Friday, October 12, 2012

Asia Tru Cosmetic testimoni

Assalamualaikum =)



aku start naik jerawat dekat muka masa hari first daftar form 1. masa tu aku bangga gila kot sebab muka ada jerawat. rasa macam comel jer ada bintik-bintik hitam dekat muka. haha sungguh tak cerdik aku masa tu.

tapi bila dah lama-lama baru aku sedar kulit muka kawan-kawan aku semua licin. sejak form 1 aku dah duduk asrama. bila balik kampung jer mak ayah kakak abang aku semua risau tengok muka aku. orang lain tak da jerawat apasal aku sorang jer ni berjerawat. mungkin hormon gatal aku masa tu terlebih kot kahkahkah. 

masa tu macam-macam produk family aku suggest suruh pakai. fair n lovely, safi balqis, syahirah dan kebanyakan produk yang familiar kat tv tu semua aku dah pakai. tapi jerawat still ada kat muka aku. antara sikit atau banyak jer. 

sampai lah form 5 jerawat kat muka aku dah ok sikit lepas aku guna ubat yang aku beli dekat farmasi. family aku pulak memang tak habes-habes cakap muka aku teruk. mak aku lagi la. selalu sangat suruh aku pergi buat rawatan resdunglah, pergi klinik lah, cuma new york skin solution jer mak aku tak pernah sebut hehehe.

nak cerita pasal jerawat aku ni memang terlalu panjang, lepas aku makan virgin coconut oil (VCO) tujuh botol pun still ada jerawat degil kat muka aku. cuma masa tu muka memang lembut la. bila pegang pun rasa licin tapi hakikatnya parut jerawat still banyak.

dipendekkan cerita, ada la satu hari tu abang aku suggestkan satu produk. nama produk tu ASIA TRU. memandangkan abang yang belikan mesti la aku terima dengan senang hati. barang free kan muehehe. abang aku kata muka aku teruk sebab tu dia belikan Asia Tru kat aku. untung dapat abang yang caring macam tu =)

lepas beberapa minggu aku pakai Asia Tru, aku rasa muka aku dah ada perubahan. rasa hepi jer sebab punya lah banyak produk yang aku pakai sebelum ni akhirnya Asia Tru yang jadi hero dalam kisah jerawat aku ni tehee.

nak story pasal asia tru jer pun tapi intro kemain panjang :p



pic from google
antara produk asia tru. produk ni tak da kat kedai-kedai biasa. kalau kat watson or gardian pun tak ada. abang aku ambil terus dari kedai dekat Cinta Sayang Resort, Sungai Petani



aku guna night cream, moisturizer cream, toner, sunblok foundation cream dan pencuci muka carrot. memang lima jenis ni jer yang aku pakai. 


maaaak. malu la sebenarnya nak tunjuk gambar ni. gambar ni sebelum aku pakai Asia Tru



abang aku jahat. dia kata kulit limau tu lagi licin dari kulit aku. sentap!



after a few weeks guna Asia Tru my face is getting ok =)


and now walaupun aida lagi cun melecun dari aku :p 


abang aku pesan suruh promote produk ni. jadi sekarang dengan rasminya aku nak promote Asia Tru to all my readers. sapa yang berminat nak dapatkan produk ni sila ke blog buyasiatru.blogspot.com dan isi form yang telah disediakan

ok bye!




No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers