Monday, November 11, 2013

restoren ayam penyet wong solo - masjid negara

Assalamualaikum =)


ni sebenarnya entry sambungan aku nak cerita pasal exam tu. scroll ke bawah korang baca la entry tu hihi.

lepas exam mengejut hari tu, aku dengan classmate semua decided untuk pergi makan dekat Wong Solo. dah semua tengah lapar sebab tak sempat makan sebelum exam. ni lah satu benda yang aku suka sangat duduk kat bangi. nak makan apa semua ada. asal ada duit je hehehe.


kami pergi sesama perempuan je. tapi ada gak yang tak ikut sebab puasa



aida, nida, nawal =)  aku rasa ayam penyet wong solo la yang the best sekali. semua benda sedap. masa ni kami order set ayam penyet sorang satu. tengok je gambar ni terus rasa nak makan lagi hihihi.


lepas makan kami singgah masjid hasanah, solat zohor. lepas tu ingat nak balik bilik terus, tapi semua nak berjalan lagi. dah alang-alang keluar kan. class kami pulak bukan senang nak keluar ramai-ramai macam ni. kekadang plan kemain last last cancel macam tu je huhu.

bincang punya bincang nak pergi mana, last last minah ajak pergi jejalan kat area masjid negara je. pun boleh hahahaha. pergi ramai-ramai buat macam lawatan cik kiah


on the way. kami singgah kejap muzium diraja. tapi tak masuk pun. bergambo kat luar je pun. sebab kalau nak masuk kena bayar. kami nak save budjet hujung sem. bergambau kat luar pun jadi lah kan hehe. 



ini lah cik kiah cik kiah yang baru nak mengenal kolompo haha.



=)



yey! masa ni baru sampai masjid negara. betapa ilmiahnya lawatan kami lepas exam hikhikhik. memasing kan stress exam, baik datang masjid tenangkan hati muehehe. macam ni baru nampak ustazah sikit :p



buat halaqah lepas tu kita mulakan usrah sambil usha foreigner yang datang kat masjid ni. usrah la sangat kan walhal cakap benda lagho.


sempat sembahyang asar berjemaah. lepas tu kami jalan-jalan sekitar masjid ni. macam baru seminggu belajar kat sini haha.



tak da orang sangat pun time ni. boleh buat macam masjid sendiri



=)


ni lah cik kiah yang join hari tu. 9 orang semuanya. last-last cari cermin jugak sebab nak cukupkan 9 orang dalam satu gambar 



nak balik dah. nak jalan-jalan kat luar pulak 



singgah jap kat depan stesyen tv al-hijrah. kot boleh jumpa ustaz don haha




=)


lepas tu kami lepak jap dekat sini. buka dua tiga topik perbincangan lepas tu balik. 

maghrib gak kami sampai hostel. lepas tu semua sibuk pergi mandi sebab panas gila tak tahan dah. tau tak  ada antara kami yang tak mandi pun tapi berjalan sampai KL hahahaha. nasib baik wangi je semua. ok bye !!




Thursday, November 7, 2013

kenangan takkan aku lupa

Assalamualaikum =)


sekarang kan  tengah mood exam. first paper aku ambil minggu lepas. kalau ikut slip exam, jadual untuk exam yang seterusnya ialah 7/11/2013 bersamaan dengan hari khamis. kira semalam lah. 

dekat slip exam tulis start pukul 2 sampai 4.30 petang. so aku pun study lah macam biasa. sehari sebelum exam kemain lah tak layan benda-benda lagho dah. bukan aku sorang. kawan-kawan yang lain pun semua macam tu kot hahaha. biasa macam tu lah. sehari sebelum exam tengok muka memasing stress je.

bila dah seharian study (tak dalah seharian sangat benornya, ada gak time tido hehe) dalam pukul 11 lebih macam tu aku dah stop dah. konon esok bangun pagi baru nak buat final touch up. nama je study, tapi banyak lagi benda aku tak ingat sebenarnya. biasanya kalau exam petang, yang aku baca time pagi tu la yang paling ingat hihi.

confident je kan nak buat final touch up esok pagi.so malam tu sebelum tido pun aku tak buat preparation apa lagi untuk exam. baju tak gosok lagi, tudung tak gosok lagi. paling best otak pun dah set exam petang. siap boleh main game lagi ha hahaha. kan banyak lagi masa sebelum pukul 2 tu. macam-macam lagi boleh buat huhuhu.

ok takpe. esoknya( hari exam) aku bangun lah subuh macam biasa. lepas tu siap tido balik. sebelum tido dah set jam nak bangun pukul 9am. pukul 9 tu baru nak start study balik kononnya.

tapiiiiiiiii.............................................

tetiba pukul 8 suku macam tu kawan aku call dia kata exam sebenarnya pagi. aku tak tanya banyak dah masa tu. terus bangun dari katil pergi tengok classmate kat bilik sebelah. rupanya depa pun sedap je tido sebab tak tahu apa-apa lagi hahaha. lepas tu baru aku call balik kawan aku tadi untuk confirmkan betul-betul. memang betul pun. rupanya unit peperiksaan salah buat jadual.

roommate aku pun bangun dengan muka terkejut terus pergi toilet. dekat toilet pun riuh macam pasar malam dengan budak course lain lagi. kiranya semua sem 6 mengalami nasib yang sama lah hari ni haha. ada yang tak sempat nak mandi pun ada. aku pun main ambil je baju dalam almari yang rasa tak payah iron, tudung pun rembat je mana yang ada wahaha.

yang duduk hostel macam kami ni kira ok lagi. ada classmate aku yang tengah menyapu rumah kat Banting pun ada. tak tahu laki dia drive macam mana, setengah jam je dah sampai maktab. ada yang dari seri kembangan lah kajang lah. aku syak, mesti masuk exam tak mandi semua tu kikikiki.

exam yang sepatutnya start pukul 8.30 terpaksa la dilewatkan. bilik yang aku exam start 9 suku. ada gak yang start lambat sebab sampai lambat. tapi orang takleh marah la sebab bukan salah student pun. siap dapat air dengan roti lagi time jawab exam tadi. tak pernah seumur hidup aku tengah exam dapat macam tu. kan bagus kalau setiap kali exam macam tu muehehe.

itu lah kisahnya. dah berapa kali exam sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni. tetiba aku dah sem 6 baru jadi macam ni. takpe takpe pengalaman huhuhu. sekarang ni berdoa jelah moga tak ada yang kena repeat paper sem depan. dah la soalan pun macam tah pape. syiok je aku hentam kromo tadi :p

pengajaran. lain kali kena tanya gak kawan-kawan dari IPG lain . make sure semua jadual sama. dalam kes ni jadual IPG aku je yang tersilap. yang lain semua memang dah tahu exam pagi huhu

ok bye. 




Sunday, November 3, 2013

koren drama - GOOD DOCTOR

Assalamualaikum =)


memandangkan jadual exam aku terlalu lama sangat gap sampai seminggu jadinya kerja aku memerap jelah kat bilik seharian. bila dah memerap kat bilik lama-lama mula lah rasa macam boring je macam bosan je macam comel je eh!! 

dah taktau nak buat apa, nak study malas lagi so sepanjang duduk kat bilik kerja aku melayan cerita korea jelah. stock runningman pun dah habis. sekarang ni aku ulang balik tengok dari episod satu hihihi. sendu kalau mak aku tau anak dia macam ni hahaha.

bila bosan gelak-gelak tengok runningman aku godek-godek drama korea pulak yang ada dalam hard disk. lepas tu roommate aku  cakap drama Good Doctor best sangat. bila dia dah cakap macam tu aku pun try lah tengok. 

sekali tengok episod 1 memang pun, rasa macam best je macam syok je. so, aku pun layan la sampai episod last kehkehkeh. 

tak tahu lah kan, aku rasa macam aku ketinggalan zaman je. rasanya orang lain semua dah tengok. aku je macam jakun sikit kot sebab baru habis tengok =)



ni lah hero dalam cerita tu. aku google nama sebenar dia ialah Joo Won. aku memang cenggitu. lepas habis tengok cerita mesti aku akan google nama pelakon-pelakon dia muehehe. asal artis sanggup ajer nak google. budak-budak zaman sekarang macam ni la :p



cerita ni pasal Park Si On yang ada masalah Autism tapi nak jadi doctor. aku rasa budak autism ni memang spesel la. comel =)



memula tengok cerita ni mesti aku tutup mata time depa nak buat operation. tapi dah lama-lama rasa rilex jelah.



wuuuu darah wuuu. kalau tengok real ni memang pengsan dah aku ni kikiki


macam real je tengok depa belah perut orang. walhal berlakon je pun




yang ni heroin dalam cerita tu. nama betul dia Moon Chae Won



last sekali hero and heroin couple dua orang. ingat orang autism tak da orang nak ke =)



dalam semua pelakon yang paling aku suka budak ni lah. comel je. dia jadi Park Si On masa zaman kecil. pandai sangat dia berlakon jadi autism. 



moral of the story jangan la pandang rendah dekat orang walaupun tu dia tu dalam kategori OKU. orang yang macam tu pun ada perasaan jugak macam orang normal . cikgu bagi nasihat ni ha. please take note bhahaha.

ok sekian entry tak da motif.


kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers