Sunday, March 31, 2013

end holidays begin practicum

Assalamualaikum =)



rasa macam tak percaya je cuti seminggu dah habes. sekarang ni bermula lah balik kehidupan aku dekat bangi macam biasa. waaaaaaa, dah start rindu rumah rindu mak ayah rindu anak-anak buah dah ni. sedih la macam ni. kena tunggu bulan 5 nanti baru boleh balik. tapi kalau tarikh mengundi before cuti bulan 5 nanti mak aku dah pesan siap-siap kena balik jugak mengundi.  hihihi of course la mak, semangat ni. lagi-lagi kalau boleh balik =)

parah la macam ni, baru sampai dah sibuk nak balik hekhekhek. kalau anak mak memang macam ni kehkehkeh. tapi tak pelah. terpaksa motivasi diri sendiri. dalam hati selalu cakap *lagi cepat cuti habis lagi cepat aku grad. muahaha walhal ada setahun setengah lagi. kalau nak dikira setahun setengah tu ibarat macam 10 tahun tahu tak? sobsobsob lambat lagi.

takpe takpe setiap kepahitan ada kemanisannya nanti hihihihi. meh nak tunjuk dulu kampung aku yang aman damai tenang ni. bila tengok gambar-gambar ni boleh hilangkan sikit rindu aku kat kampung =)




kat depan rumah aku ada sungai. tapi sekarang sungai ni dah jadi macam ni. dulu best kot aku dok berenang dalam ni. sekarang nak berenang pun dah takleh sebab air kotor. sedih !




view dari atas bukit rumah aku =)



ni lah sebabnya aku asyik rindu kampung je. bila boring sikit aku panjat lah bukit ni pastu boleh tengok pemandangan hijau kampung aku. lagi satu ni lah port aku bergayut muehehe. kampung aku ni kan tak da line, jadi kena duduk kat tempat tinggi baru dapat line 2 3 bar muehehe. 




rumah jiran dari jauh =)




=)




sungai dah tak nampak ghupe sungai =)




hutan tebal dari jauh =)




kucing jiran 




bukit baru tolak sebab nak tanam getah


selain rindu pemandangan kat keliling rumah mesti la aku rindu anak-anak ikan aku. siang malam dok bergaduh dengan depa. dok peluk cium dengan depa tiba-tiba kena berpisah. sobsobsob sedih sangat 



rindu adik akmal fauzaan. hari-hari mandikan dia, buatkan dia susu :(



geramnya tengok budak ni..... lambat lagi nak jumpa dia



muka akmal macam mula along kecik-kecik dulu. tapi gambo along dulu takde la pulop dalam laptop mak chaq 




kakak muna, along and kakak syifa'. tunggu adik akmal besau sikit baru boleh join depa ni main hihihi




sayang budak-budak 3 orang ni sebab depa yang paling rapat dengan aku



muna tolong buang habuk-habuk yang lekat kat baju along =)




syifa kena tinggal sorang sorang kat belakang



syok ja dok main habuk kayu tu 



budak 2 orang ni kalau time bergambo boleh la mesra macam ni. kalau time lain asyik bergaduh memanjang kikikiki



budak budak ni kalau balik kampung memang betul betul macam orang kampung dah jadinya haha. 



kakak syifa' comey tapi selalu kaco adik :p



haaaa. yang ni baru betul betul cucu mak ayah aku. jarang depa ni nak berkumpul semua. lagi lagi si aqil yang tengah tu sebab dia paling jarang balik. yang sebelah kiri 2 orang tu anak abang aku. depa pun jarang balik gak. kalau balik pun kejap kejap je. 



muhammad darwisyh amsyar. sampai sekarang tak mesra dengan aku huhuhu. sebab jarang jumpa kot


macam macam karenah budak budak ni. tapi best melayan depa 



dok buat aksi panjat kusyen lepas tu terjun :)



aku suruh depa duduk diam sebab nak ambil gambar. tapi tak berjaya jugak muehehe



=)


dah habes episod bergurau senda dengan anak anak buah. sekarang ni terpaksa back to reality heeeee. dengan berakhirnya cuti seminggu yang pack dengan macam macam aktiviti akhirnya aku terpaksa jugak lalui satu benda ni esok. benda yang sangat sangat ditakuti sepanjang lebih 3 tahun aku kat sini. tak sangka pejam celik pejam celik aku dah sampai masa tu :p

benda yang paling aku takut sangat tu ialah praktikum hihihi. praktikum tu benda eh? macam tak je kekekeke. 

makanya esok bersamaan dengan 1 april 2013 bermula lah tugas aku as a teacher. time tu lah nak luahkan segala ilmu yang dah belajar 3 tahun kat sini. rasa berdebar sangat sangat. rasa debar kali ni lain time tak macam pergi pengalaman berasaskan sekolah dulu. yalah, dulu pergi sekolah just tengok tengok jer. sekarang ni dah sampai masa kena mengajar betul betul pulak.

walaupun sem ni praktikum sebulan je tapi tetap cuak. maklumlah kali pertama kan =) harap sangat segala urusan aku dipermudahkan esok dan hari-hari yang seterusnya. doakan yang terbaik deh ! kalau boleh tu aku nak sesi pagi sebab KBSR, kalau sesi petang kena ajar KSSR. seram den! tapi kalau dapat yang mana-mana pun kena terima jelah, mungkin tu yang terbaik

ok student SK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. wait for me! hihihi. walaupun dapat sekolah yang agak jauh tapi Alhamdulillah Allah dah permudahkan satu urusan aku. aku dapat pensyarah pembimbing yang sangat baik and caring ! harap harap ustazah boleh bagi markah cemerlang lah ek kat anak murid ustazah sorang ni muahaha. ok bye !





Friday, March 22, 2013

jamuan dengan En Mohzir

Assalamualaikum =)


untuk sem ni salah satu subjek yang aku ambil ialah olahraga. kami belajar subjek ni dengan En Mohzir. best gila woooo belajar dengan beliau sebab beliau adalah pensyarah yang sangat sempoi dan baik walaupun suka nganjing orang muehehe.

memandangkan kami dah habes belajar olahraga, sebab baki sem lagi sebulan kami akan ke sekolah :( jadi en mohzir belanja kami makan. kami tu maksudnya aku dan dak kelas la. sepatutnya pagi tu kami ada kelas olahraga, tapi sempat pulak kawan kawan aku mengayat en mohzir tak payah buat kelas. tu yang terjadinya jamuan kecil kecilan ni :p nasib baik en mohzir layankan jer.


en mohzir bagi duit then dak kelas aku yang pergi order makanan kafe. 



menu sarapan sponsor by en mohzir. sebenarnya hari jamuan ni adalah sehari selepas kejohanan olahraga. jadi, mood nak belajar pun tak da sebab letih habes lagi.



en mohzir =)




dak laki kelas aku



dengan dak pompuan pulak.


sedih lepas ni dah tak ada olahraga. lepas praktikum sebulan terus exam. then habes la sem 5. nanti sem 6 dah tak ada olahraga dah. 
ok bye!



Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KPI 2013

assalamualaikum =)


memandangkan sekarang aku dah semester 5, jadi memang dah jadi adat la student sem 5 yang akan anjurkan sukan kejohanan olahraga tahunan (KOT). sukan kat IPG aku ni lebih kurang macam sukan kat sekolah tu lah. tapi aku rasa lagi meriah dari sekolah. aku rasa jelah sebab aku dulu kan sekolah agama, jadi budak perempuan tak boleh nak involve sangat. tapi kalau kat sini memang best hewhewhew.

sebenarnya benda ni dah lepas lama dah. 13/3 hari tu lagi tapi baru rasa nak update.



tahun ni punya sukan lain sikit dari yang sebelum sebelum ni sebab kami sebagai ajk buat malam ambang "road to KOT" . kalau sebelum ni tak ada pun . best sangat bagi aku sebab sangat happening warna warni malam tu =)



yang ni time pagi. yang duduk kat kerusi tu semua lecturer. macam kat sekolah la, cikgu cikgu pun kena ambil bahagian jugak =)



acara paling awal iaitu acara perbarisan rumah sukan and unit berunifom. yang tengah berdiri pakai cap tu lecturer kami, yang lelaki tu timbalan pengarah.



ingat tahun lepas. dulu aku pun kena berkawad macam ni lah jugak. tapi tahun ni aku tengok pulak junior buat macam ni kehkehkeh. lawak je rasa kena pakai baju kawad yang gedabak tu. dah la tebal =)



yang ni kawad rumah sukan biru. entah apa tema yang depa guna. aku tak ingat dah.



yang ni persembahan gimnasrada. semua student ipg aku jugak. depa ni semua memang ambil major atau minor pendidikan jasmani. sebab tu boleh buat aksi macam tu. kalau aku yang buat macam tu mau patah pinggang aku ni muehehe.



lepas dah habes kami selaki AJK ni kena lah kemas balik stadium. time ni kami kena angkat ladam kambing yang pegawai guna. berat woooo mendaalah ni. habes naik muscle aku hahaha



Alhamdulillah dah habes sukan tahun ni. kami selaku pegawai yang bertugas boleh la senyum lebar lebar hihihi. lega sangat sukan tahun ni berjalan lancar. lagi-lagi program ni penting sangat untuk kami sebab melibatkan markah untuk subjek olahraga =)




pagawai pegawai yang terpaksa berpeluh di awal pagi supaya majlis bermajlis lancar. kehkehkeh saja nak bajet. cara nak bajet yang paling mencapap ialah setiap kali amik gambo mesti nak pegang tag yang tertera nama pegawai disitu wahaha.


muka muka pegawai hari tersebut. budak batch aku semua ada 14 kelas, tapi yang terlibat dengan olahraga ni tak semua kelas pun. kelas lain ada yang kena anjurkan benda lain.

walaupun banyak cubaan dugaan masa olahraga tahun ni, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. harap harap lecturer pun bagi markah yang terbaik untuk kami semua hihihi. ok bye!







Monday, March 18, 2013

benchmarking at SMAP Labu

Assalamualaikum =)


hari jumaat lepas kita pergi sekolah menengah agama persekutuan labu sebab ada benchmarking atau dalam bahasa melayunya adalah lawatan penanda arasan sempena program Bina Insan Guru untuk semua student semester 5.

memang kita kena pergi sekolah berprestasi tinggi sebab nak dijadikan contoh kan. sebelum ni kita dengan ajk batch yang lain rancang nak ke SK Seri Puteri tapi tak jadi. nasib baik Smap Labu sudi terima kita. 


dekat gate sekolah. kita dah biasa dah pergi sekolah ni sebab adik kita sekolah kat sini. jadi, takda lah macam jakun sangat bila masuk sekolah cemerlang macam ni. maklumlah kita dulu sekolah biasa-biasa ja muehehe.



semua orang tengah kusyuk dengar guru besar cemerlang sekolah ni bagi talk. kusyuk la memandangkan beliau agak tegas. lebih kurang klon pengarah ipg kita la jugak. hmmmm memang orang cemerlang macam tu kot bhahaha.



lepas dengar ucapan guru besar, kami ada slot jalan-jalan kenal kawasan sekolah. time ni la kita ambil peluang jumpa dengan adik kita yang belajar kat sini. lepas tu kawan-kawan kita paksa kita ambil gambar bertiga macam ni hahahaha. siapakah gerangan lelaki itu? mungkin bakal abang ipar adik kita kot :p tapi lelaki tu berdiri tegak mengalahkan tiang kat belakang bhahaha.



dok jalan-jalan pusing kawasan sekolah pastu tengok kelas, tetiba terserempak pulak dengan kelas student dari thailand. cute je budak tu dok layankan kawan-kawan kita. nama budak ni Huda Lohma. tak sempat pulak nak tanya maksud nama dia =)




yang ni baru betul kakak dan adik. tapi orang cakap adik lagi matured dari kakak. bukan apa, mereka yang tak paham erti awet muda ja yang akan cakap macam tu muahaha.



my classmate =)




kesian, muka kita terlebih nur pulak hari ni. 


dah penat nak kita-kita dah, rasa macam pusing je lidah nak sebut kehkehkeh. nasib baik ada gak kesempatan nak update. ok bye !

Friday, March 8, 2013

aktiviti di IPG ku !

Assalamualaikum =)


lama rasanya tak update blog ni. ha kan dah cakap, sekarang ni asyik busy memanjang. nak buka blog pun jadi malas. nasib baik hujung minggu ni aku macam free sikit la sebab tak ada apa-apa aktiviti. kalau ikutkan esok ada Daurah Sirah Nabawiyah dekat IPG aku. penceramah pun best, Dr Asri Zainal Abidin a.k.a Dr MAZA tapi aku tak join sebab nak fokus siapkan assigment yang kena hantar isnin ni :)

sebelum-sebelum ni banyak jugak aktiviti best yang aku dah join. tapi tak sempat nak update satu-satu sebab den malas giloooo :p



yang ni minggu lepas punya event, sayonara jahiliah. nak jemput korang semua datang pun dah lepas. kalau tak boleh la join aku jumpa Ustaz Don, Amin Idris, Hilal Asyraf and Diana Amir. semua mantop !



siyes mata aku tak berkelip langsung tengok 4 orang tetamu kat atas pentas tu kehkehkeh.



suka sangat tengok diana amir, comel je dia. yang ustaz don dengan amin idris pulak tak habis-habis buat lawak hahaha. kelakar =)

tapi aku pergi bukan gelak-gelak je aw. banyak jugak pengajaran yang aku dapat malam tu. terus nak muhasabah diri sebab banyak dosa yang aku dah buat sobsobsob. terasa kagum dengan diana amir sebab boleh berubah jadi macam sekarang. 


lepas forum sayonara jahiliah, 5 mei ada forum Trevalog Hijrahku pulak. kali ni dah tak ada diana amir, tapi ganti pulak dengan Yat Hamzah. 


panel jemputan malam tu. Yat Hamzah, Dr Nazhatul Muna dengan Ustazah Lily. kalau korang nak tau Dr Muna tu isteri kepada Ustaz Hasrizal yang femes amos dengan blog saifulislam.com. ustazah lily tu pulak femes dalam kelas aku sebab beliau seorang pensyarah yang sangat baik dan lemah lembut hihihi. Yat Hamzah tu kalau tak kenal aku taktau la. takkan nak cakap dia jiran aku pulak kan kehkehkeh.



bila dengar Yat Hamzah bagi talk baru aku tau rupa-rupanya beliau tersangat happening. seronok jer dengan dia cakap. rasa tak puas pun ada hehehe.


 sebelum forum sayonara jahiliah dengan forum trevalog hijrahku, ada lagi program kat ipg aku ni. 

nama program tu ialah malam puisi riong anjuran Berita Harian. kalau dengar puisi-puisi ni rasa macam mengantuk sikit. tapi disebabkan ada Najwa Latif malam tu, makanya aku paksa diri pergi jugak wahahaha. nasib baik Najwa comel ! 


ghetis yang femes malam tu ada Najwa Latif dengan Yasin je. selain tu ada jugak persembahan nasyid kumpulan Hilwan and kumpulan Safiyah yang aku tak berapa kenal muehehe. yang dok baca sajak bagai lagi lah aku tak kenal.



comelnyeee si Najwa ni. dah la sopan je malam tu. terus nak dengar lagu dia banyak-banyak kali. walhal sebelum ni aku tak layan pun lagu-lagu dia hehehe. * fikri aku curi gambo kat blog hang :p



yang ni persembahan khas oleh jabatan pengajian melayu. best gila persembahan ni.


selain dari aktiviti-aktiviti besar macam ni, banyak lagi aktiviti yang aku join sepanjang sem ni. minggu lepas hari khamis aku masuk exploce sempena minggu inspirasi siswi. semalam aku masuk nasyid dengan dak kelas. tapi sayang aku tak ambil pun gambo =) lepas tu hari rabu minggu lepas jugak ada forum praktikum cemerlang.

tu jelah yang aku ingat walaupun rasanya ada lagi yang aku tak ingat. minggu depan ada lagi program yang menanti. antaranya ialah Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), lepas tu benchmarking dekat sekolah berprestasi tinggi. sabtu depan pulak ada exam untuk kursus pegawai olahraga. sampai la aku balik cuti seminggu start 22hb nanti ada je program yang tak sudah-sudah hehehe. macam tu le kalau namanya student =)

yang paling penting sekali start 1 April nanti aku akan berpraktikum selama sebulan di SK Bandar Tasik Selatan, KL. yang ni  paling nervous sekali. doakan aku !

bye...

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers