Wednesday, August 6, 2014

raya 2014

Assalamualaikum =)


selamat hari raya !


tahun ni macam biasa. still beraya kat kampung. still single macam tahun tahun sebelum ni muehehe. tapi Alhamdulillah masih happy beraya dengan mak ayah dengan adik beradik. 

raya tahun ni rasa macam matang sikit sebab aku pun banyak buat persiapan raya sendiri. baja raya pun beli sendiri je hihihi. tapi ada juga la yang mak tempahkan :p

tahun ni  kakak kakak aku yang dah kawen semua beraya rumah mertua. abang abang aku pun pagi raya baru sampai rumah. jadi persiapan semua totally aku, kakak aku dengan adik aku yang buat. masak semua kami yang settle kan. rasa lain je tahun ni haha. tapi best je



pagi ahad. awal awal lagi mak dah kejut suruh pergi pasar beli daging. pagi tu juga baru beli barang nak buat kuih raya and kek haha. memang last minit punya plan nak buat kuih raya. kalau ikut aku nak beli kerepek je. tapi mak aku pula cakap tak best kalau tak da kuih raya buat sendiri




ahad tengahari. mak ayah aku dah siap siap nak bakar lemang. awal pulak tahun ni. biasanya petang sikit baru buat



mak ayah aku je pakar buat lemang. kami adik beradik memang fail


hari ahad tu memang full day kerja aku buat kuih raya je. buat 2 jenis je pun. tart nenas dengan almond london. nak buat banyak banyak memang tak la. dengan nak kemas rumah lagi

macam penat je buat preparation raya tahun ni. ni semua pasal cuti lambat lah ni. len kali biar cuti awal sikit, baru boleh prepare betul betul haha. 




menu hari raya. senang buat kek coklat je. paling simple paling senang nak buat. ni pun pagi raya tu juga baru buat hihi.



lemang mak and ayah aku. sedapnyaaaaa. nyesal tak makan banyak banyak hari tu. sekarang dah ngidam balik :(



ni lah hasil kuih raya aku tahun ni. tapi almond london tu tak berapa menjadi sangat sebab coklat tu. tak berkilat macam biasa. sebab aku tersalah masak kot haha

ada gak popia nestum dengan kuih apa tah yang adik aku buat. 4 jenis jela kuih raya kami tahun ni. pastu kami buat kuey teow tomyam. tahun ni kami buat lain sikit dari tahun lepas. biasanya kat rumah aku mesti buat laksa setiap kali raya. idea kakak and adik aku la tu nak makan tomyam pulak. tapi tak da gambar sebab aku memang tak suka tomyam mihihi.

and sebenarnya hari raya pertama aku langsung tak ada gambar. tak sempat pun nak bergambar sebab dari pagi dah masuk dapur. salam cium tangan cium pipi dengan mak aku pun gitu gitu je. punya la sibuk tahun ni sebab kakak kakak yang berpengalaman semua tak ada :D



'Ammar Naufal. anak- anak abang aku je yang ada beraya dengan kami. tapi budak ni bukan boleh buat manja. kasar ada la haha



Darwish Amsyar. macam banyak sangat je muscle dia :p




jeling jeling pulak awis ni. jangan berebut HP mak chaq sudah





raya kedua baru geng perempuan mak chaq balik. yeay !



baju raya kedua depa. dah alang alang pakai cantik mak chaq pun terus bertukar jadi photografer mihihihi



syifa' dan muna =)





adik akmal pun nak jugak =)






Durratul Munawwarah. makin besor anak buah mak chaq sorang ni. tahun depan dah darjah 1 




comel <3 font="">



my beautiful girl, Nur Syifa' Mawaddah



memang trade mark dia. kalau buat peace mesti kepala kena senget haha



sekali dengan badan dia melentok 



=)



OOTD raya day two 



soalan yang dia suka tanya orang " syifa cantik tak? " muehehe. kecil kecil dah pandai perasan budak ni



model mak chaq hehe





gaya tu dah macam tengah berjalan kat karpet merah je haha. tak boleh tinggal dia punya purse tu :D




kali ni dia punya peace tu tak berapa senget sangat la 



emmmm malunye kite. kite memang sopan orangnya





raya ketiga. baru ada gambar mak chaq hehe



masa ni aku pergi beraya kat rumah sedara belah ayah



raya pun tetap kena jadi baby sitter sebab budak sorang ni takleh lepas. suka sangat berlari kat tempat orang ramai.



muka happy je bila orang letak dia kat bawah



mentang mentang dah pandai berjalan, kemain belagak lagi sekarang kalau orang nak dukung dia



raya ke4. ngantuk pun still semangat nak pergi beraya and makan kenduri haha



my mummy kesayangan and muna



sebelum keluar rumah 



=)



kat rumah sedara ayah aku. sapa entah. aku macam tak kenal sangat haha


makan kenduri kat tengah bendang. siksa woi nak masuk pun susah sebab jalan kecil. 


raya ke4 je last aku keluar beraya. raya ke 6 aku dah balik bangi dah sobsobsob. sedih sangat tak puas lagi duduk kat rumah :(

takpelah, nasib baik sempat jugak jumpa dengan semua anak buah aku.


akmal fauzaan.



aqif rayyan


aqif and kakak muna =)



yey! saya dah boleh merangkak. entah entah nanti jumpa dah boleh berjalan dah budak ni



anak buah aku 2orang ni memang suka buat aktiviti paranormal macam ni. kira ok lagi la ada depa 2orang je. kalau masuk sekali anak abang aku lagi la macam nak pecah rumah haha



selamat hari raya dari kami spiderman jadian :p



Aqil Afham



along and aqil. kadang baik kadang gaduh tak ingat dunia



and.... sebenarnya raya kali ni kami sambut dengan family baru. anak abang aku yang kawen tahun lepas. baru je lahir 15 julai 2014. kiranya ini baby ramadhan dan nuzul quran la hihi.

welcome to the world sayang AISYA UMAIRAH. sebenarnya kami satu family sangat excited sebab dah lama tak dapat baby girl. kiranya total sekarang anak buah aku dah 9 orang la ( 6 lelaki 3 perempuan ). cepat besar yer sayang. nanti boleh join kakak syifa' and kakak muna photoshoot dengan mak chaq hehe.

memandangkan tahun ni lagi sorang kakak aku bakal berkahwin, jadi aku yakin tahun depan akan bertambah lagi anak buah aku. harap- harap dapat balance kan bilangan lelaki dan perempuan dalam family aku haha.

ok bye !














1 comment:

Ain Syazana said...

haiii slamat hari raya. kosongkosong ye hehe. jemput singgah blog. ade buat entry raya jugak hee

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers