Thursday, August 28, 2014

nikah aminah

Assalamualaikum =)


minggu lepas hari sabtu sorang lagi classmate aku selamat bernikoh. maksudnya sekarang dan 3 orang classmate aku  jadi isteri orang. yang tengah menaip ni tak tahu la bila haha.

nasib baik kali ni dekat Keramat je. so, kami satu kelas boleh pergi ramai ramai tengok dia nikah. sebenarnya aku tak suka sangat tengok orang nikah. takut terjeles pulak. tapi dah classmate kan, takkan tak pergi :p


aminah halim. sebelum jadi bini orang



orang kata duduk sebelah pengantin boleh ambil berkat sikit. tapi taktau la bila nak sampai berkat tu kat aku hahaha.



classmate lelaki. tak sabar nak tengok depa ni kawen pulak 



classmate yang setia menanti majlis nikah minah :D



yah. akhirnya dengan sekali lafaz aminah dan sah jadi isteri kepada ibrahim. klasik sangat nak uollls kekeke. semoga bahagia hingga hujung nyawa.



kami tengah buat ucapan untuk min min dan ib ib lols. tah pape je. min min dan ib ib



selesai satu majlis. Alhamdulillah


lepas makan kami tinggalkan la minah dengan baim. bagi peluang depa bermanja :p




before balik posing dulu jap. hilangkan jeles bahaha. 



outfit of the day sangat kan. minah dah pesan suruh pakai jubah hari tu. so, kami pun ikut jelah arahan dia.



najwa, nida, juja :D



my classmate and my partner semeja. thanks juja sudi temankan i, duduk sebelah i dalam kelas dari sem 1 sampai sem 8. cayang juja



sibuk apa entah budak 2 orang tu 



kawan baik. eh yeke ni. hmm entah la. tapi kami selalu la hangout sama sama. makan sama sama. ngumpat sama sama. 



lagi 3 bulan nak kawan macam ni. lepas ni tak tahu la. 



my classmate and roommate. nak terbang pi mana tu woi haha



saje kan nak tunjuk jubah hijria home dia tu



location : atas bukit IPG aku. 

tak pernah terfikir nak bergambo kat atas bukit ni. tetiba budak ni ajak. cantik gak view kat atas ni. tapi lawak ah gambo ni. sumpah la rahmah, aku tengok hang dengan tiang masjid tu lebih kurang je. kemain tegak lagi kan.


ok la. buat gaya pegang jubah sikit. good try



the vampire with red jubah. kenapa vampire? sebab dia selalu bersin kalau kena matahari 



yang ni kakyong. emm paling sopan kat dalam kelas aku tu wahaha. please jangan muntah



partner in crime. memang betul-betul crime la sebab paling kuat gaduh. 



classmate blokmate praktikummate. 



:D



tak dapat fefeling macam ni dengan pakwe, dengan rahmah pun jadi la haha



rahmah and fiza


saja buat-buat gelak je ni. sebab aku suruh 



hafiza hawa



siti rahmah. malbari, sebab tu hidung mancung



yang pulak pure jawa. sebab tu hidung kembang sikit haha



macam ni lah pandangan mata vampire


kami syiok dok posing dia kemain lagi dok selfi sorang sorang



tahan nafas, kempiskan sikit perot. ok done !



love this abaya. 



hihi saya kakyong 


rahmah punya request. sanggup panjat kat bukit tu sebab nak aku ambikkan gambo. dia rasa cantik la tu bahaha



malbari vs jawa. pilih la nak yang mana satu. aku jual murah-murah je



fira and fiza. nak jugak buat suwet 2 orang ni

nasib baik hang pemilik kereta CDE mah, kalau CDM dah lama aku lari :p



ingat dah malas nak update blog ni. tapi bila fikir balik sayang pulak. nanti dah lupa nak story kat anak cucu. 

ok bye dari saya yang sopan dan pemalu.



Wednesday, August 6, 2014

raya 2014

Assalamualaikum =)


selamat hari raya !


tahun ni macam biasa. still beraya kat kampung. still single macam tahun tahun sebelum ni muehehe. tapi Alhamdulillah masih happy beraya dengan mak ayah dengan adik beradik. 

raya tahun ni rasa macam matang sikit sebab aku pun banyak buat persiapan raya sendiri. baja raya pun beli sendiri je hihihi. tapi ada juga la yang mak tempahkan :p

tahun ni  kakak kakak aku yang dah kawen semua beraya rumah mertua. abang abang aku pun pagi raya baru sampai rumah. jadi persiapan semua totally aku, kakak aku dengan adik aku yang buat. masak semua kami yang settle kan. rasa lain je tahun ni haha. tapi best je



pagi ahad. awal awal lagi mak dah kejut suruh pergi pasar beli daging. pagi tu juga baru beli barang nak buat kuih raya and kek haha. memang last minit punya plan nak buat kuih raya. kalau ikut aku nak beli kerepek je. tapi mak aku pula cakap tak best kalau tak da kuih raya buat sendiri




ahad tengahari. mak ayah aku dah siap siap nak bakar lemang. awal pulak tahun ni. biasanya petang sikit baru buat



mak ayah aku je pakar buat lemang. kami adik beradik memang fail


hari ahad tu memang full day kerja aku buat kuih raya je. buat 2 jenis je pun. tart nenas dengan almond london. nak buat banyak banyak memang tak la. dengan nak kemas rumah lagi

macam penat je buat preparation raya tahun ni. ni semua pasal cuti lambat lah ni. len kali biar cuti awal sikit, baru boleh prepare betul betul haha. 




menu hari raya. senang buat kek coklat je. paling simple paling senang nak buat. ni pun pagi raya tu juga baru buat hihi.



lemang mak and ayah aku. sedapnyaaaaa. nyesal tak makan banyak banyak hari tu. sekarang dah ngidam balik :(



ni lah hasil kuih raya aku tahun ni. tapi almond london tu tak berapa menjadi sangat sebab coklat tu. tak berkilat macam biasa. sebab aku tersalah masak kot haha

ada gak popia nestum dengan kuih apa tah yang adik aku buat. 4 jenis jela kuih raya kami tahun ni. pastu kami buat kuey teow tomyam. tahun ni kami buat lain sikit dari tahun lepas. biasanya kat rumah aku mesti buat laksa setiap kali raya. idea kakak and adik aku la tu nak makan tomyam pulak. tapi tak da gambar sebab aku memang tak suka tomyam mihihi.

and sebenarnya hari raya pertama aku langsung tak ada gambar. tak sempat pun nak bergambar sebab dari pagi dah masuk dapur. salam cium tangan cium pipi dengan mak aku pun gitu gitu je. punya la sibuk tahun ni sebab kakak kakak yang berpengalaman semua tak ada :D



'Ammar Naufal. anak- anak abang aku je yang ada beraya dengan kami. tapi budak ni bukan boleh buat manja. kasar ada la haha



Darwish Amsyar. macam banyak sangat je muscle dia :p




jeling jeling pulak awis ni. jangan berebut HP mak chaq sudah





raya kedua baru geng perempuan mak chaq balik. yeay !



baju raya kedua depa. dah alang alang pakai cantik mak chaq pun terus bertukar jadi photografer mihihihi



syifa' dan muna =)





adik akmal pun nak jugak =)






Durratul Munawwarah. makin besor anak buah mak chaq sorang ni. tahun depan dah darjah 1 




comel <3 font="">



my beautiful girl, Nur Syifa' Mawaddah



memang trade mark dia. kalau buat peace mesti kepala kena senget haha



sekali dengan badan dia melentok 



=)



OOTD raya day two 



soalan yang dia suka tanya orang " syifa cantik tak? " muehehe. kecil kecil dah pandai perasan budak ni



model mak chaq hehe





gaya tu dah macam tengah berjalan kat karpet merah je haha. tak boleh tinggal dia punya purse tu :D




kali ni dia punya peace tu tak berapa senget sangat la 



emmmm malunye kite. kite memang sopan orangnya





raya ketiga. baru ada gambar mak chaq hehe



masa ni aku pergi beraya kat rumah sedara belah ayah



raya pun tetap kena jadi baby sitter sebab budak sorang ni takleh lepas. suka sangat berlari kat tempat orang ramai.



muka happy je bila orang letak dia kat bawah



mentang mentang dah pandai berjalan, kemain belagak lagi sekarang kalau orang nak dukung dia



raya ke4. ngantuk pun still semangat nak pergi beraya and makan kenduri haha



my mummy kesayangan and muna



sebelum keluar rumah 



=)



kat rumah sedara ayah aku. sapa entah. aku macam tak kenal sangat haha


makan kenduri kat tengah bendang. siksa woi nak masuk pun susah sebab jalan kecil. 


raya ke4 je last aku keluar beraya. raya ke 6 aku dah balik bangi dah sobsobsob. sedih sangat tak puas lagi duduk kat rumah :(

takpelah, nasib baik sempat jugak jumpa dengan semua anak buah aku.


akmal fauzaan.



aqif rayyan


aqif and kakak muna =)



yey! saya dah boleh merangkak. entah entah nanti jumpa dah boleh berjalan dah budak ni



anak buah aku 2orang ni memang suka buat aktiviti paranormal macam ni. kira ok lagi la ada depa 2orang je. kalau masuk sekali anak abang aku lagi la macam nak pecah rumah haha



selamat hari raya dari kami spiderman jadian :p



Aqil Afham



along and aqil. kadang baik kadang gaduh tak ingat dunia



and.... sebenarnya raya kali ni kami sambut dengan family baru. anak abang aku yang kawen tahun lepas. baru je lahir 15 julai 2014. kiranya ini baby ramadhan dan nuzul quran la hihi.

welcome to the world sayang AISYA UMAIRAH. sebenarnya kami satu family sangat excited sebab dah lama tak dapat baby girl. kiranya total sekarang anak buah aku dah 9 orang la ( 6 lelaki 3 perempuan ). cepat besar yer sayang. nanti boleh join kakak syifa' and kakak muna photoshoot dengan mak chaq hehe.

memandangkan tahun ni lagi sorang kakak aku bakal berkahwin, jadi aku yakin tahun depan akan bertambah lagi anak buah aku. harap- harap dapat balance kan bilangan lelaki dan perempuan dalam family aku haha.

ok bye !














kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers