Monday, April 30, 2012

restoran ana ikan bakar petai, bandar baru bangi

Assalamualaikum =)



pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada aminah sebab sponsorkan proton wira WLL beliau dengan membawa aku, najwa and fira ke restoran ana ikan bakar petai. seperti yang aku pernah mention sebelum-sebelum ni , rata-rata nama yang disebut dalam blog ni adalah classmate aku =)

berbalik kepada nama aminah, beliau ni memang sangat famous dekat maktab aku. sebut ja nama aminah mesti semua orang kenal dengan title beliau sebagai usahanita yang berjaya. sebut ja produk apa yang dia tak jual. semua ada beb ! bermula dengan pad herba avail, perfume secret cents, jerslin oil, sim kad 1 malaysia, broadband. ah banyak lagi la. malas nak sebut satu-satu. sekarang ni dia dok sibuk buat bisnes bekam pulak.

kalau rasa sengal-sengal badan nak berbekam boleh la melawat blog perniagaan dia. sila click
di sini 

ok aminah halim, sila kembangkan hidung semangkuk sebab aku tengah promote hang hahaha.



sekarang lupakan pasal aminah, meh aku nak sambung cerita pasal restoran ana ikan bakar petai pulak :)



sila tatap daun pisang yang bertaburan tu huhu. sebenarnya ni sata tapi kami dah ngap awal-awal lagi pastu baru teringat nak ambik gambo. aku rasa sata kat sini memang terbaik ah sampaikan aku nak mintak bungkus pun tak boleh dah sebab tempahan banyak. so depa tak sempat nak bakar. sedih!



menu sampingan kedua, keropok lekor original dari terengganu. dia punya ikan perghhh ! memang padat ah. tak macam kopok lekor yang aku selalu beli kat pasar tu, harap tepung ja lebih.




air epal and tembikai yang memang kaw-kaw punya. bila minum rasa macam tengah makan buah ja hihihi. betul ni, tak tipu 




menu separa sampingan. kami order telur bungkus, kangkung goreng belacan dengan tomyam campur



haaaa. inilah dia ikan bakar yang special sangat tu tapi dia punya petai sikt jer. tak best ! kalau dia letak lagi petai banyak-banyak mau wangi aku hari tu hahaha. 
kami pilih ikan siakap. banyak lagi spesis ikan lain yang boleh dipilih. seafood lain pun ada banyak lagi




ikan yang berisi dah tinggal tulang. sedap punya pasal sikit isi pun kami tak tinggal muehehe.



aksi selekeh dari fira. dengan riaknya dia kata " kalaulah tulang ni boleh makan, dah lama aku gigit dia " muahahaha.



okey aku tipu ja !




ni pinggan aminah. tokey besar memang suka makan ni kot. sampai hancur tulang-tulang ikan tu hahahaha.


ok bye !






Sunday, April 29, 2012

jalan-jalan di taman tasik cempaka bandar baru bangi

Assalamualaikum =)



semalam merangkap cuti hari minggu kawan-kawan kelas aku yang tak balik kampung ajak aku join rehlah kat taman tasik cempaka bandar baru bangi. makanya terpaksa la aku bangun awal pagi siapkan diri. kononnya nak bertolak pukul 8 pagi tapi aku saja lambat-lambatkan masa huhuhu. maaf kawan-kawan. korang kata pukul 8 nak bertolak pukul 7.50 baru aku siap sebab tu la terlambat sikit hihihi.

kami merempit pergi sana naik moto. merempit jela, kereta tak da huhuhu.



sebelum sampai kami singgah dulu beli makanan. masing-masing dah fikir lapar tahap z sebab tu  makanan dah jadi macam 16 orang nak makan. walhal kami ada 6 orang jer. untuk penjimatan air bancuh siap-siap kat bilik =)



nida, najwa, nisa, jue, fira, nor . tinggal kami jer yang tak balik kampung



bajet cute rr tu sorang-sorang muahaha. cantik ngat tasik ni. tapi bukan tempat dating ek ! bersuka ria dengan kawan-kawan or family boleh la



photo of the year (^_^)



masa ni dah nak balik. lepas makan kami jalan-jalan kat kawasan tasik tu. luas kemain kawasan dia akhirnya kami jumpa jalan keluar ke kompleks PKNS. best ngat !


kononnya nak pergi jalan-jalan jer tapi dah terjumpa pasar tani kat PKNS aku pun beli la barang kat situ haha. jalan-jalan la sangat


ok bye!







Saturday, April 28, 2012

cara nak buang facebook timeline

Assalamualaikum =)


hari ni seronok sikit sebab dah dapat balik old blogger interface. makanya dashbord aku pun tak serabut dah hihihi. suke ngaaat =) bertambah hepi bila timeline yang menyerabutkan wall aku dah berjaya diremove. tak payah aku pening-pening tengok wall sendiri dah. dah paham aku sistem timeline ni. post aku dah jadi tunggang terbalik. tu yang aku tak suka. semak sangat

tadi dok try-try google, aku terjumpa satu blog yang bagi aku solution macam mana nak remove timeline facebook. kalau nak tau tengok la kat blog tu ( click here )

baru nak merajuk dengan FB awwww. nasib baik selamat huhu.


kalau dah buka blog tu ikut jer step yang dia suruh. insyaAllah berhasil punya 

ok bye !



Tuesday, April 24, 2012

kem motivasi anak cemerlang sk Taman Putra Perdana

Assalamualaikum =)

update blog dengan sedih dan malas. blog aku dah totally lain sekarang. bukan setakat template jer lain, dashboard semua dah lain. serabut jer aku rasa. semangat nak buka blog pun dah berkurang sekarang ni. apatah lagi nuff aku pun bermasalah sebab template baru ni. aku pun tak tau apa kesalahan yang aku buat huhuhu.

walaupun sedih aku tetap update jugak. takut nanti aku lupa apa yang aku dah update.

kisahnya, sebagai PRS yang berjaya minggu lepas aku ke sekolah SK Taman Putra Perdana Sepang untuk jadi fasilitator kem motivasi anak cemerlang tahun 5. kem tu berlangsung selama dua hari dan semua fasi kena tidur kat sekolah tu termasuk la peserta sekali.



kami baru sampai. program start pukul 5 petang. memandangkan sekolah ni ada dua sesi jadi kami kena bersabo la kejap sebelum masuk tempat menginap =)


budak-budak ni bawak barang mengalahkan aku. ada yang bawak toto, kelambu bagai hahaha. depa ingat nak holiday ke apa


aktiviti pertama. ice breaking



fasi-fasi pompuan yang menginap di bilik muzik. sejuk gila bilik ni. rasa macam nak request kat sekolah suruh lanjutkan lagi program ni :p


slot ceramah motivasi by penceramah yang dijemput pihak sekolah


LDK 1. siapa saya. dalam slot ni budak-budak tu kena lukis muka depa sendiri bila berumur 25 tahun akan datang


senaman pagi



baru lepas main kapal karam. seronok ja budak-budak ni



abang hakim dengan adik-adiknya huhu.



refleksi lepas main kapal karam. abang akmal selaku ketua fasi dok tanya perasaan budak tu main kapal karam


sobsobsob. saya nanges sebab kakak-kakak fasi ganas hahaha. budak ni nangis lepas permainan model T. tak kental langsung la budak ni



sesi berendam air mata sebab kena tocer dengan abang afif wuwuwu. 


walaupun saya lelaki tapi hati saya tetap lembut. saya sayang mak ayah saya. saya tak nak nakal lagi hehehe.



akhir sekali sesi penyampaian hadiah dan cenderahati



budak-budak ni dok bahagi hamper yang depa dapat



best2. kami pun dapat gak hamper hihihi. 



26 orang fasi, 2 orang kaunselor pelatih and sorang pegawai HEP.

ok tu jer. sapa-sapa yang nak jemput kami pergi sekolah lepas ni boleh la hehehe. ok bai





Wednesday, April 18, 2012

cuti-cuti malaysia @ Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam

assalamualaikum =)

sambungan dari cerita  PBS ketiga   :)

dengan memakai baju kurung baru balik dari sekolah, fiza hawa selaku penduduk tetap kat sabak bernam bertanggungjawab bawa kami ke homestay sungai haji dorani. orang kata homestay ni famous amous. selalu masuk TV, jadi aku pun penasaran la jugak nak pergi tengok sendiri rupa homestay yang digembar-gemburkan best sangat tu kihkihkih (^_^)

sampai-sampai ja terus semangat nak ambil gambar tapi tak ambil pun gambar  homestay tu sebab ramai gak orang time tu. memang betul la homestay ni famous sebab orang sentiasa penuh. antara salah satu tarikan dekat homestay ni sebab pemandangan yang cantik and tenang jer. sesuai untuk sapa-sapa yang nak release tension. mungkin sesuai jugak untuk pasangan yang nak honeymoon ;p



tiga orang cikgu =)



homestay sungai haji dorani yang dikelilingi sawah padi. masa ni padi tengah menguning. bukan sebab dah masak tapi macam mati jer pokoknya hehehe. aku ni nama ja anak jati kedah tapi padi pun tak kenal sangat.



di belakang chalet



tolong la pandang pokok padi tu jer muehehehe :p



aku rasa kalau berlakon kuch-kuch hota hai kat sini best ni. berlari berkejaran dalam sawah huhuhu.



nampak tak kelabu jer kat belakang kami tu? tu sebenarnya asap orang bakar jerami !



cantiknye ciptaan Allah. kan2 ?



cikgu yang stress di sekolah terus segar bila datang sini =)



ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunjuk


banyak lagi permandangan yang best sebenarnya tapi sebab dah lewat terpaksa la kami balik dulu. insyaAllah ada rezeki nak ajak suami datang sini nanti haha. 

kalau nak tau banyak lagi information pasal homestay sungai haji dorani sila google sendiri :)


ok bye !



Tuesday, April 17, 2012

kursus asas pembimbing rakan siswa

Assalamualaikum =)

7 april lepas aku dah hadiri satu lagi kursus pembimbing rakan siswa IPG Kampus Pendidikan islam. masuk kali ni dah tiga kali aku pergi kursus macam ni. kursus pertama aku dekat sungai congkak. kursus kedua  kat Pulau Pangkor. untuk kursus ketiga ni buat kat dalam IPG jer sebab bilangan ahli makin ramai, bajet pun tak berapa nak cukup.


masa ice breaking. semua sibuk mencantum pantun masing-masing



kumpulan satu dok bincang pembugar kumpulan


kumpulan 5


kak nida, kak laila, kak nadirah, kak rahmah =)



before riadah pagi



taklimat by pengerusi


depa dok tiru ayam menari. kalau la ayam tengok manusia buat chicken dance mesti depa pelik ja kan. aku sendiri pun tak pernah tengok ayam menari huhu.


ni permainan telur, ayam, naga. kemain happy lagi sorang-sorang boleh jadi telur, ayam, naga :)


kak azie. kaunselor pelatih kat ipg aku


my group ! apesal aku tengok semua kaku macam tiang letrik ni hahaha.


selesai sudah kursus pembimbing rakan siswa. sesapa yang ada masalah nak cerita kat aku boleh la. jangan risau ahli PRS amat mementingkan etika kerahsiaan. peace!

ok bye 





kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers