Thursday, August 25, 2011

semangat selamat hari raya :)

Assalamualaikum =)

pejam celik pejam celik dah 25 hari kita puasa kan. rasa kejap jer. ada yang dah start cuti. tinggal aku jer sorang2 di perantauan ni. huhuhu. tipu jer. esok baru start cuti. esok jugak aku balik rumah. walaupun esok ada lagi satu kelas tapi otak jiwa dan raga aku semua dah ada kat rumah. tak sabar nak uli2 kuih raya dengan kakak2 dan adik2 aku. bestnya taun ni kakak ngan abang aku yang dah kawen pun raya ngan kami. tak macam taun lepas. sunyi jer rumah kalau tak da budak2.

sebelum balik esok aku dah shopping sikit. mana best kalau balik tangan kosong jer. hehehe

benda pertama yang aku beli. handbag untuk mak aku. boleh la mak aku bergaya lebih sikit raya ni. hohoho. yang penting harap2 mak aku suka la. test ibu2 ni aku taktau sangat.  tapi kat ayah aku tak tau nak beli apa. balik nanti la aku cari lain. 

ni pulak minyak wangi secret cents untuk 3orang kakak aku. untuk 3orang adik aku tunggu raya haji la pulak. bajet tak cukup. ekekeke. 

yang comel ni kasut raya aku. hahaha. mau kena ngutuk aku kalau aku pakai kasut ni. ni anak sedara aku punya. dia siap cakap lagi nak kasut yang warna pink pastu ada tumit. tak padan dengan budak umur 3 tahun. :)

hudoh gile muka aku yang ni
mood dok kat oversea jap. ngehngehngeh. tetiba aku terfikir kalaula aku belajar kat oversea macammana la keadaan aku time raya. mesti sedih gila. wuwuwuwu. bersyukurla dapat belajar kat Malaysia tercinta ni. nak balik pun senang.

oklah. aku nak packing barang pulak. kena kemaskan dua beg ni. satu beg balik kampung satu lagi nak gadai kat kawan aku sebab lepas raya ni aku akan bermastautin seminggu kat rumah kawan aku. seminggu aku kena pergi sekolah kat Keramat. 



Saturday, August 20, 2011

buka puasa di JM Briani House

Assalamualaikum =)

Bulan Ramadhan ni mesti tak sah kalau tak cerita pasal makanan kat blog. ni jer dah berapa kali aku cerita pasal makan. kali ni pon aku nak cerita pasal makan lagi. asyik makan.makan.makan jer kan. apa nak buat. memang hidup untuk makan. bukan makan untuk hidup :p

semalam aku dengan 4orang kawan aku pergi buka puasa kat JM Briani House kat Alamanda. nasib baik Nawal ada kete senang la nak bergerak. kalau tak memang susah nak berbuka kat luar. teksi mana ada nak layan kami. huhuhu

sebelum tu singgah beli Big Apple dulu. motifnya kalau beli lepas berbuka nanti dah tak da selera. :)

kami antara orang yang terawal sampai. 6.30 dah masuk tunggu. walhal dah reserved awal2

aktiviti menggedik sebelum makanan sampai. tapi tak gedik mana pun kan. hahahaha

tu dia. kami semua makan nasi briani. sedap2

ni ice cream tapai. sedap ngat. first time makan tapai ngan ice cream

lepas makan pergi semayang pastu kami jalan2 kat dalam Alamanda jap


lepas dah jalan2 kami pun semangat la nak balik. tetiba kete Nawal buat hal pulak. takleh nak start. dah la kami kena masuk kolej sebelum pukul 10.30. lepas tu kawan aku pun tepon la bagitau warden kami takleh balik sebelum 10.30. maybe lambat sikit kot sebab kena tunggu Abang Nawal datang. sekali warden tu cakap " saya taktau. bukan masalah saya.yang saya tau kamu kena ada dalam maktab sebelum 10.30" . hai menyirap betul. tak paham betul aku. apa tujuan ada warden? nak jaga keselamatan student ke nak jaga peraturan? geram aku. pentingkan peraturan dari keselamatan. sekalianakkaujadimacamtubarukautahu!

last2 dalam pukul 11 abang dengan ayah nawal sampai. nak balik kolej memang tak la. kalau balik jugak memang siap la nama kami kena sebut kat perhimpunan. huhuhu. takmau la aku. kami pun balik la rumah nawal. menumpang kat rumah dia jap semalam. ;)

ok lupakan pasal semalam. walaupun aku tengah den*** gila. 
aku nak tunjuk satu surat cinta yang aku jamin hangpa tak penah dapat.hahahaha



ini la suratnya. hanya untuk orang yang namanya bermula dari "S". muahahaha. memang mengayat gile. tapi aku lagi suka ayat yang dia bagi kat "S" hari tu. 
" kalau tuhan izinkan 2 hati akan bersatu. kalau tuhan tak izinkan 2 hati takkan bersatu" 

ps: "S" tu kawan aku. tapi takut plak nak tulis nama dia kat sini. kang tak pasal2 dia belasah aku. hahahaha. berani ke nak belasah aku tu?


Tuesday, August 16, 2011

selamat bercuti

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah dah selesai 16hari semua umat islam berpuasa. lagi 10 hari nak balik rumah. yeaaay. tak sabar gile nak balik uli2 tepung. bakar kuih semprit. tolong balut ketupat. ekeke

esok sempena hari nuzul Quran maktab aku cuti. rasa bahagia bila sebut pasal cuti. boleh la spend time lama sikit atas katil lepas subuh.haha. memang dasar anak dara pemalas. 

tadi lepas maghrib teman roommate aku pergi Hospital Azzarahrah kat PKNS Bangi. sakit telinga dia kata. bangun jer tidur petang tadi terus jadi bengong.hahahaha. tu yang pergi jugak ambil ubat

wahai roommateku. tahniah la berjaya dapat doktor laki yang ensem untuk check telinga hang tadi. hahaha. ingat senang ke nak jadikan angan2 satu kenyataan.


budak 2orang ni peneman. yang berbaju merah tu driver :)


mah, mata hang memang bulat la mah.takleh lawan la mata aku yang sepet tu.patutla bai boleh terpikat.hahaha
yang 2orang ni pun peneman jugak. yang sakitnya sorang jer. yang meneman sampai 4orang. hahaha. aku pun sakit gak ape. sakit perut. wuwuwuwu. dari semalam tak hilang2. 

ok. selamat bercuti bagi yang cuti esok. selamat meneruskan puasa. lepas tu tolong doakan semoga aku jumpa article yang sesuai untuk siapkan assigment BI. dah dua kali kena reject. memang dah give up ni. rasa malas dah nak cari article lain. :p



Sunday, August 14, 2011

kalaula hari-hari macam ni

Assalamualaikum =)

sekarang ni aku masih lagi kat dalam kelas. jap lagi ada kelas ganti Literasi BM. aku memang anti sikit kelas petang ni. tambah pulak bulan puasa ni. kompom tersengguk punya. selalunya kalau ada kelas petang aku balik semayang kat bilik dulu. tapi hari ni rasa larat pulak nak balik. hehehe. tak balik bukan bermakna aku tak semanyang tapi tetiba hari ni rasa rajin pulak nak pergi semayang kat Masjid Assyafie IPG Kampus Pendidikan Islam. masjid kat dalam maktab aku la tu. lagi dekat dari bilik aku. huhuhu. 

sementara nak pergi semayang aku online la dulu. taktau nak buat ni. kerja melambak tapi takmau sentuh lagi sekarang. tak da mood nak buat. 


dok round2 dalam kelas jer. memang bersepah gile. maklumla japgi kan ada kelas BM. ada pembentangan. :p



berselirat wayar dalam kelas.menunjukkan betapa gigihnya budak kelas aku buat kerja dalam kelas. wink2



ni mesti bahan untuk pembentangan japgi. muahahaha. main snap jer aku ni. tengok la kami. dah habes SPM tapi baru nak belajar ayat macam budak tadika. hahaha. 



ni memang takda kerja. desktop pun nak tangkap gak. dah la guna gambo sendiri pulak tu. :)

sejak ada tepon cabuk cap kapal layar ni best pulak dok tangkap2 gambar lepas tu terus upload. lalala


Saturday, August 13, 2011

belajar dengan gembira

Assalamualaikum =)

menghabiskan cuti hujung minggu tanpa dak fira selaku roommate dan classmate. nasib baik ada dak Rahmah yang teman. kalau tak mesti dah boring gila aku ni. ingat dua hari cuti ni nak habeskan masa dengan siapkan assigment jer. takmau berblog segala. tapi memandangkan otak aku ni dah naik muak asyik dok menaip assigment aku cari la jugak point untuk buat entri baru. bosan gak kalau buka blog tengok entri yang sama ja tak update2. 

aku rasa semester ni memang disaster betul la. tak macam semester lepas. boleh rilex2 nak guling2 atas katil memanjang pun takda hal. tapi apakan daya. dah nama pun student tak da yang senang punya la. huhuhu

semester ni aku belajar sempoa time math. mula2 semangat la buat. bila sampai jer operasi yang banyak2 terus jadi down. dah tak reti. jadi tak semangat la. hahaha

time present bm. buat aktiviti kolaj.


bengkel muzik time bm gak. 

setiap kumpulan kena cipta lagu untuk kanak2 literasi


semangat dak ni. buat2 aktiviti ni semua ni memang menyeronokkan. boleh lupa kejap segala kerja2 lain. hihihi

tapi terus jadi tak seronok bila tengok benda ni. kikikiki

ok roger. dah dapat update sikit pon ok dah. tapi aku pon taktau motif aku buat entri ni. hahaha

Wednesday, August 10, 2011

menu buka puasa

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah dah hari ke10 kita puasa kan hari ni. tak sabar nak raya.rasa macam kejap jer. kali ni aku buat post story yang dah basi sebenarnya. tapi nak buat gak. geram tengok gambar2 yang tak diupload.

dah 10 hari puasa baru 2 kali aku pergi bazar. taun ni dah berazam tak mau bazir2 sangat dah. tak mau la ikut amalan Syaitoooooooooon tu. hehehe. kali pertama aku pergi bazar kat depan IPG aku ni ja. tapi tak best sangat. gerai dia tak banyak. pilihan makanan pun tak banyak. kali kedua aku pergi bazar PKNS Bangi. yang ni baru mencabar sikit. nasib baik la time pergi tu nafsu makan aku terkawal lagi. kalo tak mesti aku dah bedal semua ayam golek.sate. segala yang makan lain yang ada kat bazar tu.huhuhu

gerai yang menarik perhatian aku. promosi VIP roti john. tapi tak beli pon sebab tak rasa nak makan roti john pun.hehehe



sodapnye. sekarang tengok rasa terliur pulak.



sungguh ramai orang. best. aku ni banyak usha orang ja dari usha makanan.



yang ni baru usha makanan. nampak macam sedap gile. tapi tak beli jugak. hahaha. memang betol2 kawal nafsu la . aku cuma beli kuih pelita la 10 biji. dah lama mengidam nak makan kuih pelita. huhuhu. pastu adala kawan aku beli lauk sikit untuk sahur



sebenarnya aku dok kawal2 nafsu tu ada sebab la. aku ngan kawan aku dah plan awal2 lagi nak berbuka kat restoran cempaka rimba kat dalam kompleks pkns tu. 



aku ngan kawan aku yang 2orang lagi tu bajet nak makan chicken chop jer. tapi dah memasing terasa anak orang malaysia bukan england. so kami order la jugak nasi goreng ikan masin. kongsi 3orang. memang licin la kami 3orang belasah. kebetulan pulak perut tengah lapar.haha


chicken chop. rasa dia boleh tahan la. tapi lagi sedap nasi gorang tadi



entah kenapa aku pi order fries ni. last2 tak makan pun. tu la. order masa tengah lapar. huhuhu



fish and chip. 


air yang kami bertiga order. aku punya barli ais tu. nak diet konon. :p



haish. entah budak mana yang tersesat ni. muka rakus jer nak telan chicken chop tu. muahaha

okla. aku  nak buat kerja lain pulak. malam ni kena buka puasa kat masjid. takda chicken chop dah. makan dalam talam la pulak. ekeke


Friday, August 5, 2011

kenangan awal ramadhan

Assalamualaikum =)

sekarang jam kat lappy aku menunjukkan angka 0653pm. dalam 35minit lagi aku akan berbuka. fuhh sangat tak sabar. hari ni aku rasa dahaga tahap Z dah. serius dah empat hari aku puasa sikit pun tak rasa macam hari ni. huhuhu. dah nama pun puasa normal la kan kalau rasa lapar dahaga tu. :)

tetiba teringat pulak kenangan puasa zaman hingusan aku dulu. aku mula menjinakkan diri dalam arena puasa penuh ni start dari darjah satu. bukan macam budak zaman sekarang. umur 5 tahun dah ada yang puasa penuh.

 ingat lagi dulu waktu masuk darjah satu cikgu2 kat sekolah tanya sapa puasa penuh taun ni. dalam ramai2 orang sorang je angkat tangan. hahaha. tabik spring ah aku masa tu. eh silap. mula2 aku tabik sping la. lepas tu rasa jeles pulak bila cikgu2 pakat bagi duit kat budak  tu. hahaha. 

sejak hari ni aku mula tanamkan azam nak start posa masa darjah satu tu. walaupun mak ayah aku takla memaksa sangat. tapi aku takla start posa terus masa 1 ramadhan tu. seingat aku dekat tengah2 ramadhan baru aku luahkan hasrat nak posa kat mak aku. hahaha. lepas tu mak aku pun bagi la sokongan moral walaupun kak aku dah rasa tergugat sikit dah time tu. bukan apa. tiap2 petang mesti kak aku dapat ikut ayah pergi bazar. aku yang tak puasa ni jangan harap ayah aku nak bagi ikut. tak tau pulak apa motif ayah aku. ekeke. jadi bila aku puasa hari tu advantage untuk ke bazar dapat kat aku la pulak. yelaaaa. ayah aku bawak moto jer. mana muat nak naik moto sampai tiga orang. aku ni pulak kalau naik moto automatik tertidor. haha. pecah rahsia

jangan ingat aku berjaya puasa dengan cemerlang masa hari tu. sebenarnya aku dah jadi loser awal2 lagi tapi mak aku taktau. kahkahkah. senang jer nak tipu mak aku. buat2 nak mandi tapi sebenarnya time tu la aku amik peluang minum air. buruk gila perangai kan. sian mak ayah aku tertipu. huhuhuhu. bukan sekali aku buat macam tu. berkali2 jugak la. tu la kan. time puasa tengok air longkang pon nampak sedap. melampau!

tu baru cerita hari pertama puasa. tak masuk hari kedua ketiga keempat lagi. senang cerita sebenarnya masa darjah satu sehari pun aku tak puasa. hahahaha. sebenarnya mak aku tau je jenayah yang aku buat ni. hebat betul naluri seorang ibu. mau taknya kata puasa tapi boleh terloncat2 macam orang hyperaktif lagi. nampak benor nipunyerrr :p

tu cerita darjah satu. masa darjah 2 pulak tak main ah curi2 minum air time mandi. bila line clear aku curik2 ambil makanan kat dapur pastu pergi makan kat dalam bilik. sampai satu hari terkantoi sebab aku makan buah nangka. hahaha. tak cerdik betul. buah tu kan berbau. lepas peristiwa tu aku pon insaf la dengan jayanya. darjah 3 ja aku dah puasa penuh. sampai la sekarang masih puasa penuh. ok tipu !

dah besar2 ni aku tak buat dahla perangai hingusan macam tu. dah jadi budak baik ni. hehehe. hari ni pun walau lapar gile nak guling2 tapi aku masih berpuasa. :)


lauk untuk berbuka hari ni. ada masak lemak nangka. kari ayam. pastu ada murtabak terbaik dari ladang yang abang bai buat. hehehe

apa mak ngan ayah aku masak hari ni agaknya. sob3. tak sabau nak balik


Wednesday, August 3, 2011

contest : Raya Datang Lagi

Assalamualaikum =)


dengan rasa senang hati aku dah join satu contest kat blog TelagaPutihWorks. contest ni beliau bekerjasama dengan blog BudakSeparaMatang
tak susah pon nak join contest ni. cuma perlu buat satu kad raya mengikut kreativiti memasing dengan ucapan sekali.
meh tengok kad raya aku. walaupun baru jer start posa tapi kad raya dah siap. ngeh3


cantik tak? cantik tak? :p

abra gadabra. fuhhhhh! semoga aku menang. hahaha

dengan ini aku mengumumkan bahawa aku pilih 2orang rakyat jelata aku untuk join contest ni.



yang lain pun jom la pakat2 join contest ni



Ramadhan bulan bersabar

Assalamualaikum =)

huh! bukan main susah nak update blog sekarang ni. start jer puasa yang lain pun dah start jugak. assigment bertimbun2. pesentation jangan cakap la. sampai nak buka blog lama2 pun rasa bersalah tetiba muncul. kerja banyak tak siap tapi sempat pulak berblog. owh tidak! memang sangat menyiksakan diriku sekarang. rasa macam tengah pikul kayu balak ja sekarang ni selagi assigment yang datang macam peluru kat palestin tu tak siap. dah la semua kena hantar sebelum raya. lagi la. hari2 aku dihabeskan dengan ngadap laptop jer. huhuhu

pepagi baru sampai kelas. mata sembam tak yah cakap la. memang tiap2 malam kena tido lewat. takmau tension2 lagi. cuba ceriakan hari ni. ngeh3

tapi tetiba tension balik bila tengok semua orang kusyuk ngadap lappy memasing

ini lagi la. punya kusyuk sampai tak tengok kiri kanan dah. sah memang aku tak tipu. keja memang melambak sekarang ni. kalo tak jangan harap la pepagi lagi dah ngadap lappy macam ni

budak ni pon di paksa senyum. kalo tak dok kusyuk buat keja gak. 

apapun aku dah happy sikit sebab tiket balik raya dah beli. ni pun terpaksa naik bas AB express.bas lain semua dah penuh. 

ok la. terpaksa stop menulis. ustazah dah masuk. ekekeke :)


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers