Thursday, July 4, 2013

khidmat masyarakat di SK Ulu Semenyih

Assalamualaikum =)


disebabkan sem ni kami ada satu subjek tentang persatuan, jadinya kami satu kelas kena tubuhkan satu persatuan. persatuan kali ni bukan macam puteri islam bagai tu. tapi kali ni kami sendiri kena tubuhkan satu persatuan. setiap kelas boleh pilih mana-mana jenis persatuan. tak kisah, bebas !

untuk kelas aku, kami semua decided nak tubuhkan persatuan kebajikan. semuanya sebab nama Dar Al Falah tu. kalau tak kerana nama persatuan yang kami pilih ini, belum tentu idea nak buat persatuan kebajikan ni datang tau. nama Dar Al Falah ni pun ada cerita disebaliknya kenapa kami pilih nama ni huahuahua. mula-mula ustaz aku kata macam nama pusat rawatan islam dah =)

disebabkan penyarah kami tersangat semangat, maka kami ahli-ahli persatuan Dar Al Falah yang tak berdaftar ni pun turut bersemangat macam watson nyambek nak lari. rasanya kelas aku lah yang fist sekali buat aktiviti luar macam ni. 

dah nama pun persatuan kebajikan, makanya program pertama yang kami rancang ialah nak buat khidmat masyarakat bersihkan masjid. tup-tup ustaz aku suruh pergi bersihkan sekolah pulak. takpelah, tak dapat masjid, sekolah pun boleh =)



petang tadi di kantin SK Ulu Semenyih. jauh jugak dari IPG aku tapi dekat dengan rumah ustaz. sebab tu ustaz pilih sekolah ni



my classmate. hakim najmi



yang kecik tu Wali, yang sebelah dia daus. wali malu dengan kamera sebab tu muka dia macam tu ekeke.



hamboi kemain tau minah ni. dia yang request kat aku suruh amik gambar macam ni. kalau nak kulit muka macam dia sila buat bekam di muka. kalau nak bekam boleh suruh minah bekam kan sebab dia tauke bekam hihihi.



aisyah and minah. salah sorang dari depa dah nak jadi bini orang lepas raya nanti :p



fobia kejap bila tengok budak-budak ramai macam ni. nervous tau nanti nak praktikum 2 bulan :(



nampak semangat nau wali buat kerja ni



hakim pun apa kurangnya. tak padan dengan sakit baru lepas excident. aku yang risau tengok dia ni. 



haziq dengan jai. memang ada tokoh bertukang depa ni. muka pun boleh tahan serius



haaaa. yang ni part aku, mah, minah, ju and fiza buat kerja. kami kena bersihkan bilik muzik. masa ni dah nak siap dah ni. sebelum ni bilik ni penuh dengan kerusi meja. lenguh tau kaki tangan kami kena angkut meja keluar dari bilik ni pastu letak dekat blok lagi satu. tapi disebabkan kami adik-beradik gergasi makanya semua tu tak jadi masalah muehehe.



nak angkat rak ni pun boleh senyum. lepas tu ustaz siap cakap lagi " kalau buat kerja betul-betul mana boleh senyum. biar dalam gambar nampak  buat kerja " kehkehkeh



lepas tu terus jadi serius macam ni baq hang



hakim lagi =) banyak pulak gambar beliau hari ni



gergaji kayu pulak. dasyat-dasyat



jun and fiza. aku rasa ni lah gambar ju yang paling sopan sekali. paling hokey 



perempuan sekarang semua boleh buat. tapi aku tengok minah dengan najwa yang tepi sekali tu macam hiasan je kat situ haha. tak nampak macam pegang betul-betul pun



kakyong and fiza



cantik sangat permandangan kat sekolah ni. nyaman, tenang je. dah la tadi baru lepas hujan



lepas semua dah settle, kami kena berkumpul dengan cikgu-cikgu lain yang terlibat dengan projek kami hari ni



dak laki kelas aku. sepatutnya sem ni dah jadi 6 orang. tapi sekejap jelah



isteri ustaz razak. first time jumpa dengan isteri ustaz. rupanya dia cikgu kat sekolah ni.



yay kami semua dapat tupperware sorang satu. bak kata cikgu-cikgu kat sekolah tu tadi, boleh la buat bekas makan megi kikiki.



lepas tu siap ada jamuan lagi untuk kami




ahli Persatuan Dar Al Falah dengan ustaz razak selaku penyarah pembimbing kami. 


walaupun kaki aku tengah lenguh sangat sekarang ni, tapi aku tersangat enjoy dapat join benda macam ni. paling best kami buat aktiviti dengan classmate je. boleh bersuka ria lebih sikit huehuehue. harap-harap next time boleh buat kebajikan kat tempat lain pulak. 

yang penting kami ikhlas buat kerja-kerja macam ni. sesuai la dengan moto persatuan kami AMAL IKHLAS IHSAN . sapa-sapa yang nak jemput kami untuk buat aktiviti sukarelawan macam ni boleh la PM aku. heeee tipu je :p

ok bye !




No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers