Tuesday, July 31, 2012

lukisan artis paling popular

Assalamualaikum =)



habis lenguh tangan aku akibat menyiapkan lukisan yang diminta oleh puan ramlah merangkap pensyarah aku untuk subjek Seni dalam Pendidikan (SDP). bila sebut perkataan seni aku rasa macam nak menyerah kalah jer sebab dari kecil aku tak pernah ada bakat seni. bayangkan lapanploh kali aku masuk pertandingan mewarna, sekali pun aku tak pernah menang. dah mewarna pun aku fail apatah lagi nak melukis kan. ah, sungguh tragis bagi orang yang noob tentang seni macam aku. macam mana aku nak siapkan assigment lukisan catan ni. tolong !

nasib baik kawan-kawan sekelas aku yang lain pun macam aku jugak. bila lecturer suruh lukis semua dah macam kera masuk kampung haha. entah apa perumpaan yang aku guna tu. makanya aku takda lah rasa ditindas sangat sebab bukan aku sorang jer yang tak pandai. maklumlah kami bukan ambil opsyen seni pun.

ok, cukuplah merepek panjang-panjang. jauh mana pun aku mengeluh, aku tetap kena siapkan kerja yang buat ramlah suruh tu =) rasa macam budak tadika pun ada bila kena mewarna and melukis ni haha. tadika pun tadika la janji aku buat.




lukisan jenis apakah ni? serabai ja kan kehkehkeh. sebenarnya puan ramlah suruh kami lukis 3 corak alam semula jadi dan 3 corak buatan manusia. yang atas tu aku amik corak daun, yang bawah pulak aku tiru corak beg aku, bantal bucuk masyam  dan cover laptop aku. 



yang ni rahmah punya lukisan. aku taktau dia tiru dari mana huhu. mula-mula aku tak teringat langsung nak ambil gambar dulu. sebab tu ada bahagian yang  dah dicolourkan.




tadaaaaa. ni lah hasilnya lukisan rahmah yang dah siap diwarnakan



yang ni pulak hasil tangan nida wahahaha. rasa malu nak tunjuk kat semua orang. aku rasa lukisan budak tadika punya doploh kali lagi cantik dari lukisan aku.


bila dah jadi macam ni tetiba aku terfikir, kenapa lah aku tak masuk kelas seni dari kecik lagi. kalau tak takda lah lukisan aku jadi macam ni. tak padan langsung dengan umur aku yang 21 ni kikiki. nak buat macam mana tak bakat orang kata =)

harap-harap orang tak gelakkan aku lepas tengok hasil kerja aku ni. well, nantikan pulak lukisan catan yang bakal aku hasilkan nanti. entah macam mana la ghopenye nanti. kena practise lebih ni, baru boleh aplikasikan seni dalam pendidikan masa aku nak mengajar nanti walaupun seni bukan lukisan jer aww. antara lain yang aku belajar ialah mencipta lagu. yang tu lagi aku fail mak ngah ;p

jap2 aku nak tanya. antara lukisan aku dengan rahmah mana lagi cantik ek? muahahaha. ok bye!




Monday, July 23, 2012

menu sahur yang simple but sedap ;p

assalamualaikum =)


selamat berpuasa semua walaupun dah tiga hari ramadhan berlalu :)

kali ni aku nak kongsi sikit menu sahur aku dengan korang semua. memandang aku masih bergelar seorang student dan tinggal di kolej, makanya dengan peraturan asrama yang mengharamkan penghuninya memasak dalam bilik jadi aku telah memikirkan satu inisiatif supaya dapat menikmati sahur dengan sesempurnanya * cewah ayat takleh blah la ;p 

kalau nak berbuka aku tak kisah sangat sebab makanan banyak. sampai rambang mata nak pilih kat bazar tu. tu kalau aku pergi bazarlah kan. macam tadi aku berbuka ramai-ramai dengan geng-geng PRS, esok pulak kelas aku kena buka kat masjid. jimat an?

ok, berbalik kepada tajuk entry aku kali ni, meh aku nak tunjukkan apakah menu yang aku maksudkan tu


memandangkan hari pertama ramadhan aku ke rumah kakak aku kat port dickson, makanya aku telah menggunakan kesempatan tersebut untuk masak siap-siap dan dibawa ke kolej. 

untuk menyiapkan menu aku ni bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1# dua biji bawang besar yang dikisar
2# kacang tanah - digoreng 
3# ikan bilis - digoreng



bahan seterusnya ialah cili kering di blend dan sedikit air asam jawa



sekarang aku akan ajarkan cara-cara nak memasak menu aku ni. ok, pertama-tama sekali tuan-tuan dan puan-puan harus mengambil belanga dan memanaskan minyak terlebih dahulu. bila minyak dah panas masukkan bawang besar yang telah di kisar tadi. tunggu sampai bawang jadi kekuningan dengan api yang sederhana. 
*kakak aku cakap bawang besar boleh menyebabkan makanan cepat basi, jadi dia suruh aku tumiskan bawang besar dulu sampai masak

kemudian masukkan cili kering yang di blend dan tambah secawan air. masukkan jugak gula, garam dan sedikit air asam jawa. part ni kena bersabar sikit sebab kena pastikan cili tu betul-betul masak dengan api yang kecil. dekat tiga jam lebih jugak aku tunggu cili tu dah betul-betul kering airnya dan masak sepenuhnya. 

bila dah yakin cili yang sudah jadi sambal tu masak, aku biarkan sekejap dalam 5 minit kasi dia sejuk sikit sebelum masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang dah digoreng. kemudian gaul jangan tak
 gaul =)




nah inilah hasilnya, sambal bilis kering yang aku propa sangat tu. konon nak buat tutorial sambal bilis la kan. wek !



kasi close up sikit. dah siap di tapau nak bawak ke kolej hihi. sambal ni aku dah bahagi dua. separuh untuk aku, separuh lagi untuk bakal menantu mak aku ;p . eeei tak perlu kot aku nak bagitau semua orang


sekarang aku akan ajar cara-cara nak makan sambal bilis tadi. aku kan budak nerd, jadi bila peraturan kata tak boleh bawak rice cooker makanya aku pun tak bawak la. walhal orang lain ramai jer yang bawak. kantoi ~!

hihihi sebenarnya kan aku dengan mah dah plan nak bawak rice cooker gak untuk bulan puasa ni  tapi tak da kesempatan nak beli lagi la. tengok la nanti macam mana, kalau sempat beli kami beli la kalau tak makanya terpaksa la kami beli nasi hari-hari. sedih :(


dah la tak mau sedih-sedih sebab aku dah ada roti gardenia lah.


tuna ayam brand pun kite ade lah ! walaupun terbalik



tadi aku kata nak ajar cara nak makan sambal bilis kan? senang jer. mula-mula keluarkan dua keping roti gardenia



kemudian sapukan tuna ayam brand pada roti tersebut



lepas tu taburkan sambal bilis di atas roti yang telah disapukan dengan tuna tadi. sedap tak korang tengok ? hihihi



yeah, inilah hasilnya. menu sahur aku yang lengkap dengan zat besi, vitamin b, serat dan sebagainya. makan dua keping ni pun dah rasa kenyang sangat. sedap pulak tuh muahahaha *perasan macam nak kena lempang


renung-renungkan dan selamat mencuba. bye !



Thursday, July 19, 2012

masak dalam hutan

Assalamualaikum =)


memandangkan semester ni aku masih menjadi ahli tetap Puteri Islam, makanya semalam bersamaan dengan hari rabu semua student yang sem 4 kena main masak-masak. yeay kitew suke sangat main masak-masak. memang hobi kitew lettew huhuhu.

sebenarnya bukan puteri islam je yang kena main masak-masak, tapi semua unit beruniform yang ada kat maktab aku ni la. tujuannya sebagai persediaan untuk kami camping lepas raya nanti. minggu sebelum ni kami dah belajar buat gadget dengan belajar cara nak guna kompas, jadi minggu ni kami belajar cara nak masak kat dalam hutan la pulak. yelah kan, kat dalam hutan tu mana nak cari dapur panasonic.

dalam banyak-banyak aktiviti aku rasa masak la yang paling best. bak kata kawan aku buat apa nak pakai kompas, GPS kan ada . tu kalau masuk hutan sehari boleh la nak pakai GPS. kalau dah seminggu kat dalam hutan mana kau nak cas GPS tu =)



ini bukan masak dalam hutan, ini nak berkelah namanya siap dengan besen bagai muahaha. kalau betul-betul nak masuk hutan nanti takkan nak angkut pinggan mangkuk kat rumah


tiga bakal ibu dok sibuk siapkan bahan untuk masak ayam. nakal betul puteri islam ni kan, siap bawak talam lagi haha.



kak hani yang comel tengah action nak masukkan ayam dalam buluh. kitew nak buat lemang ayam lah !


ayam yang dah siap digaulkan dengan garam kunyit. tadi gaul-gaul dalam talam, sekarang kite letak atas daun pisang pulak. baru nampak real sikit hewhewhew.



teknik baru nak masak kentang. kau hado buat macam ni? *versi azwan ali tetibe



teknik baru bakar lemang walaupun ini lemang ayam =)



dah jumpa teknik yang lagi berkesan supaya ayam dapat dimasak dengan sempurna ;p



dapat tempurung pun jadi la. dapat jugak makan kentang rebus kikiki. ini cara pandu puteri masak yer kawan-kawan 



ditambah pulak kentang BBQ 



ingatkan kentang ja ada huhu. tu ayam yang dah tak muat nak masukkan dalam buluh. jadi kite bako jer dia



untung jadi puteri islam. bakat menganyam pun depa ada tau



puteri-puteri moden. semua depa boleh buat aw. ingat laki ja boleh buat kerja macam ni hihihi.



biasanya yang dok posing-posing tu buat kerja tak macam orang lain pun =)



nampaknya depa dah tukar style bakar kentang. mungkin cara ni lebih senang sebab tu ceria ja muka sorang-sorang



rupa sebiji macam batu hahaha. 



lah, dah bertukar posisi rupanya lemang ayam kami. itu sebabnya takut yang bahagian atas tak masak. yang bahagian bawah tu siap dah terbakar dah buluh tu



alhamdulillah akhirnya ayam kami dimasak sempurna. sedap pulak tu



bakal masterchef malaysia. sapa nak buat menantu boleh la (^_^) 



ayam bamboo pengikat kasih untuk dirasa oleh juri (lecturer) . kreatif tak? aku ni kan sampai sekarang tak pandai-pandai lagi nak buat ketupat tu


weeee. sangat menyelerakan. bila lagi nak makan macam ni



siap sedia untuk dimakan



akhirnya dapat jugak sorang seketul hahaha. 


rasa puas sangat sebab ayam kami sedap. tak sabar pulak nak pergi camping nanti. 
btw, ahlan wasahlan yang ramadhan. semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. ok bye !



Saturday, July 14, 2012

karnival sukan kolej kediaman 2012

Assalamualaikum =)


seperti yang telah aku mentionkan dalam post yang lepas-lepas, aku merupakan student yang suka menambah lemak di bilik dan agak jarang ke padang. kalau aku pergi padang tu mesti ada sebab tertentu and untuk semester ni hari ni adalah hari pertama aku jejakkan kaki ke padang sempena karnival sukan kolej kediaman IPG KPI.

oh ye, hari ni aku and 5 orang lagi classmate bertanding aw untuk sukaneka. dah wajib setiap kelas hantar satu group, kalau tak wajib jangan harap aku nak turun awal-awal pagi ke padang pulak tu. baik layan mimpi :p



inilah yang aku maksudkan =)



kame-kameha. baju yang paling cantik tu ler group kelas aku huhu.



aku layak main sukaneka jer, bukan bola jaring macam depa dok main tu. bola jaring tu depa lawan antara IPG zon tengah



yeah! super saiya jadi group number 1 kena main hari ni 



suspennyew. nape main ikat-ikat mata ni kikiki.



ini la game pertama. kami kena tutup mata lepas tu cari bola then masukkan dalam baldi. agak susah yer kawan-kawan. nak cari bola memang senang tapi time nak cari baldi tu yang susah sikit



nampaknya najwa begitu gigih mencari bola kehkehkeh.



kawan-kawan yang lain akan menjerit untuk bagi arahan. memang boleh pecah peti suara aku macam ni



juja tersentap sesaat bila ada paparazi nak snap gambar beliau. 



hobi juja tutup mata bila ada kamera hihihi. senyum-senyum kambing kat gerai sebelum start game yang lain pulop



roommate paling sweet jatuh kepada dak fira and nida ler. erk, geli!


nampaknya main sukaneka pun ada yang tercedera. nasib baik ada mardzati si PBSM yang setia membantu rahmah yang terkoyak seluarnya then tercedera lututnya hahaha.


lastly aku rasa enjoy jugak la hari ni sebab dapat membakar lemak-lemak yang berkepuk kat badan aku ni. ok bye !



tilawah al-quran peringkat antarabangsa 2012

Assalamualaikum =)


sapa tengok tilawah quran semalam? dengan bangganya aku nak habaq mai kat hangpa semalam aku ke PWTC untuk menyaksikan majlis penutupan tilawah al-quran peringkat antarabangsa. first time aww dapat tengok live


aku pergi naik bas, bukan merempit macam selalu. aku pun tak pasti kenapa kena naik bas kiffah travel bukan bas maktab. lupa nak cakap bukan aku sorang jer pergi tapi ada 25 orang semuanya.


kami bertolak pukul 6.45, kau tengok la jalan tu macam mana. jem gila



muslimah-muslimah jer yang pergi



waaaa, aku tengah tengok siaran langsung la. tapi malangnya aku kena duduk kat tangga ja sebab tempat dah penuh sangat. mau tak lambat, dah bertolak pun lambat. jem pulak tu



ada mahathir lokman la 



the winner from maghribi. sejuk hati dengar bacaan beliau =)


nida da malayuwian while rahmah da malbarian :p


with gegirls yang tak dapat tempat dalam dewan sebab lambat huhu



juja, mah and nida. kami classmate lah!


view dari surau PWTC. macam ni rupanya pemandangan KL time malam



no caption available for this picture. tq


ok bye !

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers