Thursday, May 15, 2014

jalan-jalan kat Sabak Bernam

Assalamualaikum =)



aku ni kan sejak habis praktikum dah lama tak pergi mana-mana.kerja aku makan tido jelah kat bilik. memang bosan tahap sakit kepala hari-hari la.

and minggu lepas classmate aku, Fiza ajak pergi rumah dia dekat Sabak Bernam. tanpa segan silu la aku setuju nak ikut haha. memang dah tak larat duduk kat bilik dah. lagipun aku teringin juga nak pergi rumah dia for second time. sebelum ni aku dah pernah pergi rumah dia untuk PBS. ada kat entry tahun-tahun sebelum ni hihihi.

well, kalau pergi rumah fiza rasanya tak da benda lain nak story kalau bukan makanan hahaha. orang jawa best ah. nasib baik 2 hari je aku pergi rumah dia. kalau seminggu tak tau la perut aku jadi apa lepas tu :D

paling best kat rumah Fiza, sebut je nak makan apa mesti mak dia tunaikan. kat rumah sendiri pun belum tentu aku dapat hehe. 


jeng2x. nasi ambeng in the making 



first time tengok nasi ambeng depan mata sendiri. sebelum ni memang teringin nak makan tapi takut nak beli. kalau tak kena dengan tekak aku kang bazir pulak.



akhirnya dapat juga aku makan nasi ambeng by Mak Cik Rahmah. yeay ! sedap sangat. rasa nak lagi je :p



siap bersila lagi ha. nak fefeling jawa punya pasal haha.



dah kenyang makan nasi ambeng, tak sempat lagi nasi dalam perut cerna betul-betul, mak fiza dah buka kedai BBQ pulak mihihi. rasa macam dah boleh buat dokumentari pasal makanan kalau duduk kat rumah Fiza. 



chenol yang comel. Adik Fiza yang bongsu. mula-mula datang susah betul nak dengar suara adik dia ni. tapi dah lama-lama makin ramah pulak hihi



bestnya aku tengok pelam cicah garam belacan tu ha. emmmm bestnya. tapi sekarang dah keluar balik dari perut aku haha

aloooo. sayang pulak tak ambil gambar setiap kali makan kat rumah Fiza. memang lengkap dari sarapan, lunch, minum petang, dinner, supper semua ada. dah macam ikan buntal dah aku rasa :p



and lagi satu kalau datang sabak bernam macam rugi je kalau tak makan cendol kat sini. memang banyak sangat kedai cendol kat sini. sempat jugak la aku rasa cendol durian borhan. sedap cuma sikit sangat durian



rasa macam best sangat duduk rumah Fiza sebab kat keliling rumah dia macam-macam jenis pelam ada. rendah pulak tu. eeei geram aku. rasa macam nak petik semua je kikiki



geramnya aku. kalau la kat rumah aku ada pelam macam ni



pelam epal pun ada



walaupun aku ni orang kedah, tapi aku sendiri pun macam jakun sekejap tengok sawah a.k.a bendang haha. orang kedah macam aku ni panggil bendang la 


tengahari Fiza bawa aku and Fira jejalan kat bendang. kemain la depa 2 orang dengan specs hitam bagai. aku ni nak celik mata pun susah sebab panas =) 



peace !


ahad petang kami bertolak balik maktab. alooooo. rasa macam sekejap sangat je pergi rumah Fiza. tak puas je rasa haha. dasar tak tahu malu pergi rumah orang taknak balik pulak kekeke.



OTW balik maktab kami singgah kejap kat Setia City Mall tengok orang main belon. 



orang main belon kami selfie 



macam kesian je kalau tak ada monopod hahaha



ok fiza yang muka paling besar tu hahaha. thanks Fiza untuk 3 hari 2 malam di rumah hang :)


:D

with my roommate 



kualiti kamera depan yang hambar (*_*)



makin selim aku sekarang. sobs



kemain tau roommate aku ni. macam la rumput tu kering sangat haha. walhal basah 


ok dah habis kisah 3 hari 2 malam di rumah Fiza. tetiba baru perasan gambar mak ayah fiza tak ada langsung pun dekat aku. hmmm takpe next time Fiza kawen aku pergi lagi rumah dia.

bye !


1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum!

Nak duit tapi malas nak keluar daripada rumah? Haaa sini sini. Melalui RM20Segera ni korang tak payah keluar rumah pun takpe, asal korang ada internet & rajin berusaha. Modal business ni RM 20. Haa percaya tak? Modal dia ciput je. Tapi income nanti haaa berlipat-lipat.

Raya dah nak dekat, kalau korang join RM20segera ni, korang dapatlah jugak tambah duit untuk berbelanja raya nanti. Apa nak tunggu lagi? Cepat-cepatlah join ye :D Confirm tak rugi punya!

Kalau rasa hati tu melompat-lompat nak join, klik sini; http://www.rm20segera.com/?r=thegeek

Scroll bawah bawah sikit, ada 'daftar sekarang'. Semoga berjaya! :)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers