Monday, February 27, 2012

cuti-cuti malaysia @ tunang l kawen day

Assalamualaikum =)

nak sambung lagi story pasal melaka. ada banyak lagi yang aku nak cerita ni huhu. walaupun dua hari jer aku kat melaka tapi banyak gak benda yang aku sempat rasa. tak dapat pergi menara taming sari pun takpe tapi aku dapat pergi kenduri. dapat gak merasa macammana suasana kenduri kat sana. aku kan spesis jakun sikit. semua benda nak excited haha.


hari first kami sampai ada majlis tunang sepupu minah. untungla baru umur 22 dah ada orang minang. aku tak kenal pun dengan sepupu minah ni yang aku tau nama dia Nasyitah orang panggil dia ieta. sekarang tengah study lagi kat UITM Puncak Alam. jeles tau dengan ieta =)



tak kenal pun boleh gak tumpang gedik2 ngan ieta. punya la syiook dapat duduk sebelah dia konon nak ambik berkat haha. mana tau tak lama lagi giliran aku pulak. ameeeen 



time ni hati jiwa otak jantung aku semua tengah bergelegak2 nak tunang gak haha. 



fira, atun, sepupu minah yang aku taktau nama, ieta,minah,nida. keturunan minah semua cantik2. rasa kerdil sesaat bila bergambo dengan depa kekekeke.



hantaran untuk laki. dia punya tema grey pink. cantik2



esoknya mak ayah minah bawak kami semua pergi majlis kawen kat dalam kampung depa jugak. kampung ni nama PAJURAS kat Sungai Udang. punya la sopan sorang2 pakai t-shirt ja pi makan kenduri. tak pernah aku buat tau. nasib baik t-shirt labuh. dimaafkan lagi la :p



majlis kawen Hainarizam dan Asmidar. siapakah mereka aku langsung tak kenal huhu. harap2 perkahwinan depa kekal hingga ke syurga. sebab depa aku dapat makan kenuri tau :)



best gila tengok mentara depa ni. siap pakai nametag lagi tu hahaha. maybe senang kot orang nak panggil depa


dekat rumah kenduri ni siap ada kaunter lagi tau untuk orang bagi duit. minah kata depa kat kampung ada pakat daging. sebab tu la depa buka kaunter ni untuk orang kampung bayar duit pakat. sapa yang tak bayar hari ni siap ada wakil lagi tau pi kutip kat rumah. kat kampung aku pun ada gak pakat macam ni tapi bukan untuk daging ja. pastu orang akan bagi sebelum hari kenduri. tak da sampai nak buka kaunter macam ni hekhekhek. teruja gak aku tengok



biasanya kat kampung aku majlis start kul 12 sampai kul 6 petang. tapi kat sini kul 11 dah ramai orang yang datang



atun dok merenung apa tah haha. yang dok tengah cuci tangan tu mak sedara minah. 



warna tema depa pink. tak sempat pulak aku jumpa dengan pengantin sebab kami pi pun awal lagi. pengantin baru dok siap2 kot. kot jala hehehe.



gadis Bandar Baru Bangi masuk kampung. tak sempat nak tukar pakai baju kurung pegi kenduri hihihi. perut dah kenyang kami pun balik =)

ok babai




Sunday, February 26, 2012

cuti-cuti malaysia @ ABC Tanjong l Pantai Puteri

Assalamualaikum =)

tak sabar nak sambung story pasal trip aku ke melaka dengan dak Minah, dak Fira and dak Atun. semua dah bertukar jadi dak2 sebab aku dengar mak2 sedara dak minah semua sebut dak sebelum nama :) 


dak minah bawak kami bertiga makan kat ABC Tanjong. katanya ni tempat favourite dia. so kami pun ikut jala. nampak kedai simple ja tapi orang punya la ramai


macam warung biasa jer tapi makanan dia semua yang aku suka. geram sangat rasa macam nak order semua tapi taktau nak sumbat kat mana pulak. mulut ada satu tangki perut pun satu huhuhu.


dak Fira and dak Minah. sabo jer tunggu makanan


dak Atun and Dak Nida


sodap sangat sate ni. kalah sate kajang yang den selalu makan tu

coconut shake special a.k.a ayaq nyoq goncang dak Atun punya. rupa and rasa sama2 menarik :p


nyummy2. cendol yang sangat sedap. ada macam2 jenis pulak tu. cendol kacang dak Fira punya, cendol jagung yang dak Minah and cendol ais krim vanilla untuk aku huhuhu.



nah! kasi close up sikit. sampai sekarang aku terkenang lagi cendol ni.rasa dia yang lemak2 manis2 memang sedap wooo. tak pernah aku makan cendol sesedap ni. melaka memang the best la :)


dak Minah. sekejap ja dah licin semua makanan kami. otak2 satu bakul tu pun habes kami makan hahaha. otak2 kat sini memang terbaik =) insyaAllah ada rezeki aku nak ajak family aku pulak datang sini. 


dah kenyang dak Minah bawak kami ke Pantai Puteri pulak.tak sangka Melaka ada pantai yang cantik macam ni. 



dak Minah, dak Fira, dak Atun and dak Nida. tak da orang nak tolong ambilkan gambo kami, terpaksa la setting kamera sendiri. semua bertukar jadi hitam hahaha but i like this pic.



eeeuuw. tolong la jangan gedik macam ni lagi hahaha.


gaya macam tengah tunggu laki ja sorang2 =)



bubye. from Pantai Puteri with love hahaha bajet!


ada lagi story pasal melaka. esok aku sambung lagi (-_-)


cuti-cuti malaysia @ Melaka

Assalamualaikum =)

hujung minggu kali ni aku ikut my classmate (minah) balik rumah dia kat Melaka. first time wo aku jejakkan kaki kat Melaka. sungguh sadis kan hahaha. sekarang kalau orang tanya aku pernah aku pergi melaka ka x mesti jawapannya "pernah". very seronok ! motif utama minah ajak pergi rumah dia sebab ada majlis tunang her cousin and ada mesyuarat untuk kenduri kawen abang dia nanti. aku ingatkan orang kampung aku ja buat mesyuarat sebelum kenduri. rupanya adat orang melaka pun macam tu jugak huhuhu.


kuih untuk tetamu yang datang mesyuarat


ni pun antara motif penting gak minah ajak pergi rumah dia. tolong bungkus goodies bag atau berkat untuk kenduri kawen abang dia bulan 3 nanti. semangat betol family dia ni. kenduri abang aku hari tu malam sebelum kenduri baru kami sibuk bungkus goodie bag =)


untungla sapa dapat menantu yang rajin macam ni muahaha.


ok bai.nanti aku sambung lagi 



Saturday, February 18, 2012

doa cepat jodoh

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum 


kawen tu sunnah. semua orang nak kawen kan. termasuk la aku. di sini aku ada petua dan amalan untuk mendapatkan jodoh


surah toha ayat 131 dan 132

surah Anbiya' ayat 89


selain amalkan ayat di atas sebenarnya ada banyak lagi doa yang boleh di amalkan. banyakkan solawat ke atas Nabi dan amalkan setiap kali lepas semayang insyaAllah kalau kita yakin Allah akan makbulkan doa kita. ameeeen

sekarang ni mood aku nak kawen sangat membuak2.seronok tengok senior aku yang dah kawen apatah lagi classmate aku pun ada yang nak kawen tahun ni. huh! sangat jeles. aku harap sangat dapat kawen sebelum grad. moga Allah pemudahkan segala urusan aku untuk kawen awal.insyaAllah aku dah bersedia. nak merasa cinta lepas kawen pulak =)



erk?? betul ke ni?? HAHA saje jer nak menggatal. aku tak nak kawen lagi la. kena tunggu habes belajar dulu :p

k babai




pertandingan nazam sempena minggu lantunan mahabbah Rasulillah

Assalamualaikum =)

sempena minggu lantunan mahabbah Rasulillah minggu lepas aku and classmate aku masuk petandingan nazam. first time tau aku bernazam. mula2 tu macam malas gak nak masuk tapi bila classmate aku yang lain very semangat so aku pun masuk la jugak untuk support program tu. 

semua semangat malam tu huhuhu. kami masuk bukan nak menang sangat pun. just nak meriahkan majlis and memang kami tak menang pun hahaha. kumpulan dari kelas lain jauh lagi hebat dari kami but i'm very enjoy that night  sebab dapat naik atas pentas besar huhuhu.


geram tengok dak2 kecik ni. depa ni semua belajar kat tadika halimatussaadiah IPG KPI =)

k babai



Thursday, February 16, 2012

sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG KPI

Assalamualaikum =)

tadi maktab aku buat sambutan maulidur rasul sempena minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah untuk memperingati Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. acara pertama start dengan perarakan and semua kelas wajib terlibat dengan perarakan tersebut makanya hari ni aku bangun awal sikit la dari biasa sebab 7 suku dah kena berkumpul huhuhu.

we were classmate. sebelum start perarakan. tak matching langsung baju dak laki ngan dak pompuan huh!


tolak dak laki. dak pompuan kelas aku ada 13orang tapi tak cukup sorang la dalam gambo ni. tak perasan pulak tadi


hakim yang ensem and haziq. terlebih excited pulak aku tengok si haziq tu =)


rahmah and nida =)

dah habes perarakan kami semua kena masuk dalam dewan pulak ada ceramah   dan majlis perasmian penutup.


persembahan marhaban. sory awak gambo tak clear sangat.ni jer yang ada =)


semua macam tak fokus ja aku tengok. dok buat hal masing2 hahaha.


persembahan marhaban by kakak2 GSTT (guru sandaran tak terlatih)


dalam pukul 11 macam tu majlis dah habes. sebelum balik ada jamuan huhuhu. semua makanan ni dah masuk perut aku and kawan2 tadi. kenyang2

ok. minggu lantunan mahabbah Rasulillah dah habes. sekarang ni aku tengah gian dok edit gambar guna software baru. best2

babai 



Pendaftaran ahli baru PRS IPG KPI

Assalamualaikum =)



Sunday, February 12, 2012

jangan merajuk lagi yer baby !

Assalamualaikum =)

semalam memang hari paling nervous aku sebab laptop aku tetiba ja merajuk. bila aku nak on ja lampu semua menyala tapi kat skrin tak keluar apa2 huhu. mood yang tengah happy terus tukar jadi macam serigala. entah apa kena mengena serigala dengan aku. yang pastinya memang aku takut sangat time tu. tak pasal2 kena beli laptop baru. habis la duit aku :)

kalau ikut aku memang tak sanggup dah nak terima kenyataan.nasib baik ada yang sudi nak hantarkan laptop aku ni ke hospital. masuk icu gak 2 3 jam. tu pun mula2 doktor yang merawat laptop aku cakap kalau prosessor rosak baik beli laptop baru jer. mak aih. gelap habes mata aku ni wuwuwu. 

nasib baik graphic card jer rosak. tu pun melayang gak la duit aku. banyak pulak tuh. takpela. janji tak kena beli yang baru huhuhu.


baby jangan merajuk lagi tau.mama sayang sangat kat baby.mama banyak keja nak buat ni.baby kena la tolong mama. jangan la rosak lagi sekarang ni. nasib baik ada papa nak hantarkan baby ke hospital. kalo tak taktau la mama nak buat apa baby. mama ni dah la cepat tension. baby rosak kejap pun mama dah tak boleh duduk =(


kehkehkeh. ni memang entry meroyan aku. nasib baik laptop aku tak rosak terus. kalo tak bertambah la meroyan aku ni. walaupun aku cuma pakai compact bukan apple tapi aku janji aku akan jaga dia baik2 lepas ni. takmau kasar2 lagi hahaha.

k babai.


Saturday, February 11, 2012

pertukaran guru j-QAF suka sama suka

Assalamualaikum =)

sekarang ni aku tengah mencari guru j-QAF opsyen pendidikan islam yang sudi tukar dengan kakak aku yang sekarang posting kat Pasir Gudang, Johor . sekolah SK Masai. kalau boleh dia nak tukar ke selangor @ perak. kalau dapat kedah lagi bagus huhuhu.

mak aku orang paling sedih bila dapat tau kakak aku dapat johor. jauh tu dari kedah nak ke johor. at least kalo selangor boleh tahan lagi. aku pun sedih gak kena berjauhan ngan kakak aku
 sorang ni. sobs3333x


satu-satunya kakak aku yang belum kawen. aku sayang dia sebab tu takmau dia dok jauh
 sangat =)

so, kalau ada sesapa yang ada sedara mara dari selangor@perak@kedah yang nak ke johor boleh la emel aku (kakyongnida@gmail.com) mana tau boleh tukar dengan kakak aku. 

ok babai






Monday, February 6, 2012

baby cute contest

Assalamualaikum =)

dok tengah bw tetiba terserempak dengan satu contest. dah lama tak join contest. kali ni memang tangan aku ni gatal sangat nak join hehehe. dengan harapan boleh menang

banner contest. sila click kat banner untuk ke blog baju baby atas rak and join contest ni

sebelum join jangan lupa baca dulu syarat2 penyertaan :

1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun.
2. Sila Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda.
3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK.
4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini.
5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda.
6. Terbuka kepada anak sendiri/ anak saudara / adik anda. 
7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi didalam entry anda.
7. Sila nyatakan nama anda,nama baby dan tarikh lahir baby.
8. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4orang untuk join contest ini.
9. Tinggalkan link entry anda di kotak komen.


part hadiah pulak mesti semua orang suka kan. meh tengok apa hadiahnya



Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 




Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.



*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*


Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA

menarik kan hadiah tu? so, aku pun taruhkanla gambo anak buah tercinta aku


nama pemilik blog ni : Nida Husna binti Abdul Rahman

nama baby : Nur Syifa' Mawaddah Binti Kamal Faizin

tarikh lahir : 26 Oktober 2010


moh ler ramai2 kite join contest ni =)


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers