Assalamualaikum =)
memandangkan semester ni aku masih menjadi ahli tetap Puteri Islam, makanya semalam bersamaan dengan hari rabu semua student yang sem 4 kena main masak-masak. yeay kitew suke sangat main masak-masak. memang hobi kitew lettew huhuhu.
sebenarnya bukan puteri islam je yang kena main masak-masak, tapi semua unit beruniform yang ada kat maktab aku ni la. tujuannya sebagai persediaan untuk kami camping lepas raya nanti. minggu sebelum ni kami dah belajar buat gadget dengan belajar cara nak guna kompas, jadi minggu ni kami belajar cara nak masak kat dalam hutan la pulak. yelah kan, kat dalam hutan tu mana nak cari dapur panasonic.
dalam banyak-banyak aktiviti aku rasa masak la yang paling best. bak kata kawan aku buat apa nak pakai kompas, GPS kan ada . tu kalau masuk hutan sehari boleh la nak pakai GPS. kalau dah seminggu kat dalam hutan mana kau nak cas GPS tu =)
ini bukan masak dalam hutan, ini nak berkelah namanya siap dengan besen bagai muahaha. kalau betul-betul nak masuk hutan nanti takkan nak angkut pinggan mangkuk kat rumah
tiga bakal ibu dok sibuk siapkan bahan untuk masak ayam. nakal betul puteri islam ni kan, siap bawak talam lagi haha.
kak hani yang comel tengah action nak masukkan ayam dalam buluh. kitew nak buat lemang ayam lah !
ayam yang dah siap digaulkan dengan garam kunyit. tadi gaul-gaul dalam talam, sekarang kite letak atas daun pisang pulak. baru nampak real sikit hewhewhew.
teknik baru nak masak kentang. kau hado buat macam ni? *versi azwan ali tetibe
teknik baru bakar lemang walaupun ini lemang ayam =)
dah jumpa teknik yang lagi berkesan supaya ayam dapat dimasak dengan sempurna ;p
dapat tempurung pun jadi la. dapat jugak makan kentang rebus kikiki. ini cara pandu puteri masak yer kawan-kawan
ditambah pulak kentang BBQ
ingatkan kentang ja ada huhu. tu ayam yang dah tak muat nak masukkan dalam buluh. jadi kite bako jer dia
untung jadi puteri islam. bakat menganyam pun depa ada tau
puteri-puteri moden. semua depa boleh buat aw. ingat laki ja boleh buat kerja macam ni hihihi.
biasanya yang dok posing-posing tu buat kerja tak macam orang lain pun =)
nampaknya depa dah tukar style bakar kentang. mungkin cara ni lebih senang sebab tu ceria ja muka sorang-sorang
rupa sebiji macam batu hahaha.
lah, dah bertukar posisi rupanya lemang ayam kami. itu sebabnya takut yang bahagian atas tak masak. yang bahagian bawah tu siap dah terbakar dah buluh tu
alhamdulillah akhirnya ayam kami dimasak sempurna. sedap pulak tu
bakal masterchef malaysia. sapa nak buat menantu boleh la (^_^)
ayam bamboo pengikat kasih untuk dirasa oleh juri (lecturer) . kreatif tak? aku ni kan sampai sekarang tak pandai-pandai lagi nak buat ketupat tu
weeee. sangat menyelerakan. bila lagi nak makan macam ni
siap sedia untuk dimakan
akhirnya dapat jugak sorang seketul hahaha.
rasa puas sangat sebab ayam kami sedap. tak sabar pulak nak pergi camping nanti.
btw, ahlan wasahlan yang ramadhan. semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. ok bye !
No comments:
Post a Comment