Thursday, May 15, 2014

jalan-jalan kat Sabak Bernam

Assalamualaikum =)



aku ni kan sejak habis praktikum dah lama tak pergi mana-mana.kerja aku makan tido jelah kat bilik. memang bosan tahap sakit kepala hari-hari la.

and minggu lepas classmate aku, Fiza ajak pergi rumah dia dekat Sabak Bernam. tanpa segan silu la aku setuju nak ikut haha. memang dah tak larat duduk kat bilik dah. lagipun aku teringin juga nak pergi rumah dia for second time. sebelum ni aku dah pernah pergi rumah dia untuk PBS. ada kat entry tahun-tahun sebelum ni hihihi.

well, kalau pergi rumah fiza rasanya tak da benda lain nak story kalau bukan makanan hahaha. orang jawa best ah. nasib baik 2 hari je aku pergi rumah dia. kalau seminggu tak tau la perut aku jadi apa lepas tu :D

paling best kat rumah Fiza, sebut je nak makan apa mesti mak dia tunaikan. kat rumah sendiri pun belum tentu aku dapat hehe. 


jeng2x. nasi ambeng in the making 



first time tengok nasi ambeng depan mata sendiri. sebelum ni memang teringin nak makan tapi takut nak beli. kalau tak kena dengan tekak aku kang bazir pulak.



akhirnya dapat juga aku makan nasi ambeng by Mak Cik Rahmah. yeay ! sedap sangat. rasa nak lagi je :p



siap bersila lagi ha. nak fefeling jawa punya pasal haha.



dah kenyang makan nasi ambeng, tak sempat lagi nasi dalam perut cerna betul-betul, mak fiza dah buka kedai BBQ pulak mihihi. rasa macam dah boleh buat dokumentari pasal makanan kalau duduk kat rumah Fiza. 



chenol yang comel. Adik Fiza yang bongsu. mula-mula datang susah betul nak dengar suara adik dia ni. tapi dah lama-lama makin ramah pulak hihi



bestnya aku tengok pelam cicah garam belacan tu ha. emmmm bestnya. tapi sekarang dah keluar balik dari perut aku haha

aloooo. sayang pulak tak ambil gambar setiap kali makan kat rumah Fiza. memang lengkap dari sarapan, lunch, minum petang, dinner, supper semua ada. dah macam ikan buntal dah aku rasa :p



and lagi satu kalau datang sabak bernam macam rugi je kalau tak makan cendol kat sini. memang banyak sangat kedai cendol kat sini. sempat jugak la aku rasa cendol durian borhan. sedap cuma sikit sangat durian



rasa macam best sangat duduk rumah Fiza sebab kat keliling rumah dia macam-macam jenis pelam ada. rendah pulak tu. eeei geram aku. rasa macam nak petik semua je kikiki



geramnya aku. kalau la kat rumah aku ada pelam macam ni



pelam epal pun ada



walaupun aku ni orang kedah, tapi aku sendiri pun macam jakun sekejap tengok sawah a.k.a bendang haha. orang kedah macam aku ni panggil bendang la 


tengahari Fiza bawa aku and Fira jejalan kat bendang. kemain la depa 2 orang dengan specs hitam bagai. aku ni nak celik mata pun susah sebab panas =) 



peace !


ahad petang kami bertolak balik maktab. alooooo. rasa macam sekejap sangat je pergi rumah Fiza. tak puas je rasa haha. dasar tak tahu malu pergi rumah orang taknak balik pulak kekeke.



OTW balik maktab kami singgah kejap kat Setia City Mall tengok orang main belon. 



orang main belon kami selfie 



macam kesian je kalau tak ada monopod hahaha



ok fiza yang muka paling besar tu hahaha. thanks Fiza untuk 3 hari 2 malam di rumah hang :)


:D

with my roommate 



kualiti kamera depan yang hambar (*_*)



makin selim aku sekarang. sobs



kemain tau roommate aku ni. macam la rumput tu kering sangat haha. walhal basah 


ok dah habis kisah 3 hari 2 malam di rumah Fiza. tetiba baru perasan gambar mak ayah fiza tak ada langsung pun dekat aku. hmmm takpe next time Fiza kawen aku pergi lagi rumah dia.

bye !


Wednesday, May 7, 2014

berendam di sungai congkak

Assalamualaikum =)


ini cerita minggu lepas punya. masa cuti hari pekerja hari tu =)

kebetulan hari tu cikgu sekolah aku parktikum hari tu jemput pergi majlis pembukaan restoren dia dekat Saujana Prima, Kajang. dekat-dekat je dengan giant and kolej komuniti. tapi tak rasa nak snap gambar pulak sebab lapar punya pasal. memang pergi niat nak makan je hihi. 

btw, sapa rasa nak makan tengahari tapi takda idea, boleh la try makan dekat restoren Che Wan Bistro Rezeki Corner yang terletak di Saujana Prima, Kajang. terima kasih kak wan jemput kami hari tu.

lepas je makan kami plan nak pergi jalan-jalan dulu. dah alang-alang keluar kan. and tempat yang kami nak pergi ialah Sungai Congkak. macam buang tebiat je kan hahaha. semua ni idea Mah :p



sampai je dah dekat pukul 4 petang. lepas tu of course la selfie dulu hihihi. kami pergi semua 7 orang. masa ni hujan renyai renyai tapi belasah juga sebab dah datang jauh kan.


depa 4 orang je yang mandi sebab aku, Fiza and Fira tak bawa baju pun sebab aku ni jenis malas sikit nak tukar baju. rasa macam leceh je. last last aku yang jeles tengok depa mandi haha. menyesal pulak tak bawa baju sobsobsob.


selfie lagi baq hang. tapi kualiti gambar zero haha



with my roommate. berendam kaki jelah kami 



with Fiza Hawa. 



virus sungai congkak. kemain duck face tu ha


aku memang tak pandai nak bergambo sorang-sorang. kalau tak memang nampak skema jela mihihihi.


dalam pukul 5 lebih kami balik. lepas tu berhenti solat dekat petronas nanding. basah skirt I berendam punya pasal =)



and now macam biasa meneruskan hidup macam biasa dekat maktab. sekarang ni tengah counting day nak exam je.


muslimah sangat hahaha


ok bye !



Friday, May 2, 2014

tamat praktikum 3

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah, sekarang ni aku dah boleh mulakan balik rutin harian aku macam biasa. pergi kelas, balik kelas baca novel, takpun layan movie hahaha. heaven sangat. 

sebenarnya dah seminggu aku habis praktikum, dah masuk kelas macam biasa dah pun. seronok terlampau dah habis sampai tak ingat nak update blog hihi. orang yang biasa praktikum tau la macam mana perasaannya. rasa bebas tak payah rasa debor nak kena observe lagi dah. tak payah risau kawalan kelas ok ke tak sebab lepas ni dah tak ada sapa nak tengok aku ngajor. yey! harap-harap dapat A lah praktikum ketiga ni =)

sepanjang tiga bulan dekat Sk Dusung Nanding, banyak sangat kenangan kat sini. manis ada pahit pun ada siap kena tengking lagi ha hahaha. tapi sabo je. rilek je sampai 3 bulan. Alhamdulillah. nasib baik ramai cikgu yang baik kat sana =)

selama 3 bulan tu jugak la banyak kerja yang aku dah buat kat sekolah tu. projek paling lama nak siap ialah cat tandas haha. muka pun dah macam tandas dah aku rasa.


my praktikummate. depa dua ni kos TESL. masa ni kami dah habis dah benornya tapi datang balik sekolah sebab nak siapkan cat tandas ni. nasib baik sempat siap. kalau tak, habis la markah internship kami nanti kikiki





kami takdalah mengecat hari-hari. biasanya time koko baru kami mengecat. sebab tu la lambat siap hihi. setiap kali kami kat tandas ni memang penuh la budak-budak berkumpul. suka betul korang dengan cikgu praktikum yer. 



antara yang suka sangat tengok kami mengecat. ni lah dia budak kelas aku ngajar :)



kreatif betul la anak murid aku ambil gambar ni. senget tu hahaha



cat pakai baju kurung pun voleyyyy.



yang ni time kami buat projek kaunseling dengan kelas yang paling bermasalah. and inilah hasilnya hahaha. menangis jugak korang 



ramai juga la yang menangis hari tu. tapi... tapi... kejap jelah. 5 minit lepas tu bertukar jadi ultraman superman spiderman segala bagai balik. memang susah betul nak insaf budak 5 bijak ni kikiki. 



Kem Bestari Solat. time ni aku kena jadi fasi untuk budak tahun 3. memang selama 3 bulan ni aku mengajar tahun 3 je



rasanya paling banyak aku kena relif kelas 5 bijak. memang otai betul la budak-budak ni. mula-mula praktikum dulu, kalau aku masuk kelas ni mesti buat-buat garang. tapi buat bazir ayaq lioq ja weh. marah la macam mana pun budak-budak ni bukan heran. last last aku biar jelah. setiap kali masuk kelas ni memang aku biar je suka hati kalau depa nak bising pun . kalau rasa ada sakit jantung darah tinggi takpayah la masuk kelas legend ni. memang cikgu-cikgu semua gerun masuk kelas ni hahaha. even ketua kelas pun otai nak mampos !




ini masa aktiviti sempena memperingati MH 370. budak-budak kena buat kad ucapan



my class. 3 Cekal. sayang sangat kat budak-budak ni sebab selalu behave time ustajah Husna kena obseb hihi



3 Cekal =) 




ini kelas 3 Bijak. stress gak kalau masuk kelas ni. tapi ok lagi la. budak-budak ni dengar cakap jugak. paling otai dalam kelas ni nama dia Shahrul Ramadhan yang buat peace tu haha. dia memang macam tu. jumpa kat mana-mana pun selalu wat peace ! mula-mula dulu geram gak dengan dia sebab selalu gaduh and bising. tapi lama-lama sayang la jugak sebab kalau slow talk dengan dia, dia pun akan ok. tapi kalau marah dia, habis la muehehe.




dalam masa 3 bulan tu sempat jugak la aku latih team nasyid sekolah ni. tapi kalooooooh :p



and part yang paling best kat sekolah ni bila dah nak habis praktikum. yay ! suka sangat. budak-budak kelas aku siap buat jamuan lagi ha. setiap orang bawak makanan. pastu makan sama-sama.



hari jumaat, last day tu aku buat jamuan dengan kelas 3 Amanah. 



semua dah kenyang, pastu aku ajak bergambo pulak =)
gegirls kelas 3 Amanah. 



boys kelas 3 Amanah. macam ni lah kalau dalam kelas pun. memang susah nak duduk diam. kena tunggu aku jadi singa baru depa diam sikit haha





yang ni kelas 3 Cekal pulak. kelas ni buat jamuan hari khamis. 



syok betul budak-budak ni makan ha



biasanya takla over sangat budak-budak ni. bila ajak bergambo je terus jadi macam ni 



gambar dengan kelas 3 cekal banyak sikit sebab time ni tak kelam kabut sangat. lagipun aku datang makan je ni. guru pembimbing aku yang settlekan semua hihi. 



aku suruh budak-budak ni ambil turn kalau nak bergambo dengan aku. kalau semua serbu habis hancur lebur gambar tu. nasib baik semua taat 



ish2. rasanya 3 bulan aku kat sini tak penah pulak aku ajor si hakimi ni posing macam tu kehkehkeh.



bukan jamuan dengan budak kelas je tau, cikgu-cikgu pun buat gak jamuan untuk kami cikgu-cikgu praktikum ni 



heeee. tak sangka guru pembimbing aku yang comel ni bagi hadiah jam and gelang mutiara kat aku. biasanya praktikum sebelum ni guru pembimbing  tak penah lagi bagi hadiah. cayang kak zaharah =)



hadiah dari kami empat orang untuk sekolah. standard ah tu. biasanya memang orang bagi hadiah frame pun kat sekolah. yang gelak paling meriah tu opkos la GB aku :p



dapat sijil and Al-Quran. tq SKDN 



ini lah hasil yang aku dapat dari student, guru pembimbing and sekolah. terima kasih semua anak-anak murid ustazah. 



dalam banyak-banyak hadiah yang ni juga paling aku suka. entah la sebab caption dia tu kot. menyentuh hati :( terima kasih Syazwina. 



SKDN. jumpa lagi bulan 7 nanti. lepas ni aku kena datang lagi untuk internship sebulan.


ok bye !


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers