Monday, April 15, 2013

Hari-hariku

Assalamualaikum :-)

Sekarang ni rutin harian aku dah tak macam dulu dah. Kalau dulu bangun pukul 7 pagi pun kompom sempat pergi kelas sebab jarak kelas dengan hostel amatlah cinonet. Jalan berapa langkah je dah smpai *walhal jauh gak kene naik tangga hihi

Tapi aku rela cenggitu selamanya. Sekarang ni pukul 5.30 dah kena bangun. Zup zap zup zap mandi solat bagai pastu dah kena gerak ke sekolah. Kalau lambat dah tentu tentu nanti jalan crazy punya jem. Nak gerak ke key ell kan.

Lagi satu kalau dulu, time tak ada kelas boleh balik landing kat katil. tapi sekarang? Gilo kau kalau hari tak da kelas pun kau tak nak datang. Kompom lepas tu markah sahsiah kau zero. Sobsobsob. Macam hari ni le. Aku datang sekolah tapi tak da kelas tapi tapi tapi banyak lagi kerja lain kena buat. Nak siapkan refleksi la. Completekan buku rph la. Auch, sangatlah berbeza time senang lenang ke kelas dulu.

Sekarang ni kalau orang tanya best ke praktikum? Lepas tu mesti laju je aku jawab. "aku sanggup datang kelas hari hari sampai malam dari kena pergi sekolah walaupun sekerat hari". Haa nampak tak kat situ betapa tersiksanya cikgu praktikum. Semuanya kena nampak perfect. Rancangan pengajaran saja dah 6 pages hari hari. Pastu kena siapkan bbm lagi hari hari. Lagi lagi kalau nak kena observe. Malam tu memang tido tak lena hihi.

Macam tu lah tuan puteri sekarang. Baru ku tahu dan faham #masa itu ibarat emas

InshaAllah nanti ok lah kot. Bak kata mak aku biasa lah tu mula mula memang culture shock sikit sebab tak biasa busy macam ni. Dah lama lama nanti ok le kot. Kot lah kan muahaha.

Baki praktikum tinggal lagi seminggu. Yeay! Tapi sementara nak habis seminggu ada lagi observe. Doakan kita!

Busy pun sempat lagi hapdet kau huehuehue. Janji keje siap! Ok bye, selamat mengundi semua!


Saturday, April 6, 2013

Ya Allah pemudahkanlah

Assalamualaikum...

Sekarang ni kan aku tgh praktikum dekat sk bandar tasik selatan. Alhamdulillah la satu minggu dah lepas. Baru seminggu baq hang. Ada 3 minggu lg nak habis. Lamanya rasa.

Sekarang ni baru aku tahu betapa hazabnya praktiktum. Memang letih sangat sangat. Tiap tiap malam pukul 2 lebih baru boleh tido sebab kena siapkan rancangan pengajaran, dengan bahan bantu mengajar lagi. Pastu kul 5.30 dah kena bangun. Kalau aku kena bangun awal la sebab kena pergi sekolah awal. Yelah, aku kan duduk kat bangi. Sekolah pulak kat KL. Tu yang kena gerak awal takut jem.

Minggu ni kira ok lagi kot sebab lecturer and guru pembimbing aku tak start observe lagi. Start minggu depan lagi horror kot huhu. Takutnya rasa
walaupun minggu ni kira ok lg tapi aku dah demam ni. Memang siksa sangat. Bila demam satu benda pun tak leh nak buat. Aku demam ni sebab tak cukup tido la ni. Lagi pulak aku ni memang jenis tak biasa stay up sebab buat kerja pastu bangun awal macam tu. So, badan aku terkena kejutan budaya kot tu yang boleh demam huhu.
              
Aku harap sangat baki lagi 3minggu ni aku semakin kuat and dapat buat yang terbaik. Setakat ni aku ada masalah kawalan kelas. Harap sangat minggu depan aku boleh kawal kelas dengan baik.


Dapat hadiah ubat sempena seminggu praktikum. Kalau lagi 3minggu entah apa yang jadi. 
Ya Allah permudahkanlah urusan aku :( bukan senang nak jadi cikgu rupanya


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers