Wednesday, March 30, 2011

cuti-cuti malaysia @ berkelah di Dungun

Assalamualaikum..

dah hari ke3 kat Terengganu ni..memandangkan hari sabtu kami tak kesekolah lagi, so pagi2 lagi Mak Teh dak Fira ajak sarapan kat Pantai..pantai apa tah namanya ni..aku ikut jer mana dak Fira ajak..kikikiki



gojes gila ah dak Fira ni dengan kain kembang2 segala..kat belakang tu mama beliau..kat belakang lagi nenek beliau..



sebelum semua menikmati sarapan..kita bergambo dulu yerk..time ni semua keturunan Fira ada kecuali ayah dia jer..



hohohohoho..sedang enak menjamu selera..anyway family Fira baik sangat..agak2 turn rumah aku nanti nak bawak Fira, Fiza and Minah berkelah kat mana pulak yer..


ok sekian saja entri pendek dan ringkas daripada aku sebab hari tersebut tak buat apa sangat pun..lepas balik dari pantai duk kat umah jer :)


Tuesday, March 29, 2011

cuti-cuti malaysia @ kuala terengganu & Taman Tamadun islam

Assalamualaikum

kali ni story pasal 2nd day trip to KT.. tired but still happy to continue our journey.. maklumla Terengganu kite ni dah makin maju.. aku pulak datang masa darjah 5 dulu ja..kikikiki
hari kedua ni best sikit sebab banyak sikit berjalannya..


pukul 11 check out hotel


oleh kerana semalam tak dapat den nak bergambar kat sini sebab ramai sangat mat2 rempi so, hari ni kami posing kat sini puas2.. night view lagi cantik actually..



why my face like budak2 eh..ke perasaan aku jer..kikiki



seba kuning dari kepala sampai ke kaki macam Pua Cu Kang dah..



dari dataran shahbandar kami berjalan sampai ler bazar warisan ni..tapi kami tak masuk sini dulu..our 1st destination is Pasar Payang



fira dok membeli bakul yang comel


lepas dah penat2 and berpeluh semua kat Pasar Payang tu apa lagi masa untuk isi tangki la masing2 pulak kat Restoran Terapung..



lepas makan singgah jap kat Bazar Warisan lepas tu bergambar sekeping dua..yelaa tu sekeping dua..walhal berkeping2..hikhikhik



dok menunggu bas nak pergi ke Taman Tamadun Islam.. time ni driver bas tengah semayang jumaat


setting kamera then berpura2 kejap..


such a cute ship..kreatif betol sape yang bina kapal comel ni..



unique bus.. it is made from wood..kat Terengganu jer kot boleh jumpa bas yang cantik macam ni..bertuah aku dapat naik




dak Fira kata bas ni dulu untuk pelancong, tapi sekarang orang tempatan yang ramai guna perkhidmatan ni..memang unique..seat pon daripada kayu




i like this view.. kalo tak silap aku ni Istana Maziah..kalo salah tatau la..hehehehe



dah sampai kat Taman Tamadun Islam..our tourist guard dok membeli tiket tuh..RM 15 for one person..nak masuk sini siap dapat passport lagi taw dan jugak voucher makan rm3 voucher souvenir rm2..



kawan2 aku kata kat sini ada replika2 masjid seluruh dunia, so aku ingat replika2 yang dalam bekas kaca tu..sekali tengok rupanya2 macam ni..kikikiki



ni kat masjid negara..comel2 jer masjidnya..i like youuuuu..




lihatlah muka2 mereka ni..



ni masjid apa entah..kecil molek jer..



ni pon aku tatau masjid apa..tapi masjid ni boleh masuk..cantik kan..





ini la masjid Samarra yang terletak di Iraq..macam menara pon ada





dah nak balik ni.. ada lagi 2 3 buah masjid yang tak sempat kami tengok dari dekat sebab kul 5 bas dah sampai..takut terlepas pulak kang..



kat sini kami naik bas ke Dungun untuk menunaikan hajat sebenar ke Terengganu ni..bubui Kuala Terengganu..


mood saya amat gembira dapat publish lagi satu post hari ni..sekarang saya nak sambung menonton cerita Boys Before Flower pulak..tata

cuti-cuti malaysia @ Terengganu best sokmo

Assalamulaikum

Ni sambungan cerita aku yang lepas.. hari pertama kami sampai ke Dungun, about 10 a.m macam tu kami bertolak ke Kuala Terengganu naik bas..ingatkan dekat jer Dungun dengan KT tapi rupanya jauh gak..dekat 2 jam jugak la aku dalam bas tu..tetambah lagi hari tu hujan tak berhenti then kat Merchang dah banjir..


orang dalam bas ni lebih kurang macam aku jugak..teruja tengok banjir



1st time tengok suasana macam ni.. maklumla kampung aku tak pernah pon banjir



sampai ja kat KT terus ke Yayasan Terengganu sebab dak Fira nak ambik duit apa entah..



muka Puan ni sebijik macam Puan Khamsiah ex-ketua disiplin dan rekod HEP taun lepas.. nama Puan ni pon Khamsah..entah2 dorang adik beradik..ekekekekeke..cam mustahil jer



sementara tunggu Fira dok proses nak ambik duit tu aku ambik kesempatan tinjau2 kawasan dulu..then posing cket



lepas tu pergi check in hotel pulak..actually kami booking hotel lain, sekali rasa macam hotel ni lagi dekat ngan bandar, so try2 la tanya hotel ni dulu..nasib baik ada kosong lagi..




satu bilik untuk 4orang..cukup la untuk kami tidur semalam jer kat hotel ni.. we have paid rm 122..


Terengganu ni punyala besar but Fira just bring us to Giant kononnya nak beli barang cket.. kikiki..kat tempat aku pon ada Giant



while waiting for taxi kami jejalan dulu kat depan Giant tu.. there are many clothes in there but this month kena berjimat cermat sikit..elaun pon tinggal ciput je lagi.. nak mintak kat my parents shy2 cat la pulak..ekekekeke



lepas dah balik dari Giant kami rehat2 semayang semua dulu kat hotel.. then about 11pm kami pergi jejalan makan angin kat Dataran Shahbandar pulak..
di sini kelihatan brother tersebut tengah ukir nama si Aminah and future husband beliau si Fahkrul..



then we pose for a while before returning to the hotel..this part i feel kari ngeri sikit because tengah sedap2 kami posing tetiba ada 3orang lelaki yang scary gila datang kat kami dengan gaya2 samseng gitu..kami pon apa lagi terus blah ler..caittt kaco betol la mamat2 tersebut..
tapi kat sini memang danger sikit sebab sangat ramai mat2 rempit yang dok melepak..
so, girls kat luar sana DON'T BE TOO BRAVE LIKE US OK!! tetambah pulak kalau semua perempuan.. sangat bahaya..

ok wait for the next post (*_*)

Monday, March 28, 2011

ku sangkakan panas di tengahari rupanya mendung sampai ke petang

Assalamualaikum..

Rasa dah lama benor aku tak update blog ni..seminggu kat rumah seminggu lagi kat Terengganu, so memang tak sempat aku nak belek2 blog nih.. kalo buka pon sekejap sekejap jer tengok kalo2 ada komen ke apa.. sebenarnya aku dah balik ke Maktab kesayangan aku ni hari sabtu lagi tapi tak sempat nak update jugak.. sampai2 jer terus kena kemaskan barang sebab sebelum balik hari tu kena kosongkan bilik untuk kakak2 KDC (kursus dalam cuti). Lepas dah kemas semua kena sambung siapkan assignment pulak yang kena submit semalam.. tu la aku..tugasan projek yang sepatutnya kena siapkan dalam masa sebulan tapi aku saat2 akhir baru nak belek betol2..ekekekeke.. takpe janji aku dah hantar semalam. Sekarang ni tinggal Folio and tugasan PBS yang aku kena siapkan..but lagi 2 minggu nak kena submit, bukan sekarang. So boleh la aku update dulu blog ni.. banyak sangat sampai dah jadi pekasam dah.
Hohohohohoho.. rasa macam banyak la pulak aku dok mengarut kat atas tu..sekarang ni kita masuk yang main point pulak yer..banyak ni aku nak story pasal trip aku ke Terengganu.. maklumla kali terakhir aku pi sana kalo tak silap aku masa darjah 5 kot.. sekarang aku dah 20 tahun..muahahahaha..kesian x??
aku nak jadi skema sikit ni.. hangpa jangan geli geleman pulak baca nih.. ekekekeke
Perjalanan aku bermula pada pada malam 16 Februari di mana pada hari tersebut aku bertolak dari hentian bas Shahab Perdana ke hentian Duta. aku naik bas malam yer.. kalo tak silap aku pukul 11.30 kot tiketnya.. sampai ja kat hentian Duta dalam pukul 5 pagi hari rabu aku disambut oleh Aminah. Lepas tu seharian jugak aku kat rumah Aminah sebelum aku bertolak ke Terengganu pada hari yang sama jugak iaitu pada jam 10 malam. Tujuan aku transit dulu di KL adalah kerana aku takut untuk ke Terengganu sorang2 sebab aku memang tak biasa.. sebab tu la aku mengambil keputusan untuk ke sana bersama2 dengan aminah dan Fiza..( eh2 tetiba pulak Fiza muncul dalam cerita ni).. walaupon aminah and Fiza pun tak pernah gak pi Terangganu naik bas tapi atleast kalau sesat pon kami bertiga, bukan bersorang..(bersorang???)huahuahua..
Ooooooops..dah letih la nak buat ayat karangan budak darjah satu…kikikiki
Dalam pukul 3.15am kami sampai ke Dungun.. tu pon nasib baik terjaga sebab pak cik bas tu langsung tak cakap apa2.. selalunya bas yang aku naik setiap kali berhenti dorang cakap dulu tu kat mana.. adui tak caring betol la.. lepas dah turun dari bas tu kami pon call la Fira( tuan rumah untuk PBS ni ). Tapi dalam hati rasa pelik jugak apasal tak macam Dungun pun tempat kami turun tu.. nak kata tu Hentian bas Dungun kenapa tak nampak pun kaunter2 tiket.. tapi kami cool je la.. haaaa nasib baik kami bertiga, kalau aku sorang2 ni mau nangis jugak aku..dah la prebet2 sapu pon ramai, semua laki pulak tu.. kang depa bawak aku lari ke Siam naya aku..kikikiki
Nasib baik ada sign board Masjid Pak Sabah, tu la clue yang kami habaq kat Fira kami kat mana. Dia kata selalu dia turun kat depan court mammoth tapi kiri kanan depan belakang kami dok usya tak da pon..lagi cuak aku..
Sekali aku dengaq orang horn kereta kat belakang aku.. jeng2.. nasib baik tu Fira.. hehehehe.. dia kata memang betol la tempat kami turun tu.. rupanya lampu court mammoth tak buka, patut la dok cari tak jumpa..(dalam hati koman betol Dungun ni, ada pulak turunkan penumpang kat tepi jalan macam tu ja)..hohohohoho
Lepas dah sampai rumah Fira kami rehat2 dulu.. bila matahari dah mencacak kat atas kepala kami pon meneruskan pengembaran Upin dan Ipin..
Error services: to be continue next episode (*_*)

Monday, March 21, 2011

jadi cikgu memang mencabar

hari ni dah hari kedua aku ke sekolah.. mula2 excited gak sebab dah lama tak tengok budak2 kat sekolah macammana kan.. tadi masuk kelas budak darjah 2 macam2 perangai..jenuh nak kawal kelas..yang macam ngada2 pun ada.. tapi dorang kan budak2 kan..mana la boleh fikir lagi..
ok2 takleh story manyak2 lagi tenet sangat slow tambah pulak banyak tugasan kena siapkan..gambo pun tak dapat nak upload..
yang penting tak sabo giles nak habeskan PBS ni.. nak balik nak balik nak balik..
nanti aku story manyak2 lagi..

tatatatatata tawan2

Wednesday, March 16, 2011

ke Terengganu pula

Assalamualaikum kawan..
blog ni memang tak dapat diupdate lagi buat masa sekarang.. semalam aku naik bas dari kedah ke KL.. malam ni aku akan naik bas dari KL ke Terengganu untuk PBS kat Sekolah Kebangsaan Gong Pasir, Dungun selama seminggu..
lepas dah settle semua baru boleh terjah2 blog orang.. tak sabar nak update pasal PBS.. okeh nak kemas2 pastu nak makan pastu malam ni dah nak gerak..bubye kawan2..

nanti kite follow balik yer sape2 yang dah follow kite tu..sekarang kite memang tak sempat lagi..

Thursday, March 10, 2011

esok aku balik ye_____ay


Asssalamualaikum kawan2..

esok hari aku mau pulang suda ke kampung halaman yang tercinta.
last balik raya cina hari tuh.. tak sabar nak jumpa anak2 buah kat rumah.. mesti dorang dah rindu aku sangat2..muahahaha

cuti ni tak lama pun seminggu jer.. standard cuti sekolah la kan.. tapi kali ni lepas cuti kena PBS pulak.. PBS tu kawan2 ialah Pengalaman Berasaskan Sekolah..
1st time nak pergi sekolah ni..nebes2..dah tu bukan pergi saja..manyaaaaaaaak tugasan maaa..

untuk PBS tu aku buat kat sekolah Gong Pasir, Dungun merantau ke rumah roommate aku.. last aku pergi terengganu kalo tak silap aku masa darjah 4 ke 5 macam tu ja kot..hua3.. kesian kan..

oke2..pasal PBS nanti aku update.. janji esok balik..naik bas sowg2 jer.. tak de kawan..sob3.. sapa suruh orang ajak balik sekali takmau kan..ekekekeke

bas yang bakal aku naik..aku selalu gak naik bas ni..taktaw la apa istimewa bas ni yang aku minat sangat..



yeaaaay dah ada tiket..kak aku yang belikan tiket nih..save budget..ekekeke

okeh aku nak blogwalking puas2 dah balik rumah aku malas nak berblog ni..kena tumpukan sepenuh perhatian kat family..bukan selalu nak balik kan..eheheheh..geli kan baca ayat skema ni

Tuesday, March 8, 2011

wireless oo wireless

geramnyaaaaaaaa aku ni malam ni.. apa la dengan wireless ni.. macammana la aku nak siapkan assigment ni.. dugaan betol ler


tengok2..dah banyak kali loading pon still kuar macam ni



ni yang paling aku geram..sikit2 nak blok..aku bukan buka web porno pon.. nak cari bahan untuk assigment ja pon..kedekut betol maktab aku ni..muahahahahah



ni pon satu.. apa yang tak available pulak ooooooooooooi..

tengah berusaha nak siapkan assigment
jumaat dah nak antar..


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers