Tuesday, July 31, 2012

lukisan artis paling popular

Assalamualaikum =)



habis lenguh tangan aku akibat menyiapkan lukisan yang diminta oleh puan ramlah merangkap pensyarah aku untuk subjek Seni dalam Pendidikan (SDP). bila sebut perkataan seni aku rasa macam nak menyerah kalah jer sebab dari kecil aku tak pernah ada bakat seni. bayangkan lapanploh kali aku masuk pertandingan mewarna, sekali pun aku tak pernah menang. dah mewarna pun aku fail apatah lagi nak melukis kan. ah, sungguh tragis bagi orang yang noob tentang seni macam aku. macam mana aku nak siapkan assigment lukisan catan ni. tolong !

nasib baik kawan-kawan sekelas aku yang lain pun macam aku jugak. bila lecturer suruh lukis semua dah macam kera masuk kampung haha. entah apa perumpaan yang aku guna tu. makanya aku takda lah rasa ditindas sangat sebab bukan aku sorang jer yang tak pandai. maklumlah kami bukan ambil opsyen seni pun.

ok, cukuplah merepek panjang-panjang. jauh mana pun aku mengeluh, aku tetap kena siapkan kerja yang buat ramlah suruh tu =) rasa macam budak tadika pun ada bila kena mewarna and melukis ni haha. tadika pun tadika la janji aku buat.




lukisan jenis apakah ni? serabai ja kan kehkehkeh. sebenarnya puan ramlah suruh kami lukis 3 corak alam semula jadi dan 3 corak buatan manusia. yang atas tu aku amik corak daun, yang bawah pulak aku tiru corak beg aku, bantal bucuk masyam  dan cover laptop aku. 



yang ni rahmah punya lukisan. aku taktau dia tiru dari mana huhu. mula-mula aku tak teringat langsung nak ambil gambar dulu. sebab tu ada bahagian yang  dah dicolourkan.




tadaaaaa. ni lah hasilnya lukisan rahmah yang dah siap diwarnakan



yang ni pulak hasil tangan nida wahahaha. rasa malu nak tunjuk kat semua orang. aku rasa lukisan budak tadika punya doploh kali lagi cantik dari lukisan aku.


bila dah jadi macam ni tetiba aku terfikir, kenapa lah aku tak masuk kelas seni dari kecik lagi. kalau tak takda lah lukisan aku jadi macam ni. tak padan langsung dengan umur aku yang 21 ni kikiki. nak buat macam mana tak bakat orang kata =)

harap-harap orang tak gelakkan aku lepas tengok hasil kerja aku ni. well, nantikan pulak lukisan catan yang bakal aku hasilkan nanti. entah macam mana la ghopenye nanti. kena practise lebih ni, baru boleh aplikasikan seni dalam pendidikan masa aku nak mengajar nanti walaupun seni bukan lukisan jer aww. antara lain yang aku belajar ialah mencipta lagu. yang tu lagi aku fail mak ngah ;p

jap2 aku nak tanya. antara lukisan aku dengan rahmah mana lagi cantik ek? muahahaha. ok bye!




3 comments:

-syira- said...

syira yg ambik seni dari spm,ppismp smp sekrg pun xpndai2 lukiss lagii..kitorg dh odw buat topeng dah..:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

ieda said...

seni nie luas dikk
kadang2 org x paham
macam akk , org cakap cantik
pada akk alangkah pelik ;)

nida husna said...

jom kita belajar hargai seni =)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers