Assalamualaikum =)
sekarang ni hidup aku rasa sibuk sangat. nak rehat pun rasa macam tak cukup masa. mana taknya hari-hari kelas sampai petang. malam pulak ada ja program kat maktab ni. tapi takda lah sampai tiap-tiap malam :p kalau tak ada program malam pun kalau kelas hari-hari sampai petang tak tahan jugak weh. penat ja rasa sekarang ni. bila malam terus ngantuk, pastu tido. yang assigment tak jugak sentuh kehkehkehkeh.
punya la sibuk sekarang ni kan sampai hujung minggu pun aku tak merasa cuti. cuti hari minggu lepas aku ada kursus kejurulatihan olahraga. kursus ni penting gak untuk jadi pegawai olahraga. alah macam yang dok jadi hakim kat padang, yang dok angkat bendera time sukan tu muehehe. rupanya bukan senang nak jadi pegawai olahraga.
mula-mula tu dah la kena tadah telinga dengar ceramah sampai dua hari. ceramah tu pulak langsung tak ada unsur-unsur kecindan. ibarat macam kau tengah belajar sejarah. asyik mengantuk je sepanjang ceramah tu. boring gile. penceramah tu pulak straight. pantang nampak orang tido je terus sound hahaha. kalah lecturer aku. walhal dia datang bagi talk pasal olahraga je pun =) tapi takpe. aku paham je. dia garang-garang pun sebab nak kami semua lulus exam 16hb nanti. lepas dah lulus exam tu baru boleh jadi pegawai.
buku yang kena khatam dan hadam kalau anda bercita-cita nak jadi pegawai olahraga. orang macam aku ni entah lulus ke tidak kikikiki.
study jangan tak study. tapi sejarah sebelum ni student yang fail adalah lebih tinggi berbanding yang lulus =)
ini jelah kerja aku sepanjang ceramah tu. amik gambo pastu edit-edit sikit. nampak sangat pemalas tu muehehe.
mak cik najwa dan mak cik rahmah
yang ni adik manis nida and fira. orang lain dok dengar ceramah kami dok bergambo hihihi. nasib baik "abang" penceramah tu tak perasan kami :p
bila dah habes slot ceramah, last sekali ada sesi ulangkaji pulak. time ni penceramah tu tunjuk la contoh-contoh soalan yang pernah keluar sebelum-sebelum ni. tapi malangnya. masa penceramah tu dok tunjuk slide kat depan tahap penglihatan aku adalah sangat teruk. rasa macam nak nangis pun ada time tu sebab aku tak nampak langsung kat slide tu. dah la benda penting pulak tu. bagi aku penting la kan kalau penceramah tu tunjuk soalan-soalan yang selalu naik. lagipun time tu aku boleh buat revision sikit-sikit. tapi kalau mata tu dah rabun terus down tak boleh bagi tumpuan lagi :(
sebelum ni pun penceramah tu ada gak tu tunjuk slide tapi aku tak tengok la sebab asyik tido je hahaha.
apa lagi. sebab down punya pasal terus aku ajak fira teman aku pergi warta check mata. fine, lepas check memang aku disahkan rabun + silau. memang sebelum ni aku selalu ja sakit kepala. lagi-lagi kalau tegok laptop lama-lama. mesti mata akan berair. lepas tu kalau aku bawak moto or drive time malam pun memang fail la. harapkan line putih je yang aku tengok tapi aku malas nak fikir banyak sebab saja taknak istihar yang aku ada simptom rabun walaupun adik beradik pompuan aku yang lain semua rabun. mak aku pun adalah pemakai spek mata bhahaha.
tapi kursus kejurulatihan punya pasal, aku telah decided untuk buat specs. dah hilang satu nikmat sobsobsob.
hari ahad aku buat specs ni. tadi baru aku pergi ambil =)
my samsung :p ingatkan phone je ada samsung hikhikhik
makanya inilah ghupenye nida husna bila pakai specs. terus rasa cute hahahaha. fine, masuk bakul angkat sendiri =)
ok bye !
No comments:
Post a Comment