Assalamualaikum =)
memandangkan raya pertama dan kedua aku memang jadi suri rumah sepenuh masa, jadinya untuk raya yang ke 3 aku request kat mak aku nak pergi jauh sikit iaitu kelantan and terengganu. jauh la tu kan kikiki. dah lama dah sebenarnya aku plan nak pergi sana sebab raya ke4 classmate aku kat terengganu menikooooh. semangat woo nak pergi kenduri classmate walaupun jauh.
lepas mintak izin dekat mak ayah aku, makanya bertolak la aku ke kelantan dengan hakim. classmate aku jugak. dah dia jer geng kedah yang ada. so, nak tak nak aku pergi dengan dia jelah wihihi. tu pun nasib baik family dia sanggup datang ambil aku dekat rumah pastu hantarkan kami berdua ke shahab perdana. thanks pakcik makcik :p
kami bertolak malam raya ke3. sampai kota bahru pagi raya ke4 lepas tu classmate aku ambil dekat bus stop. thanks kakna sudi terima saya jadi tetamu awak. walhal kakna yang paksa pergi jugak bila aku dengan hakim dah nak cancel last2 minit sebab classmate yang lain semua tak jadi pergi. kemain tau plan nak pergi satu kelas kononnya.
kami sampai dalam pukul 4.30am macam tu. sempat lah tido sekejap before bertolak ke setiu nak pergi jumpa pengantin baru =)
mula-mula ingat kami pergi dengan kakna jer rumah aisyah. rupanya dia dah plan nak konvoi ramai-ramai dengan geng klate. mula-mula berkumpul dekat rumah Nor. classmate aku jugak =)
kami classmate. akhirnya sampai jugak aku ke rumah depa nih. bukan senang kalau nak datang saja-saja jer. dah lah jauh
on the way nak pergi setiu. tak sangka lalu dekat depan nilam puri. sempat jugak lah aku tengok balik tempat belajar aku walaupun sebulan lebih jer kat sini hikhikhik.
sebelum sampai setiu kami singgah dulu kat rumah kak Effah, senior aku kat maktab. time ni ahli konvoi dah makin bertambah.
pukul 7 setengah keluar dari rumah kakna, pukul 2 lebih baru sampai rumah aisyah. jadi lambat sebab banyak berhenti dok menunggu orang. dah semua nak pergi sama-sama. tapi takpelah tetap best jugak dapat jumpa pengantin famous satu maktab. tapi gambar pengantin takda sebab depa dua cantik dan hensem sangat. tak boleh tunjuk kat orang mihihihi. ada gambar aku dengan kakna depan rumah pengantin pun jadilah kan :p
btw, Selamat Pengantin Baru Aisyah dan Suami. semoga kekal hingga ke syurga. nanti turn Nida kawen awak wajib datang dengan suami pulak eh (*_*)
lepas kenyang makan makan kat rumah aisyah kami singgah rumah kak Umairah pulak. rumah akak ni dekat je dengan rumah aisyah. dah alang-alang lalu singgah jelah terus ;) . tapi kaaaaan. aku tak kenal pun sebenarnya kak umairah ni. aku main ikut jer. yang lain kenal ler dengan akak ni. aku sorang je yang tak kenal sebab akak ni maktab lain hahaha. boleh pulak gitu. tapi dah pergi rumah dia so, aku pun buat-buat kenal gak ah =p
on the way balik dari setiu. kami singgah beli kopok losong nak bawak balik dekat family.
haaaa. ada pun gambar hakim classmateku yang hensem lagi buncit wahaha. tapi sayang dia bukan single lagiiiiik T__________T
kami beli keropok losong yang fresh punya. sedap wooooo
lepas tu kami balik rumah kakna. aku tidur tak hengat sebab penat berjalan. dah la malam tu tido kat atas bas je. esoknya kakna bawak aku dengan hakim berjalan dekat Tak Bai, Thailand. wewewe seronok sangat ! rumah kakna dengan Tak Bai dekat je pun.
kami pergi Tak Bai berempat dengan kak azimah sekali. kak azimah senior aku jugak dekat maktab. kak azimah dengan kakna adik beradik. muehehe
syok baq hang. sebelum ni aku dok dengar je kakna bercerita pasal Tak Bai. sekarang ni aku dah pergi. suka ah. suka sangat. kat sini barang semua murah. aku pergi borong mercun je untuk anak-anak buah sebab mercun kat sini gilos murah. barang lain pun murah jugak =)
ahkak-ahkak baik hati dengan pelancong dari kedah. nasib baik ada hakim yang setia jadi photografer kami hehehe.
cenggini r Tak Bai. tapi ni bahagian luar . kat bahagian dalam banyak r orang jual.
aku pergi rumah kakna dekat Tumpat. rumah dia dekat jelah dengan sungai yang memisahkan antara malaysia dengan Thailand. sungai ape tah nama dia. sungai golok kot kalau tak silap aku. kalau nak seberang sungai tu nak tak nak kena naik bot la. banyak bot kat situ yang buat perkhidmatan bawak pelancong. bayar sorang rm2.
ready naik bot. nak balik dah masa ni.
kalau nak naik bot ni better pakai seluar la senang. mula-mula tu aku dah nak pakai skirt bagai. lepas tu kakna dah pesan awal kena pakai seluar sebab susah nak naik bot kalau pakai skirt. memang pun sebab bot tu tak berapa stabil masa kita nak naik. kalau pakai kain kang kena kontrol ayu tak pasal-pasal terjatuh pulak. tapi makcik tu steady je pakai baju kurung hahaha.
yang ni jeti betul. kalau naik bot ikut jeti ni kena guna passport bagai.
kalau naik bot kat tepi sungai macam ni je tak payah pakai passport pun takpe. bak kata kakna masuk secara haram jelah. lagipun nak pergi kejap je kan. kalau nak pergi berhari-hari kena guna cara yang sah ler. kang tak pasal-pasal tak balik malaysia ler kome.
ramai pulak aku tengok orang dalam bot tu. Alhamdulillah nasib baik aku pergi selamat je. family aku siap tanya lagi tak takut ke pergi thailand? yelah negara depa kan tak berapa nak stabil sangat. kadang-kadang tentera depa main tembak ikut dan je huhuhu. nanti ada rezeki nak pergi lagi.
lepas tu kami berjalan kat kawasan bebas cukai pulak. tempat ni dah dekat sebelah malaysia. banyak aku borong blanket sebab murah kikiki.
ada gaya paris hilton keluar shopping tak? tapi paris hilton versi kampung la sebab selekeh.
lepas shopping bagai, kakna bawak aku dengan Hakim pergi pantai Tengku Anis pulak. beli nasi gomok dekat Tak Bai lepas tu datang makan kat sini. wuuuu best wuuu.
tengok pemandangan Thailand dari Malaysia :)
sebenarnya bangunan tu dekat thailand :p
muka senyum senyum ni bukan versi Paris Hilton lagi dah tapi versi makcik-makcik bertudung kembang semangkuk.
sebelum balik sempat dating dengan kakna sambil ber-pedal boat dekat Pantai Tujuh.
panas matahari aku dah tak kesah. janji boleh naik menda alah ni.
klate best sokmo. weeee akhirnya tercapai jugak hajat nak datang kelantan walaupun dah bagitau lama kat kakna. nasib baik ada kawan kat klate. senang aku nak jalan-jalan. thanks kakna and family sebab layan Nida dengan Hakim baik sangat. tq jugak dekat Hakim sebab anda dah jadi photoG kami. muehehe. ok bye !
1 comment:
gambar cantik dan menarik
Post a Comment