Sunday, November 18, 2012

orang kampung

Assalamualaikum =)


dah seminggu lebih aku kat rumah. boring gile tak da aktiviti nak dibuat. hari-hari bangun pagi gosok gigi solat subuh lepas tu masuk dapur buatkan sarapan. pukul 11 masuk dapur balik masak untuk lunch. lepas tu lepak depan tv. time petang jalan-jalan takpun kalau anak buah ada kat rumah aku bawa depa ronda-ronda kat kampung naik moto. tu jela aktiviti yang ada. 

tapi satu jer yang best sikit sebab dapat tolong mak aku dekat kebun. setakat tolong siram pokok-pokok mak aku jela. yang lain mak aku tak pernah suruh pun hehe. masa aku baru sampai rumah hari tu benda first yang aku buat ialah round dulu kawasan rumah sebab nak tengok benda apa yang ada sepanjang aku tak balik rumah. maklumlah 2 bulan aku kat bangi tak balik rumah langsung =)


buah kundur. sebelum ni ada jugak mak aku tanam tapi ni yang terbaru la ngehngeh.



timun yang aku selalu petik buat ulam sekarang ni 



yang paling geram dengan pokok cabai ni la. banyak gila buah. kalau time petik tu sampai tak sedar dah penuh bekas hewhewhew. orang kedah panggil cabai yer tuan-tuan dan puan-puan bukan cili :p



kacang bendi pun ada. tapi kalau kat kampung aku orang panggil kacang belendiaq sebab kacang ni kat belendir bila masak muehehe.



ni yang paling aku suka. kacang botol tapi kat kampung orang panggil kacang sireh 



limau nipis pun berlambak-lambak. kalau nak mai la rumah aku =)



serai



daun kucai



daun kesum



limau nipis



limau barli yang aku tak suka :p



buah cempedak di luar pagar 



durian belanda. orang kampung aku panggil durian benggala. entah mai dari mana nama tu pun aku tak tau.


ok dah entry merapu. untuk pengetahuan semua aku sekarang ada dekat pejabat UMNO Pendang haha. kalau kat rumah jangan harap nak boleh update sebab....... nanti aku story. ok bye!



Saturday, November 10, 2012

blogger please help me!!!!

Assalamualaikum =)


hari tu aku pergi HALFEST. tetiba terserempak dengan satu contest. aku dengan kawan-kawan pun join la contest tu. nama contest tu ialah :


Pertandingan FOTO “Like” Terbanyak BoBoiBoy Koko @ Halfest 2012!




gambar ni yang kami pertaruhkan


jadi dengan ini aku dangan rasa rendah hatinya nak mintak tolong  korang semua like gambar kami ni. like sekali jer =)

semoga dengan bantuan korang kami berjaya dalan contest ni. segala jasa baik semua aku ucapkan jutaan terima kasih. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik semua  (^_^)

boleh click kat sini untuk like. tq !

Monday, November 5, 2012

tak sabar nak balik

Assalamualaikum =)


seronoknya rasa bila tinggal satu paper jer lagi. lepas tu cuti sem. best ! . lagipun dah lama aku tak balik rumah. raya haji hari tu pun aku tak balik tau. hari rabu ni dah last paper, hari khamis malam aku naik bas kat hentian kajang. makanya aku akan jadi orang kedah balik selama 6 minggu lebih. bila dah datang sini balik nanti mesti lidah aku jadi keras balik. susah woo nak tinggal huruf Q muehehehe.

aku cakap dekat mak aku nak kerja cuti sem nanti tapi mak aku tak bagi. jadinya aku kena duduk rumah jaga badan jela. lepas tu aku ada plan besaq punya dengan anak-anak buah aku kehkehkeh. plan apakah? tengok la kalau plan aku tu succes aku update la. tapi kalau anak buah aku semua tak nak layan aku makanya tak jadi la plan aku tu =)



besar la sangat kan plan aku ni :p



aku sejak dulu lagi dah memang baik kikiki. rasa nak muntah tak?



dan cute juga. bertambah cute bila pipi macam bola ping pong 



yang hensem ni bukan saya. tapi saya ohsem ! 


kononnya nak beli kipas rainbow tapi bila aku nak beli tak jumpa la pulak. terpaksa fikir props lain hewhewhew. tengok lah macam mana nanti. ok bye!



Thursday, November 1, 2012

cuti-cuti malaysia@ melaka last day

Assalamualaikum =)


sambung lagi update pasal melaka. hari tu rehat kejap sebab tuan blog tengah exam sekarang huhu. nasib baik paper seterusnya hari isnin nanti, jadi boleh ler aku rilex pulak malam ni. rasa tak sabar nak habes exam. tinggal dua paper lagi lepas tu boleh balik rumah yeyeye :p


hari kedua kami kat rumah aminah. macam biasa la pagi-pagi gadis-gadis pilihan masuk dapur tolong mak aminah masak nasi lomak =)



makan time... layan diri jela ek huhuhu



pakar-pakar memasak hahaha.


lepas sarapan kami sambung tidur balik. lepas zuhur kami bertolak balik. sedih gile time tu sebab dah kena balik maktab. rasa macam tak puas lagi jalan-jalan.



suka la gambar haziq dengan aminah ni muehehe. macam tengah berperang besar jer. tapi depa dua ni tak da skandal pun tau. kang tak pasal-pasal perang dunia meletus pulak kalau aku gosipkan depa dua kehkehkeh.



bergambar depan rumah minah. bukti kami dah sampai rumah dia. walhal aku dah tiga kali sampai rumah minah hihihi. kali pertama aku pergi boleh tengok kat sini



sebelum balik kami singgah makan cendol dekat ABC Tanjong. memang best tempat ni. dulu aku dah pernah story pasal ABC Tanjong dekat sini



semua makanan kat sini sedap. semua jenis makanan ada tau. western food pun ada. dah la sedap =)



cendol special. memang betul-betul special la. semua bahan ada dalam tu



lepas tu kami singgah dekat medan depan pantai puteri untuk makan nasi pulak. mak aminah yang sediakan semua hehehe. mula-mula tu kami nak berkelah kat tepi pantai tapi hujan lebat pulak. terpaksa la tumpang makan dekat medan jer :p


pukul 7malam kami sampai maktab. maka tamatlah percutian kami untuk semester. seronok sangat sekali sekala boleh berjalan ramai-ramai macam ni. tahun depan kami plan nak pergi tempat lain pulak. tapi taktau lagi kat mana.

ok bye!



kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers