Friday, April 4, 2014

kenduri di rumah

Assalamualaikum =)


minggu lepas kan cuti sekolah. so adik beradik aku semua balik rumah. dah alang-alang semua balik mak aku pun plan la nak buat kenduri sikit kat rumah. ala kenduri kecik je. panggil orang kampung je hihihi.

kenduri tu mak aku buat hari khamis. sebenarnya aku tak suka sangat kalau buat kenduri kat rumah, sebab penat hahaha. nak mengemas pinggan mangkuk tu yang leceh .




budak-budak ni je yang happy kalau ada kenduri kat rumah sebab ada ramai kawan.



kalau kenduri dekat kampung aku, memang A to Z kami akan gotong royong. biasanya beli ayam yang tak proses apa-apa lagi lepas tu orang kampung semua tolong la. tu yang best duduk kat kampung. orang kampung memang ringan tulang hihihi.



biasanya kami akan bahagi-bahagi kerja. ada yang buat ayam, ada yang potong bawang potong serai semua la. kami la sangat. walhal aku tak pernah pun join gotong royong dengan orang kampung . kecuali kalau kenduri kat rumah sendiri haha. 




ada geng memasak.



muka orang-orang kampung aku =)



ni bukan orang kampung aku. yang ni kira tetamu special la jugak . mak aku buat kenduri pun sebab nak sambut depa. orang jauh kan :p



heeee. sebenarnya hari ni kakak aku bertunang. emm, macam tak percaya pulak kakak aku dah nak kawen. dengan orang terengganu pulak tu. jauh benor.




kakak aku dapat 2 cincin. 1 cincin risik 1 cincin tunang. jeles tau ! hahaha




tahniah kakak ! 



insyaAllah kakak aku dengan tunang dia akan berkahwin tahun ni jugak :) im happy for you kakak walaupun dalam hati ada sikit rasa jeles kahkahkah.


sebenarnya mak aku pun dah bising suruh aku "jalan" sekali dengan kakak aku. mak aku siap cakap lagi tak larat nak buat kenduri tiap-tiap tahun haha. yelah tahun lepas kan abang aku kawen. tahun ni kakak aku. maybe tahun depan aku pulak hehe. maybe jelah. taktau lagi bila ("_")

mintak maaf la mak, kakyong tak mampu lagi nak kawen tahun ni. kalau tahun depan mak kena buat kenduri lagi sekali pun apa salahnya kan hahaha. ok bye !

No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers