Saturday, July 19, 2014

menu masakan kampung

Assalamualaikum =)




Alhamdulillah dah masuk malam 10 terakhir ramadhan dah sekarang. rasa macam sekejap sangat puasa. macam tak caya minggu depan dah nak balik raya. yey yey balik kampung :p

sedih gak sebenarnya puasa dah nak habis tapi tak berkesempatan lagi nak berbuka dengan family kat rumah. lagi bertambah sedih bila teringat mak dengan ayah berdua je kat rumah. yelah mak aku ni anak je ramai tapi semua duduk jauh huhuhu. rasa macam nak terbang balik sekarang juga temankan mak ayah kat rumah :( 

nasib baik lah kakak and abang aku boleh balik setiap hujung minggu. kalau tak lagi lah sedih mak ayah aku. 

alamak touching pulak hihihihi. 

sebenarnya aku dah bosan hari-hari pergi bazar beli makanan yang sama. kalau kat rumah best sikit. tak payah fikir nak beli apa. kalau rasa nak makan tu masak je sendiri. kalau ada kakak-kakak depa la yang masak. aku goyang kaki je hehehe.

lagi satu, aku ni kan memang membesar kat kampung. jadi tekak aku ni memang tekak kampung sangat. setakat ayam percik ayam uncle bob tu bukan jiwa aku sangat benonye. tapi dah terpaksa kan, beli lah jugak =)

kalau kat rumah tak danya aku nak beli ayam percik bagai tu. ada sambal petai pun dah cukup meleleh air liur aku. sory rr, tetiba rindu gila kampung, rindu gila masakan kampung, rindu nak balik rumah :( 

sekarang ni boleh layan gambar jelah. harap-harap dengan tengok gambar ni rindu aku dekat masakan kampung berkurang muehehe. 



udang galah goreng cincai je ni. tapi bulan puasa nampak sedap pulak hahaha. sabo nida sabo



ayam masak halia =)



yang ni favourite mak and ayah aku. gulai nangka dengan ikan bilis.



haaaa. yang ni paling aku rindu. petai pokok ayah aku tanam and pucuk paku kutip kat rumah je. nikmat duduk kampung macam ni la. semua petik je takyah susah-susah pergi pasar



this is my favourite. sedap wooo makan laksa dengan petai. aku dah pernah bagi resepi laksa kat sini . resepi yang aku bagi tu tak letak belacan. tapi laksa yang aku buat kali ni letak belacan. lagi meletop rasa dia =) kat sini pun ada gak laksa. tapi kekadang tak kena dengan tekak aku. laksa buat sendiri kat rumah jugak yang best



puteri-puteri




on the way nak buat bubur puteri berendam. teringat zaman kecik kecik dulu. mak aku selalu buat kat kami. sekarang turn kami pulak buat untuk mak.



bubur puteri berendam by kakyongnida . mak and ayah aku suka sangat bubur ni. termasuklah aku hihi



peha ayam bakar. yang ni biasa biasa je sebab kat bazar pun banyak orang jual. kalau nak resepi boleh tekan sini. aku buat ikut resepi kepak ayam bakar gak =)



sedapnya masak lemak siput sedut. 



siput ni lain sikit sebab ambil kat bendang. orang kampung bagi ni. takkan aku pulak nak masuk bendang cari siput muehehe


minggu depan balik pastu sempat 2 hari je buka puasa dengan family. tak sabar nak balik makan masakan kampung. dah penat jadi orang bandar mihihi. 

ok bye !




Friday, July 4, 2014

internship sebulan

Assalamualaikum =)


hai, nak bagitau lagi sekali kita dah final semester dah ni. bulan 11 nanti tamat la degree kita. tak sabar sangat walaupun nampak riak di situ haha.

bukan apa, rasa macam dah lama sangat dah aku duduk kat IPG ni. dari 18 tahun sekarang dah 23 tahun. lama tu :p

tahun depan insyaAllah dah boleh jadi cikgu. tak sabar nak kerja nak pegang duit sendiri lepas tu nak kawen hihihihi. doakan kita yer !

kemain tau berangan macam-macam walhal final sem ni banyak benda kot nak kena buat. antaranya ialah internship selama sebulan di sekolah yang sama masa aku praktikum hari tu. malas juga nak internship kali ni sebab dalam puasa. kompom penat huhuhu.

tapi taklah sepenat praktikum dah sebab time internship dah tak ada orang nak observe . yeay! lepas tu RPH pun buat simple je tak macam praktikum dulu. kiranya internship ni aku dah boleh belagak macam cikgu sebenar la hahaha. buat belagak jela, sebab kalau kat sekolah tetap kena buli buat macam-macam projek gak huhu. 

tapi harap-harap cikgu kat sekolah aku nanti consider la sikit sebab bulan puasa kan. kalau bulan tak puasa aku tak kisah sangat. kang tak pasal-pasal berat aku turun sebab stress wahaha.



hai kami dah sem 8 :p



before pergi intership minggu depan, sempat lah juga kami berbengkel pasal peta i- THINK and KBAT



masa bengkel tu kami kena duduk ikut kelas masing-masing pastu dalam kelas tu kami kena pecah ikut kumpulan pulak and this is my group. 5 orang semuanya



kenangan sebelum masing-masing bertebaran di bumi Malaysia tahun depan



cubaan selfi sebab kerja kami dah siap hehe



najwa dan nawal =)



ju dan nida :)



ok fokus. eh tak buat-buat fokus je ni haha



budak-budak laki kelas aku dengan Puan Tan selaku fasi kami hari tu. omey sangat puan tan hari tu :p



my classmate 5 tahun setengah. kecuali Puan Tan la, dia bukan classmate tapi lecturer haha. minggu depan semua ke sekolah masing-masing. lepas internship sebulan kita jumpa balik kat kelas yer !


harap-harap internship aku nanti ok jelah tanpa perasaan stress hihihi. sebab banyak benda kena buat time internship nanti terutamanya nak siapkan kajian tindakan. lepas dah siap kajian tindakan baru rilex sikit.

ok bye !




Tuesday, July 1, 2014

anak buah mak chaq

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah selesai 3 hari puasa. tak sabar nak balik rumah mihihi. ok disebabkan dah terlalu lama aku tak update blog, nak bagitau la kat semua orang sekarang aku dah final semester yuhuuuu. tak sabarnya habis. lagi 4 bulan cukup la 5 tahun setengah aku kat bangi sebagai student. lepas ni aku free. yeay !

dah seminggu lebih aku masuk semester 8 setelah cuti sebulan. and now tengah countdown nak balik cuti raya pulak. makin tua ni makin rindu pulak kat mak ayah sobsobsob. 

sepanjang sebulan  duduk kat rumah  macam biasa lah kerja aku, masak makan tido layan anak buah. hari-hari pegang kamera ambil gambar anak buah. anak buah jelah, anak sendiri tak ada lagi huhuhu. doakan kite cepat kawen ek, kite pun tak sabo nak shoot gambo anak sendiri :p

sekarang ni bilangan anak buah aku masih lagi sama, 8 orang semuanya. insyaAllah raya nanti keluar lagi sorang mihihi. kerja beranak jela kakak-kakak aku ni hahaha. tahun depan kompom keluar lagi tu. tak caya tunggu jela muahaha.

takpe anak buah yang tak keluar lagi nanti kita story, sekarang ni layan la dulu gambar anak-anak buah yang aku ada sekarang :D


Muhammad Aqif Rayyan. setakat ni dia la anak buah paling bongsu. makin beso makin suka senyum. ikut mak chaq la tu hehehe. 



acah cikit je terus senyum. geram tau. dah la gigi pun tak da lagi



semoga jadi anak yang soleh ya sayang







sekarang dah boleh meniarap. maybe raya nanti aku jumpa dah boleh duduk :) 






Muhammad Aqil Afham. 5 tahun dah dia. dah besar ni baru boleh peluk cium dengan mak chaq. kalau dulu sentuh sikit pun dah melalak haha. sebab jarang jumpa kot. 



budak hitam =)



adik and abang



setakat ni Aqil la abang paling penyayang sekali sebab tak pernah buat adik. kemain sayang lagi kat adik dia. 





Muhammad Akmal Fauzaan. 


budak baru boleh berjalan . tapi jalan pun tak berapa nak power lagi la. kadang jatuh tersungkur jugak sorang sorang haha. nanti mak chaq balik raya mesti dah boleh jalan betul-betul kan (*_*)



nampak ciri-ciri akrobatik tu haha. dok meniru abang dia lani



Mak Chaq nak dukung. uwaaaa rindunya kat budak ni



baru setahun tapi mulut dah kecoh 



=)



Nur Syifa' Mawaddah kesayangan Mak Chaq



dulu lagi comel budak ni. sekarang makin besar makin mengada haha. salah cakap sikit mesti merajuk. kalau orang marah dia buat taktau 



dah nak masuk 4 tahun tapi still pakai pampers oi haha. bila nak insaf tak tau la. bila orang suruh buang pampers dia ugut pulak nak kencing merata. banyak akal betol 



nama gelaran saya ialah baby girl :p







anak buah otai. Muhammad Arief Imtiyaaz



dulu kemain slim. sekarang ni asal jumpa je mesti makin berisi. ikut mama dia kekeke.



gemuk betul along sekarang



Durratul Munawwarah



start membesar masa umur 3 tahun kehkehkeh. ok fakta pasal muna, dia memang suka pakai baju orang termasuk baju mak aku and baju mak-mak sedara dia. baju yang dia pakai ni pun baju mak aku hahaha. apa punya style la budak demok sorang ni ;p



demok demok pun boleh lagi aw buat aksi macam ni. hari tu lawan buat sit up dengan mak chaq pun dia yang menang hehe.



the only girl. muna and syifa






semangat betul la badan muna hahaha. takpe la janji sihat



my baby girl and baby boy =)



kami nak slim and fit macam mak chaq muehehehe


along aqil muna



Syifa muka masam je sebab dia sorang je tak pandai panjat naik atas tu kikiki. budak-budak ni kalau balik rumah tok memang macam orang kampung la. semua tempat depa nak panjat. buas pun boleh tahan 



kami 4 beradik =)



anak-anak Mashidah Munir and Kamal Faizin



cukup 8 orang cucu tok Hani and tok wan Rahman 



we love tok hani and tokwan rahman. 


ok dah settle. ni yang cuti sekolah bulan 5 punya. nanti raya jumpa lagi dengan budak-budak ni. tak sabar !



kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers