Sekarang ni kan aku tgh praktikum dekat sk bandar tasik selatan. Alhamdulillah la satu minggu dah lepas. Baru seminggu baq hang. Ada 3 minggu lg nak habis. Lamanya rasa.
Sekarang ni baru aku tahu betapa hazabnya praktiktum. Memang letih sangat sangat. Tiap tiap malam pukul 2 lebih baru boleh tido sebab kena siapkan rancangan pengajaran, dengan bahan bantu mengajar lagi. Pastu kul 5.30 dah kena bangun. Kalau aku kena bangun awal la sebab kena pergi sekolah awal. Yelah, aku kan duduk kat bangi. Sekolah pulak kat KL. Tu yang kena gerak awal takut jem.
Minggu ni kira ok lagi kot sebab lecturer and guru pembimbing aku tak start observe lagi. Start minggu depan lagi horror kot huhu. Takutnya rasa
walaupun minggu ni kira ok lg tapi aku dah demam ni. Memang siksa sangat. Bila demam satu benda pun tak leh nak buat. Aku demam ni sebab tak cukup tido la ni. Lagi pulak aku ni memang jenis tak biasa stay up sebab buat kerja pastu bangun awal macam tu. So, badan aku terkena kejutan budaya kot tu yang boleh demam huhu.
Aku harap sangat baki lagi 3minggu ni aku semakin kuat and dapat buat yang terbaik. Setakat ni aku ada masalah kawalan kelas. Harap sangat minggu depan aku boleh kawal kelas dengan baik.
Dapat hadiah ubat sempena seminggu praktikum. Kalau lagi 3minggu entah apa yang jadi.
Ya Allah permudahkanlah urusan aku :( bukan senang nak jadi cikgu rupanya
3 comments:
semoga urusan dpermudahkan dn selesai dgn penuh kebaikan
insya'allah dipermudahkan :)
ye cikgu sekarang dahtak macam dulu.. cikgu sekarang sibuk.. pukul 1 belum tentu boleh balik rumah.. nanti bila cikgu ada anak2.. dengan anak2 cikgu kena stay back kat sekolah.. hihi.. mak meeting sana sini.. alahai cikgu sekarang... hihihi
Post a Comment