Monday, January 13, 2014

resepi kepak ayam bakar

Assalamualaikum =)


hai makcik-makcik ! hari ni kakyong nak kongsi satu resepi yang menjadi favourite kakyong iaitu ayam bakar. hoih geli pulak aku bahasakan diri aku kakyong hikhikhik. biar family aku sudah la panggil aku cenggitu.

entah tetiba rajin pulak nak update blog hari ni. walhal semalam baru je update. takpelah sebelum aku sibukkan diri dengan praktikum nanti baik aku gunakan jelah masa yang ada ni.

aku kan dah selalu cakap, hobi aku kat rumah ialah memasak. memang hari-hari kerja aku memasak jelah, tapi kalau ada kakak sulong aku kat rumah memang aku surrender sebab dia lagi terror. memandangkan kakak sulong aku berpantang time aku cuti hari tu so, takkan nak biar dia pulak kan yang masak. mak aku pulak memang dah pencen dah masuk dapur. dah lama jugak la tak rasa masakan mak aku haha. kami adik beradik kan dah besar, takkan nak biar mak pulak yang masak =)

k takpe, aku bukan nak cerita aku pandai masak pun. lagipun aku memang tak pandai masak sangat pun :p

ter bebel panjang pulak hihihi. ok kita teruskan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ayam bakar yang aku suka sangat-sangat.

bahannya ialah :-

- bahan utama

* kepak ayam

- bahan perapan

* 2 inci halia ( agak je banyak mana)
* satu sudu lada hitam
* 4 biji bawang putih

kesemua bahan diatas mesti ditumbuk sampai lumat. tak lumat sangat pun takpe.

* 1 sudu besar madu
* 1 sudu besar sos tiram
* garam secukup rasa ( takyah banyak sangat sebab sos tiram dah masin)

# sebenarkan bahan-bahan ni korang boleh olahkan ikut kuantiti ayam masing-masing. kalau nak buat banyak ayam, korang double kan jelah bahan-bahan ni. understand ?


cara memasak :-

ok, mula- mula masukkan kepak ayam kedalam satu bekas, lepas tu masukkan jelah bahan yang ditumbuk, madu, sos tiram dan garam.

then perapkan ayam tu lebih kurang 30 minit.




ini lah rupanya ayam yang dah diperap. sebenarnya ini memang resepi untuk kepak ayam bakar pun. tapi memandangkan masa ni kepak tak berapa cukup so aku ambil jelah segala bahagian yang lain. alah dah nama pun ayam, rasa sama jugak kan =)



kekadang aku masak tak plan pun nak letak dalam blog bagai, saja suka-suka snap gambar. sebab tu gambar pun tak sememeh huhu




k seterusnya ayam yang dah diperap selama 30 minit tadi, alihkan kedalam tray dan bakar di dalam oven selama 20 minit.  

senang buat macam ni sebab ayam kan banyak lemak. so lambat la sikit nak masak kalau guna pemanggang biasa. aku ni pulak kalau masak nak cepat siap.

lepas 20 minit dalam oven, aku keluarkan then panggang pulak kat atas pemanggang ajaib yang mak aku beli dekat langkawi :p . tak yah bakar lama-lama sangat dah. maybe dalam 10- 15 minit macam tu. depend dekat kebesaran ayam tu la. kalau rasa isi dalam ayam tu dah masak boleh la angkat and serve dekat family tersayang hihihi. simple kan?




ok inilah rupanya ayam panggang yang di panggang oleh kak yong nida =)



aku dah kata. aku snap gambar ni takda niat pun nak share kat blog. sebab tu ayam pun aku campak dalam pinggan biasa je. takyah susah-susah buat presentation macam master chef. nanti nak masuk perut gak ayam tu muehehe.


sebenarnya tutorial kita hari ni tak habis lagi tau. selalunya kalau aku buat ayam bakar ni mesti kena ada sosnya sekali tapi gambar sos tak ada pulak. tapi aku bagitau jelah cara-cara nak buat sos dia.

bahan- bahan :-

* 6 biji bawang putih ( terpulang sebenarnya, kalau suka bawang putih nak   letak banyak pun takpe. kalau tak suka pun boleh kurangkan)
* 10 biji cili api ( terpulang kepada tahap kepedasan masing-masing )
* kicap ( tak kisah jenama apa pun )
* jus limau nipis
* 1 sudu besar madu

cara-cara :-

cara nak buat sos ni very simple. mula-mula sekali tumbuk bawang putih dengan cili padi sampai lumat. then masukkan madu dan kicap (kicap tu depend la korang nak buat sos tu jadi banyak mana. kalau nak banyak sos letak banyak kicap ). akhir sekali masukkan jus limau nipis. aku pun tak sure banyak mana. korang adjust la sendiri rasa dia hihi.

lepas tu kacau la bagi sebati semua bahan tu. dah siap =)

sebenarnya sos ni aku dengan kakak aku just cuba- cuba je buat. sapa yang pernah pergi sabah mesti pernah makan kepak ayam dekat Likas. kepak ayam kat situ memang terbaik lah. punya la suka sangat dengan kepak ayam tu, balik je rumah terus aku dengan kakak aku try buat sos yang rasa sebijik macam yang kami makan  tu. cuba punya cuba last sekali menjadi huhu. 

ok renung-renungkan dan selamat beramal. bye!








2 comments:

lanzvae said...

emmm...nampak sedap je..ada masa nanti saya cuba..thanks.

Anonymous said...

terimah kasih kongsi resipi ni...

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers