Thursday, August 30, 2012

resepi laksa kedah

Assalamualaikum =)


hari ni aku nak bergaya jadi chef sejenak. ahaaax!

kebiasaannya setiap kali hari raya menu yang wajib ada ialah laksa selain lemang. setakat ni mak aku tak pernah buat ketupat lagi sebab ketupat dah jadi makanan biasa bagi family aku. hari-hari biasa pun mak aku buat ketupat. tapi kalau lemang memang kena tunggu raya la, hari lain ayah aku malas nak pergi cari buluh huhuhu.

ok, berbalik kepada cerita laksa tadi sebenarnya aku nak buat tutorial sikit macam mana nak sediakan laksa kedah. yelah, aku kan orang kedah. orang kedah pandai makan laksa kedah je =) sebenarnya bukan buat laksa tapi kuah laksa lah hahaha. kalau nak laksa boleh beli terus kat kedai. balik tinggal nak rebus ja. tapi takpelah, aku nak guna istilah laksa gak

yang aku nak tunjuk ni bukan laksa yang kami buat untuk raya. kalau untuk raya awal-awal lagi dah habes. aku pun tak sempat nak makan hehe. nak cakap kata sedap lettew ! 

bagi menebus semula rasa kecewa tak sempat makan laksa yang kami buat untuk raya, jadi dengan rasa teringin dan mengidamnya aku buat la sekali lagi. maklumlah bila datang bangi susah dah nak makan laksa macam kat kedah hehe. walhal kat sini ada ja laksa kedah. tak cukup dengan laksa kedah, laksa johor peneng semua ada. hebat kan! laksa pun ada macam-macam versi.

dah-dah. terpanjang pulak mukadimah aku hari ni. jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, mari kita meneroka ke dapur masterchef nida sekarang muehehe.


bahan-bahan yang diperlukan :-

* sekilo ikan kembung @ temenung-  kalau tak sekilo pun ikut suka la nak guna banyak mana pun

* 20 batang cili kering- kalau nak pedas boleh guna lagi banyak

* 4 ulas bawang besar- pastikan yang bersaiz besar, kalau sederhana boleh guna 5 or 6 ulas

* 1- 2 batang bunga kantan- aku guna sebatang jer sebab saiznya dah gedabak besau

* daun kesum- suka hati nak letak banyak mana pun

* garam

* asam keping

* kalau nak lagi sedap boleh guna sikit ajinomoto- family aku tak guna untuk masakan lain kecuali laksa


cara menyediakan :-


step pertama : mula-mula rebuskan dulu ikan kembung. masa rebus ni letak sikit jer air, just bagi tenggelam sikit-sikit ja ikan-ikan tu. lepas tu masukkan beberapa keping asam keping dengan sedikit garam. time ni aku masukkan dalam 6 keping asam dan dua sudu besar garam.

- tunggu sampai ikan masak dan biarkan sejuk sekejap -


step kedua : asingkan isi ikan dengan tulang ikan. letak dalam bekas berbeza



tulang ikan



isi ikan. pastikan tak da tulang yang tersesat sekali dengan isi ikan ni



satu aku nak pesan. pastikan korang tak buang air rebusan ikan tadi sebab air tu boleh digunakan untuk proses buat kuah laksa ni. caranya ialah korang tapiskan air rebusan tapi sebab takut ada tulang-tulang di dalamnya then masukkan terus kedalam periuk.



step ketiga : blend isi ikan. sila abaikan tangan manusia yang montok tu kahkahkah.


step keempat : masukkan isi ikan yang diblend ke dalam periuk yang dah ada air rebusan tadi. 



step kelima : blend tulang ikan pulak =) 



step keenam: masukkan tulang yang dah di blend sekali dengan isi ikan tadi. tapi pastikan ditapis ler sebab mesti ada lagi tulang yang tak hancur. kang tak pasal-pasal semua orang tercekik tulang plop 


- bila dah selesai step satu hinggan enam, boleh ler korang letak periuk atas dapur. guna api sederhana-

step ketujuh: bila periuk dah kat atas dapur, time ni lah korang boleh campakkan bahan-bahan yang lain. mula-mula masukkan 4 biji bawang besar yang dah diblend, then masukkan cili kering yang diblend jugak. lepas tu masukkan bunga kantan( aku koyak-koyakkan kelopak, bukan masukkan sebatang terus huhu ), daum kesum, asam keping( aku guna 10 keping) ajinaikmoto dan garam secukup rasa. 


tunggu lah dalam 20 minit (aku main agak jer ni). kalau korang dah puas hati maksudnya dah masak ler kuah laksa korang. suke tak? kekeke


bila dah siap boleh la makan dengan gelojohnya haha. tapi jangan lupa rebus laksa dulu (^_^) ooops!  jangan lupa potong bawang besar, timun and salad untuk eksesori. nak lagi advance masukkan sekali petai mentah macam aku selalu buat kakaka. sedap! 

terlupa pulak aku nak ambil gambo hasil laksa yang aku buat ni. bila mangkuk dah licin baru teringat huhu. apapun selamat mencuba !

tips : * kalau letak belacan lagi sedap 
        * nak laksa yang sedap jangan guna terlalu banyak air, kalau terlalu 
          cair nanti hilang rasa ikan ( tapi jangan terlalu pekat pulak hehe )
        

bubye!






Wednesday, August 29, 2012

all about RAYA 2012

Assalamualaikum =)



tetiba terasa rajin pulak nak update pasal raya. hai-hari buka dashboard orang lain dah ramai yang update, mungkin aku je kot yang ketinggalan. ingat dah malas nak update tapi bila fikir-fikir balik, nanti macam mana aku nak story kat anak-anak aku kalau tak da dalam blog huhuhu. besar nikmatnya ada blog ni tau, bila teringat something boleh view balik post yang lama-lama dulu =)

btw, raya tahun ni agak memboringkan bagi aku sebab adik-beradik aku yang dah kawen semua beraya kat rumah mertua depa, makanya sunyi lah rumah aku dipagi raya kalau tak da suara tangisan anak-anak buah aku huhu. 

selalunya kalau kami cukup 9 beradik, mesti pagi-pagi lagi dah kecoh berebut bilik air, ada yang baru sibuk nak iron baju tapi raya tahun ni semua macam cool jer. tapi tak da lah sampai hilang mood raya aku hehe. raya tetap raya beb !

pagi-pagi lagi aku dengan kakak and adik aku yang still bujang ni masuk dapur then siapkan mana yang patut. walaupun kami tiga beradik ja yang bertungkus lumus kat dapur tapi menu raya tetap meriah kehkehkeh. tahun ni kami buat laksa, kuih raya ada la 5 jenis kami buat. tambah lagi dengan kerepek-kerepek yang kami beli tapi semua tu tak sempat pulak aku nak ambil gambar sebab tak sempat. konon je tu hihihi.



lepas sembahyang raya kami berkumpul kat rumah lepas tu mula la adegan tangkap-tangkap gambar dua tiga keping =) oh ya, sepatutnya abang cik aku pun ada beraya dengan kami tapi time kami bergambo dia takda pulak. yang aku tau tengahari tu dia dah terbaring kat dalam bilik sebab tak sihat. kesian huhu.




mak and family abang chaq aku. depa ni pun pagi-pagi raya baru sampai rumah. tu pun lepas salam-salam cium-cium dengan adik beradik yang bujang ni terus keluar pergi beraya.



budak gediksss dihari raya. memandangkan raya pertama aku tak pergi mana-mana sebab kena tunggu tetamu datang rumah, mula la aku nak try macam-macam fesyen tudung haha. saja mengada pakai shawl, kalau nak keluar rumah pakai macam ni memang takkan la. aku tak confident!




tukar style lain pulak. ini memang menggedik dihari raya namanya ! huhu. kakak aku pun dah tukar tudung lain


tu jelah cerita raya aku dihari raya pertama. dari pagi tunggu orang datang rumah sampai malam. gaya macam sibuk sangat je kan walhal mak ayah aku yang menyambut tetamu. aku cuma hidangkan makanan jer ;)  



ni cerita hari raya kedua pulak. raya kedua lagi ramai kawan-kawan mak ayah aku datang rumah. yang tudung purple ni tetamu mak aku




bila dah takda tetamu datang rumah giliran kami pulak pergi beraya. hari raya kedua baru best sikit sebab kakak-kakak aku yang dah kawen semua dah berkumpul kat rumah. best ! oh ye, ni kat rumah paklang aku. sekejap jer datang beraya kat rumah paklang aku ni sebab ada tetamu special nak datang rumah (^_^)




along and muna. orang suruh makan kuih raya depa sibuk nak makan manggis 



ni lah tetamu special yang aku maksudkan. jauh depa datang dari berlin. huhu i mean baling,kedah



memandangkan depa tetamu special, jadi makanan yang dihidangkan pun kena special muehehe. special lah sangat kan !




suka gambar ni =)



thanks you sebab datang rumah i :p



raya ketiga kami teruskan aktiviti kami macam biasa. bangun pagi gosok gigi, sarapan lepas tu keluar beraya tapi gambo tak da sebab terlupa bawak kamera  hehehe. yang penting dah aku berbalas kunjungan ke rumah tetamu dari baling tu. first time pergi rumah dia =)

ok, tamat sudah story raya aku tahun ni. semoga panjang umur dapat jumpa lagi raya tahun depan. bye!




koleksi lukisan pelukis di malaysia

Assalamualaikum =)


kononnya nak buat tajuk gempak sikit hari ni :p 

sebelum ni aku dah pernah tulis yang dalam semester ni kami kena siapkan lukisan untuk assigment seni dalam pendidikan(SDP). jadi hari ni lecturer dah mintak kami hantar lukisan masing-masing. makanya aku pun semangat+ plus excited la nak meng"usha" lukisan classmate yang lain. maklumlah lukisan sendiri tak berapa nak syanteeeek :)



ini lukisan orang kolompo, yang aminah halim punyer. kononnya tak pandai lukis and mewarna la kan huhu



ini lukisan puan nawal. untunglah dah bersuami, boleh buat sumber inspirasi =)



aida punya lukisan, sangat mesra alam ;p



yang di aisyah punyer. mungkin tu sampan yang aisyah guna untuk balik ke terengganu hihihi. 



ni nor punyer. nor tengah tunggu feri berlabuh sekarang ni 



wuyooo. siap ada orang buat gimnastik tu haha. hebat sungguh lukisanmu wahai tintazafraaa.blogspot.com



lukisan nisa a.k.a husniyah bazlaa



juja punyer lukisan. orangnya gebu, lukisan pun gebu kehkehkeh



ni lukisan orang yang tak pandai mewarna langsung. menipu punya hakim najmi :)



ajlani adalah pemilik lukisan ini =)



lukisan prince daus. dia kata hebat tak lukisan aku? siap ada petir tu... muehehe



bunga tulip kak nadia



wah, ni tak lain tak bukan semestinya yang siti rahmah binti abu bakar yang punya hahahaha. dia dah lukis siap-siap rumah untuk dia dengan IO time tua nanti


tu jala lukisan yang berjaya di snap oleh mamarazi. ada lagi beberapa lukisan yang menjadi hak cipta terpelihara hehe. lukisan aku dah pun dipublishkan sebelum ni. rasa nervous pulak tengok lukisan orang lain semua cantik. takpe lah, orang tak berseni nak buat macam mana kan. nanti kena cipta lagu pulop, entah apa nasib aku :) doakan aku berjaya buat yang terbaik yop. bye!





Monday, August 27, 2012

kafarah dosa semalam

Assalamualaikum =)



Alhamdulillah, aku selamat mendarat di bumi IPG KPI selepas 2 minggu di rumah. btw, selamat hari raya aidilfitri walaupun dah agak lambat. orang dah  habes puasa enam, aku ni sehari pun tak start lagi huhu. entah bila nak start pun taktau la sebab kurang kemampuan lagi dah posa :)



yes, i got a fever now. mungkin terlebih makan lemang kot



rasa macam nak baring 24 jam atas katil sebab tak sedap badan. tapi bila dah berjauhan dengan family ni kena tunjuk tough sikit, takleh nak manja-manja sangat. kalau manja pun tak da sapa nak layan kat ni huhuhu sedih. kalau demam kat rumah best la jugak dapat tidur bawah ketiak mak :p tadi pun aku gagahkan jugak ke kelas, nasib baik ok je


cepat-cepat la hilang demam oi, dah la banyak assigment kena siapkan. bila dah demam, selesema, batuk macam ni nak ngadap assigment pun jadi tak da mood, tapi ngadap laptop boleh pulak kan hihihi. kejap ja aku online ni, sekarang nak sambung tido balik. bye !




Thursday, August 9, 2012

seni dalam pendidikan

Assalamualaikum =)


aku dah cakap aku ni tak pandai langsung melukis  apatah lagi nak mewarna. tapi memandangkan semester kami kena ambil subjek seni makanya aku kena jugak melukis dan mewarna. dah la kena buat untuk assigment. jadi kalau rasa nak dapat markah tinggi mesti kena buat cantik-cantik huhu. apapun hentam saja lah. dah nama pun tak pandai melukis macam mana nak bagi cantik kan.



cubaan pertama, rasa macam nak koyak-koyak buat ayaq asam kikiki. budak tadika buat lagi cantik aku rasa



cubaan kedua. yang ni aku rasa puas hati sikit la. kononnya nak terus hantar yang ni jer, tak sanggup aku nak buat yang lain. tapi sayangnya puan ramlah telah mereject lukisan ni sobsobsob. puan ramlah kata dia tak nak lukisan macam ni sebab terlalu banyak ruang kosong. jadi aku kena tambah design lagi kat belakang tu. merajuk punya pasal terus aku buang lukisan ni haha tipu jer =) mana boleh buang, hasil dari tangan aku ni walaupun aku rasa macam ada something wrong dengan meja dia. senget semacam ja =)



cubaan ketiga baru siap 10 minit lepas. cantik tak? aku rasa nak hantar yang ni ja kot. tu pun kalau puan ramlah tak reject lah. kalau rajin aku buat la yang lain, lagipun hantar lepas raya.




aku tiru lukisan ni lah. entah sapa yang lukis ni sebab aku ambil dari google jer. jauh beza kan dengan lukisan aku tu huhuhu.


lupakan pasal lukisan, esok aku balik rumah. yeay ! lepas tu kena fikir nak cipta lagu pulak untuk assigment subjek ni jugak. jenuh la aku ;p

ok bye !



Wednesday, August 8, 2012

moreh @ yogan fruz bangi

Assalamualaikum =)


banyak agenda yang aku dah buat semalam. mula-mula pergi beryl's chocolate factory lepas tu pergi berbuka kat restoran ayam penyek. walaupun perut still buncit masih lagi ada hati nak menikmati yogurt kat yogan fruz bangi. oh, sesungguhnya bangi memang syurga makanan. nak apa semua ada, cuma kena pastikan poket penuh jer .



aku tak pernah pergi tutti frutti kegemaran najwa latif tu jadi aku taktau  la dorang serve macam mana. tapi kalau kat yogan fruz ni korang boleh pilih perisa yang korang nak pastu baru depa buat. ni baru sikit, ada banyak lagi perisa yang boleh dipilih. rambang mata den =)



hiasan-hiasan yang bakal mengikis duit anda =)



wah, inilah hasilnya. yang purple tu rahmah punya perisa raspberry dengan oreo, harga rm15 kalau tak silap aku. yang satu lagi kak nida punyer. aku kalau pergi mana-mana pun haruslah pilih perisa strawberi.peberet aku tuh. aku punya harga rm16. tapi sangat berbaloi sebab sedap giler



bukti kami di yogan fruz. gambo ni aku curik kat page fb yogan fruz bangi hihihi. owner kedai ni memang sangat ramah, dah la suka ambil gambar setiap costumer yang datang =)



just tapau it. memang kena tapau sebab kami beli sorang satu, dah la banyak pulak tu. sampai sekarang aku terasa lagi kesedapan yogurt tu. maklumlah pagi tadi terlepas sahur kehkehkeh.

 ok bye !



Beryl's Chocolate

Assalamualaikum =)



sapa suka makan coklat sila angkat tangan sekarang =) aku tak suka sangat makanan manis. bayangkanlah coklat cadbury black forest yang aku beli sebulan lepas still ada lagi tapi aku ni jenis tak boleh tengok ada barang yang tengah sale mesti menggugat nafsu amarah aku ni kehkehkeh. nama pun pompuan kan.


ni lah dia yang aku maksudkan. sekarang ni beryl's chocolate tengah buat promosi mungkin sempena hari raya kot =) sebenarnya aku taktau apa pun pasal promosi ni, itu pun aminah yang bagitau.



sampai jer terus ambil bakul sorang satu. rambang mata tengok semua coklat kat keliling kau. rasa macam nak borong semua =)



muka ceria lepas merembat coklat-coklat sorang seplastik 



aunty nida yang penyayang sebab aku just beli kat anak-anak buah aku ja . yelah,  aku kan tak suka sangat spesis makanan manis makanya memang aku takleh kawen dengan orang kelantan hihihi.



mak cik aminah yang paling mengidam nak beli coklat ni. sanggup pusing dua tiga round kat bangi sebab nak cari seksyen 9 tak jumpa. rupanya seksyen 9 dekat masjid hasanah jer pun. oh ye, kat seksyen 9 tu la terletaknya kilang beryl's chocolate. baruku tahu rupa-rupanya dekat je dengan maktab aku. boleh la pergi lagi lepas ni kikiki.

ok bye !



kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers