Sunday, September 30, 2012

perkhemahan khidmat masyarakat @ kg Bukit Bangkong

Assalamualaikum =)


hari jumaat lepas sekali lagi batch aku buat aktiviti bersama. hari tu aku dah update pasal camping unit beruniform kat sini. kali ni aku nak update pasal program Bina Insan Guru ( BIG) pulak. sem ni memang banyak aktiviti yang kami buat. rasa macam YB pulak sebab selalu out station kahkahkah.

kalau student IPG memang dah familiar sangat dengan BIG. setiap sem ada BIG and setiap sem ada aktiviti yang berbeza. masa sem 1 kami camping kat sini. lepas tu derma darah kat sini.

BIG kali ni kami tidur kat sekolah orang asli bukit bangkong, sepang. aktivitinya ialah gotong royong bersih kawasan sekolah, buat mural, bersih kubur. dah nama pun khidmat masyarakat kan. macam ni jela aktiviti kami sepanjang 2 hari tu.

dalam banyak-banyak sem aku rasa BIG sem ni yang paling ohsem sebab kami langsung tak mandi sebab tak da air. nasib baik 2 hari jer. kalau 4 hari memang berkerutu la badan aku hahaha. 






pukul 7 pagi jumaat kami dah kena berkumpul kat garaj bas sebab pukul 8 dah kena gerak. masa ni semua fresh lagi sebab baru sudah mandi teehee.



tempat tidur akak-akak kat dalam kelas. abang-abang kena tidur kat dalam khemah. mula-mula memang best dapat tikar, lepas tu tikar kami kena guna untuk alas tempat solat. maka malam tu kami kena lupakan tilam di bilik sebab kena tidur guna kain batik sendiri  sebagai alas. bila lagi nak rasa reflexsologi percuma macam ni kan T.T



lepas budak laki solat jumaat kami start aktiviti masing-masing. setiap kelas kena buat mural kat tempat yang berbeza. kelas aku kena buat mural kat kantin. 



selain mural kami kena hias-hias gak kat tempat lain contohnya kat meja kami letak kata-kata hikmah and sifir. harap-harap lepas ni budak sekolah ni dapat hafal sifir sambil makan hihihi.



buat-buat sibuk lettew =)



pagi sabtu. pukul 6.30 kami dah kena berkumpul untuk senamrobik. tak payah nak bersenam sangat la oi. kami semua tak mandi ni hahaha.



cukup 13 orang dak pompuan kelas aku.


lepas senamrobik kami sarapan pulak. kalau bab makan kat sini memang best. kami cuma tadah perut je. cuma air yang jadi masalah. nak buang air pun kena tahan wei kikiki.



kak nida and kak rahmah. masa ni fira tengah merajuk, kalau tak mesti dia ada jugak haha.



kak nadia and ju. ju kata dia nak tengok muka da kat dalam blog aku. layankan jelaaaaa T______________T



pukul 8 pagi kami sambung balik kerja kami. rajin betul budak laki ni. anak sapa la kan hehe.



ni jela kerja kami. orang lain sibuk buat kerja kami ni asyik melantak ais krim. untung pak cik ni. pandai betul dia cari port :)



ber-BIG sambil bergosip kat pintu pagar sekolah



sesi kedua. aiskrim pun dah lain haha. 


alhamdulillah pukul 5 petang semalam kami bertolak balik maktab. sampai jer maktab terus pergi mandi muehehe. walaupun kami tak mandi sepanjang berada kat SK Bukit Bangkong tapi BIG sem ni tetap best sebab dapat makan ais krim murah hahahaha. tak da motip langsung kan. kalau nak yang bermotif tunggu aku karang refleksi la nanti. 

minggu depan pergi cameron pulak ! ok bye.

Thursday, September 20, 2012

burger bakar gergasi

Assalamualaikum =)


petang tadi roommate sibuk nak makan burger. dia kata air liur dia meleleh-leleh lepas tengok burger bakar yang kak ana makan. sebenarnya bukan roommate jer yang macam tu. aku pun teringin gak nak rasa burger bakar tu tapi buat senyap jela. nasib baik ada roommate macam fira hihihi. petang tadi fira merempit sorang-sorang pergi cari burger bakar dekat dengan econsave bangi.



tadaaaaaa. fira kata ada burger ni ada banyak saiz. dia pilih saiz yang paling besar punyer. rege rm16 sebiji



wow! cantik menarik tertarik lah kau ni burger



meleleh-leleh =)



burger ni dah selamat mendarat dalam perut aku fira and rahmah. kami kongsi 3 orang tau. jenuh nak makan sorang burger besar ni. boleh pecah perut den 


fira kata nanti nak belanja sosej gergasi pulak. baik roommate. nida tunggu sosej tu ngehngehngeh.

ok bye!



Wednesday, September 19, 2012

bengkel kreatif seni khat islam

Assalamualaikum =)


semalam bersamaan dengan 19 september, semua student PISMP course pengajian agama  selesai menjalani bengkel khat untuk subjek yang kami wajib ambil sem ni iaitu subjek pengajaran jawi. bengkel ni adalah salah satu tugasan projek kami. dalam bengkel ni kami kena hasilkan kata-kata hikmah dalam jawi. kata-kata hikmah tu mesti ditulis dengan menggunakan khat, lepas tu kena buat kat atas perspek. first time tau aku kena buat benda macam ni. 



sebelum bengkel ni start kami dah sediakan  kata-kata hikmah yang kami nak lepas tu kena tulis kat kertas minyak dulu. kalau nak tulis terus kat atas perspek jenuh la wei =)



semua orang kusyuk siapkan khat masing-masing. kena buat cantik-cantik la sebab ada markah tau untuk tugasan projek kami



mula-mula kami kena tekap kata-kata hikmah tadi kat perspek lepas tu kena ukir pulak. kelihatan kak nida tengah kusyuk yer disitu kehkehkeh.



juja dengan aida. depa dua ni lagi tekun dari kak nida T.T



lepas dah habis ukir kami kena spray cat pulak. baru aku tau susah jugak nak buat benda alah ni. banyak step wo. mula-mula cat tulisan, kena tunggu kering dulu baru cat border pulak



baru 50% siap. kena spray dengan cat hitam baru sempurna khat kami =)



hasil tangan minah dengan fira. depa siap cepat jer dari kumpulan aku 



ni yang kumpulan aten. cantik kan? secantik gadis-gadis di atas muehehe




kumpulan kak aini and dayah. suke lettew dapat jadi top 5



ni lah hasil kumpulan aku. rasa bangga sesaat dapat hasilkan benda ni hihihi. thanks nawal and najwa !



masa itu emas by nor, aisyah and fiza



kumpulan kak na and rahmah yang poyo. sampai hari ni hidung depa still kembang sebab dapat jadi top 5 hahaha. hasil khat depa ni akan digantung kat jabatan pengajian islam dan moral =)



antara hasil-hasil khat yang berjaya disiapkan. semua ada 34 kumpulan, jadi semua ada 34 khat la. daripada 34 tu ustaz dah pilih 5 yang terbaik. tahniah la sapa yang dapat tu. aku tak jeles pun kahkahkah.



semua cantik dimata aku



yang ni pun top 5 gak. sekali tengok pun dah nampak lawa 



hasil  hakim and wali. depa ni lain dari yang lain sikit sebab guna background biru putih. tapi cantik =)




boboi boy kelas aku. khat haziq dengan ajlani pun cantik =)


lepas bengkel ni aku rasa nak beli perspek banyak-banyak lepas tu nak buat khat banyak-banyak gantung kat rumah sendiri. serius happy bila tengok hasil tangan sendiri dan yang penting baru aku tau cara nak buat benda ni hihihi.

ok bye !



Sunday, September 16, 2012

perkhemahan unit beruniform semester 4

assalamualaikum =)


minggu lepas dari 10 sampai 13 september semua batch semester 4 wajib pergi camping untuk subjek gerko ( WAJ 3111). barangsiapa yang ingkar tak nak pergi alamatnya kena repeat lagi ler paper ni tahun depan hehe. 

kami pergi camping ni dekat impiana country resort, sungai semungkis hulu langat. nama macam best jer kan tapi tetap kena tido dalam khemah muehehe. best apa tido dalam khemah, bukan selalu nak rasa macam tu.

sebelum ni aku dah update jugak pasal unit beruniform kat maktab aku ni kan. macam biasa la, bagi gadis lembut ayu dan sopan macam aku ni mesti la pilih puteri islam haha. walhal dulu mintak pandu puteri tapi tak dapat. uniform lain yang ada kat maktab aku pengakap, PBSM, Kadet Remaja Sekolah and pandu puteri. masa sekolah dulu aku PBSM tapi bila datang sini kena masuk Puteri Islam. redha jela =)



pagi-pagi sebelum bertolak kami kena berkumpul dulu kat dataran gerko. mula-mula kata pukul 8 dah gerak last-last pukul 10 baru kat bertolak dari maktab



baru sampai. penat woo angkat barang sebab bas tak boleh masuk dalam kawasan resort ni. nasib baik masa kami sampai tu cuaca ok, tak hujan pun



orang pompuan rilex, orang laki kena angkat barang pergi tempat memasak =)



slot pertama. hari pertama sampai dah kena buat presentation. kami kat sini buat aktiviti ikut unit masing-masing. pengakap sesama pengakap, pandu puteri sesama depa ja. macam tu jugak dengan unit lain



aik dah tukar baju ler hihihi. ni time slot sebelah malam plop. posing sebab nak hilangkan ngantuk. yelah tu =)



cantik ngat kawasan ni. baru semangat sikit nak bercamping kalau macam ni



bajet ayu dalam hutan ngehngeh. ni lah ahli kumpulan aku tapi tak cukup lagi sorang



geng-geng semut hitam. kami kat sini doploh pat jam kena pakai baju sama aw. memang unite betul PPIM ni :p



we love PPIM. dari pagi sampai petang tak tukar-tukar lagi baju hitam ni heeeee.



kak nida, ifa, ayu, najwa, fira, zai, nawal and riha. bukan senang nak bergambo macam ni



ok ini yang last :)



kawad kaki antara aktiviti kami. tapi time ni aku tak da pun sebab kumpulan aku kena bertugas kat dapur. 



malam kebudayaan pun ada


akak-akak PPIM. kami semua kena pakai jubah malam tu



sapa nak buat menantu boleh la ni hehehe.



we all yang in charge untuk malam ni. backdrop kat belakang tu pun we all yang buat hihihi. terima kasih kawan-kawan yang banyak tolong =)



hari ni team purple kena pergi jungle trekking. 



yeah. akhirnya berjaya sampai tengah hutan.



sebenarnya kami tengah letih ni tapi bila ada kamera terus hilang letih tu haha



alololo gedik kan budak tiga orang ni kahkahkah.



mula-mula kena daki bukit lepas tu kena turun pulak. mak aii gerun gila. dah la tanah licin baru lepas hujan lebat



caring gila team purple. tak berhenti suruh orang belakang hati-hati =)



muka hani bangga jer sebab dah berjaya sampai :) yang baju merah kat belakang tu Kadet Remaja Sekolah. depa yang banyak tolong kami mengharungi onak dan duri kat dalam hutan belantara tu hehehe. trimas KRS !



lepas jungle trekking terus kena masak. sekali ni jela kami buat masakan rimba. time lain kami ada tukang masak kat dapur teehee. mekasih akak-akak KDC!



amal yang paling gigih masak nasi dengan ayam dalam buluh. besar gila buluh yang kami guna hari tu. dengan tebal 20inci. nak buat meriam pun boleh



masa masak ni kami kena gabung 2 kumpulan. best woo main masak-masak macam ni



muka happy jela mula-mula tapi lama-lama semua tension sebab nasi dengan ayam kami langsung tak masak lagi. dekat 3 jam lebih kami tunggu. semua ni sebab buluh tu tebal sangat . tambah pulak dengan hujan lebat terpaksa kami berhenti masak macam tu jer. nasib baik ayam kami sempat jugak masak, cuma nasik jela macam mentah sikit tapi still boleh makan sebab masing-masing dah lapo sangat.



petang tu kami mandi sungai :)



sebelah malam kami main " sahabatku sahabatmu" . sebab tu la aku kena bawak 2 hadiah hihi. dah macam apa dah muka aku sebab tersepit dengan farah and kak ja.



yeay ! kite dapat 2 hadiah dari farah and kak ja. thanks both of you !




hari last,  lepas subuh dah kena kemas khemah. lepas tu pakai uniform untuk majlis penutupan. sweet moment dengan tent mate kite. sayang kak nadia and shikah (^_^)



tetiba aku rasa kerdil bergambar dengan dua gadis cantik hehe. kami jadi rapat sejak datang camping kat sini la. kat maktab memang tak sempat nak bermanja-manja



gadis-gadis pink. last meeting with them. sem depan dah tak da uniform untuk kite =)


rasa tunggang langgang jer post aku kali ni. mana taknya, camping empat hari aku update dalam satu entry jer. lantak ah janji aku ada kenangan nak tunjuk kat anak cucu aku nanti hihihi. kalau panjang umur lah kan. bye!



kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers