Assalamualaikum..
Rasa dah lama benor aku tak update blog ni..seminggu kat rumah seminggu lagi kat Terengganu, so memang tak sempat aku nak belek2 blog nih.. kalo buka pon sekejap sekejap jer tengok kalo2 ada komen ke apa.. sebenarnya aku dah balik ke Maktab kesayangan aku ni hari sabtu lagi tapi tak sempat nak update jugak.. sampai2 jer terus kena kemaskan barang sebab sebelum balik hari tu kena kosongkan bilik untuk kakak2 KDC (kursus dalam cuti). Lepas dah kemas semua kena sambung siapkan assignment pulak yang kena submit semalam.. tu la aku..tugasan projek yang sepatutnya kena siapkan dalam masa sebulan tapi aku saat2 akhir baru nak belek betol2..ekekekeke.. takpe janji aku dah hantar semalam. Sekarang ni tinggal Folio and tugasan PBS yang aku kena siapkan..but lagi 2 minggu nak kena submit, bukan sekarang. So boleh la aku update dulu blog ni.. banyak sangat sampai dah jadi pekasam dah.
Hohohohohoho.. rasa macam banyak la pulak aku dok mengarut kat atas tu..sekarang ni kita masuk yang main point pulak yer..banyak ni aku nak story pasal trip aku ke Terengganu.. maklumla kali terakhir aku pi sana kalo tak silap aku masa darjah 5 kot.. sekarang aku dah 20 tahun..muahahahaha..kesian x??
aku nak jadi skema sikit ni.. hangpa jangan geli geleman pulak baca nih.. ekekekeke
Perjalanan aku bermula pada pada malam 16 Februari di mana pada hari tersebut aku bertolak dari hentian bas Shahab Perdana ke hentian Duta. aku naik bas malam yer.. kalo tak silap aku pukul 11.30 kot tiketnya.. sampai ja kat hentian Duta dalam pukul 5 pagi hari rabu aku disambut oleh Aminah. Lepas tu seharian jugak aku kat rumah Aminah sebelum aku bertolak ke Terengganu pada hari yang sama jugak iaitu pada jam 10 malam. Tujuan aku transit dulu di KL adalah kerana aku takut untuk ke Terengganu sorang2 sebab aku memang tak biasa.. sebab tu la aku mengambil keputusan untuk ke sana bersama2 dengan aminah dan Fiza..( eh2 tetiba pulak Fiza muncul dalam cerita ni).. walaupon aminah and Fiza pun tak pernah gak pi Terangganu naik bas tapi atleast kalau sesat pon kami bertiga, bukan bersorang..(bersorang???)huahuahua..
Ooooooops..dah letih la nak buat ayat karangan budak darjah satu…kikikiki
Dalam pukul 3.15am kami sampai ke Dungun.. tu pon nasib baik terjaga sebab pak cik bas tu langsung tak cakap apa2.. selalunya bas yang aku naik setiap kali berhenti dorang cakap dulu tu kat mana.. adui tak caring betol la.. lepas dah turun dari bas tu kami pon call la Fira( tuan rumah untuk PBS ni ). Tapi dalam hati rasa pelik jugak apasal tak macam Dungun pun tempat kami turun tu.. nak kata tu Hentian bas Dungun kenapa tak nampak pun kaunter2 tiket.. tapi kami cool je la.. haaaa nasib baik kami bertiga, kalau aku sorang2 ni mau nangis jugak aku..dah la prebet2 sapu pon ramai, semua laki pulak tu.. kang depa bawak aku lari ke Siam naya aku..kikikiki
Nasib baik ada sign board Masjid Pak Sabah, tu la clue yang kami habaq kat Fira kami kat mana. Dia kata selalu dia turun kat depan court mammoth tapi kiri kanan depan belakang kami dok usya tak da pon..lagi cuak aku..
Sekali aku dengaq orang horn kereta kat belakang aku.. jeng2.. nasib baik tu Fira.. hehehehe.. dia kata memang betol la tempat kami turun tu.. rupanya lampu court mammoth tak buka, patut la dok cari tak jumpa..(dalam hati koman betol Dungun ni, ada pulak turunkan penumpang kat tepi jalan macam tu ja)..hohohohoho
Lepas dah sampai rumah Fira kami rehat2 dulu.. bila matahari dah mencacak kat atas kepala kami pon meneruskan pengembaran Upin dan Ipin..
Error services: to be continue next episode (*_*)
No comments:
Post a Comment