oleh rahmah, wa, fiza, nida and nisa di awal pagi



sebelum makan kena baca doa dulu. baru setan tak curi makan sama huhu.



berselera betul depa ni makan. nampak sangat sedap =)



bajet kembar tak seiras. sorang hidung kemek, sorang lagi hidung boleh sangkut baju muahahaha.



kanak-kanak ribena PISMP 3.01



nampak macam suka-suka tapi sebenarnya kami tengah main " killer game" hihihi 



giliran haziq disoal siasat (^_^)




lepas main kami makan lagi



kanak-kanak versi macho sikit 



suke ngat gambar ni walaupun muka aku tak muncul di situ




cover album untuk semester 3 yang bakal berakhir tak lama lagi huhuhu.



the lucky-lucky bukan superman




tengah bergurau senda tetiba ada sorang kakak datang tegur kami. ayat kakak tu lebih kurang macam ni la " eh korang, boleh ambil masa sikit? sebenarnya saya tengah mencari pekerja untuk siram pokok-pokok kat taman ni. so, sapa yang berminat boleh la isi borang untuk interview

sebab tu la budak-budak kat atas tu tengah sibuk dok mengisi borang. depa ja yang berminat nak kerja kat taman botani huhu. tipu jer ! 




last shoot sebelum balik. nanti kite datang lagi ek sini. tak puas lagi jalan-jalan


ok bye !



kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers