Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak

Assalamualaikum =)

macam tak caya pulak kejap jer dah Ramadhan. raya macam puasa taun lepas baru jer lepas. ngeh3
ok la. sempena ramadhan yang dah menjelma ni aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada sesapa yang buka blog cabuk cap kapak aku ni. semoga kita semua berjaya menjalani ibadah puasa taun ni dengan sempurna :)

dah beli heater dengan sardin. tak sabo nak bersahur. 

Tuesday, July 26, 2011

cuti-cuti malaysia @ Genting Highland ( Part 3)

Assalamualaikum =)

hari kedua kat genting. awal2 pagi lagi kami dah check out. lewat2 sangat takut skyway ramai orang macam semalam. dengan nak main out door theme park lagi. sebab tu kena cepat2. tak sempat gak den beradu kat atas tilam empuk tu lama2. sob3

sebelum check out kami breakfast dulu. 


bubui hotel awana. entah bila lagi aku nak sampai tempat ni. rasa macam tak dah kot. kena explore tempat lain pulak


peace sekali! dok menunggu bas ke skyway ni. kat hotel ni pon sejuk gila woh. sebab tu aku pakai sweater.


yeay. dah sampai pun kat outdoor theme park. tempat yang di tunggu2. nasib baik masa kami sampai ni orang tak ramai lagi. takpayah nak beratur panjang2


macam kat puncak gunung everest pulak. sejuk2. dengan kabus tebal


warming up. naik mainan bebudak jer. hahaha


dok beratur nak naik roller coaster yang pendek tu. nama sebenar dia hape ntah. naik benda ni pon tak macam nak tercabut nyawa aku. seriau. 


sporting akak badut ni. nak naik menda lain macam takleh lagi sebab kabus tebal sangat. apa lagi cari port bergambo jela


muka aku dah hilang dalam kabus. kekekeke


semalam kat paris. hari ni dah sampai london weh. siap dapat naik bas lagi


mahal gile makanan kat London ni. nasi lemak aku makan sampai 7 hengget. nasib baik aku bawak mineral. takyah beli air dah. lepas tu kami makan kat dalam bas ni. best!


tadi kat London. sekarang aku kat New Zeland pulak. hahaha. 

pukul 2.45pm kami dah turun balik. sebab bas nak balik ke KL Sentral pukul 4. kang terlepas naya kami. kesimpulannya Genting ni best la jugak. tapi bazir jugak duit aku sebab aku tak main apa sangat pun. takut punya pasal. semangat nak naik roller coaster jer tapi tak buka pula sebab kabus tebal. rugi2. 
tapi mungkin aku dah tak ke sini kot. lagipun macam tak sesuai kan. ramai ngat orang cina yang bersuka ria. dengan casino lagi. rasa macam kat Hong Kong pun ada. satu lagi aku tak suka sangat tempat ramai2 orang macam tu. hehehe

taun depan kalau ada rezeki nak ke Langkawi pulak . :)


Monday, July 25, 2011

cuti-cuti malaysia @ Genting Highland ( Part 2)

Assalamualaikum =)

lepas check in hotel. pastu dah round2 tengok bilik. semayang siap semua kami keluar pulak nak main kat out door theme park. 

tunggu nak naik skyway dekat sejam jugak. penat woh menunggu. orang beratur kemain panjang. tekezut aku. tak sangka orang berduyun macam ni nak naik skyway. 


akhirnya berjaya jugak. macam ni rupanya skyway dari dekat. hahaha


pengalaman pertama naik skyway. terasa macam burung pulak. huhuhu. terima kasih nawal sebab ada abang sedara yang sponsorkan tiket skyway ni kat kita semua. sekali empat pulak tuh. :p


 
dah sampai ja kat atas ingat naik main kat outdoor theme park. sekali hujan la pulak. kabus pun tebal. takdapat la den merasa naik roller coaster. hihihi. last2 semua nak masuk snow world. bayar 20hengget sebelum masuk :)


muka kanak2 riang. rasa macam kat jepun pulak time ni. ekekeke


sangat seronok. rasa macam takmau keluar ja dari sini


takpayah pergi jauh2 nak merasa salji. pergi Genting sudah. hehehe. sebenarnya masuk dalam ni tak boleh bawak kamera or tepon. tapi kawan aku seludup gak. nak tangkap gambo pon kena sembunyi2 jer sebab ramai pekerja kat dalam ni. kalau nak gambar yang dorang tangkap jenuh la. rm35 sekeping.


dah keluar dari snow world tu kami jalan2 ja kat dalam2 ni. tak sangka kejap jer dah sampai paris. :P


syok gak tengok orang naik boat ni. tapi kami tak naik pon.


budak2 kelas aku. yang pergi ni pompuan ja semua. budak2 laki asyik busy je. susah nak pergi mana2 ngan depa.


nacam best gak tempat ni.tapi tak masuk gak. tengok dari luar je


syok jer tengok orang main.


pergi surau. semayang. pastu mintak la doa banyak2. :)


agenda seterusnya. masuk the pavilion ni sebab nak tengok persembahan Glitz. 


time ni orang tak ramai lagi. kami orang paling awal masuk .semangat punya pasal


boleh tunjuk pentas jer. time persembahan takleh tangkap gambar or rakam apa2. pengalaman pertama tengok persembahan Glitz. best gak. tapi ada jugak part2 yang sensored. biasa la kan persembahan mat saleh. mesti ada jugak pompuan2 menggoda kat atas pentas tu. hilang habes apa yang aku hafal. eceh. sok suci pulak. hahaha

ok jap lagi aku sambung lagi


cuti-cuti malaysia @ Genting Highland ( Part 1)


Assalamualaikum =)

macam tak percaya pulak aku dah pergi dan balik dari Genting. rasa macam baru buat planning ja. ekeke. pengalaman pahit manis sem ni dah berlalu. trip yang seterusnya kena tunggu sem yang seterusnya pulak la. sekarang ni dah ada kat maktab kena mengadap kerja2 yang bertimbun pulak. 
malas nak buat mukadimah banyak2 sebab kepala otak aku sekarang ni tengah goyang2 lagi. tak biasa dengan cuaca kat Bangi ni. panas sangat. maklumla kat Genting kan sejuk giless. :)

meh nak cerita sikit kronologi perjalanan aku dan kawan2 ke Genting
..............
....

tiket bas pon kena show gak. :p


muka hepi dok tunggu train

pukul 8am gerak dari maktab ke UKM Bangi. pastu naik train ke KL Sentral. 


dok tunggu bas ke Genting. excited jer

kami bertolak ke Genting pukul 11am


naik bas ni la. hihihihi


nampak tu? 1st time aku sampai Genting


kami sampai pukul 12. alahai. kejap sangat kat atas bas tu. tak sempat nak tido2

time ni dok menunggu bas ke hotel pulak


yeaaay. dah sampai hotel. macam ni rupanya hotel awana bila tengok depan mata sendiri. sebelum ni search google dulu. :)


minum2 dulu sebelum masuk hotel. sebab time ni bilik kami tengah di kemas. baik betul manager hotel ni. siap belanja air lagi kat kami 12 orang


harga setelah dapat diskaun 50%. kalau tak dapat diskaun tu jangan harap la kan kami nak duduk kat hotel ni. ekekeke


ni la dia manager hotel ni. merangkap abang sedara kepada kawan aku yang pakai shawl pink tu. sebab tu la kami dapat layanan istimewa sikit kat sini. hehehe. 


rupa bilik aku. kami duduk 4orang sebilik. 








view dari bilik. cantik woh. rasa nak duduk kat sini lama2. tak mau pi mana dah. kikikiki


yes. dapat voucher tengok Glitz. mula2 aku taktau pun Glitz tu apa. haha. dah dapat voucher ni sayang pulak kalau tak guna. :)

okla. esok aku sambung part 2 pulak. banyak keje nak kena buat ni. :)

Friday, July 22, 2011

siapa yang arif tentang blog?

Assalamualaikum =)

aku ada satu soalan ja nak tanya??


kenapa blog aku jadi macam ni? asal buka ja mesti keluar macam ni. tak suka. tak suka. baru malam ni ja jadi macam ni. 
sapa bijak dan pandai tolong aku. muahahaha. esok nak pergi genting dah ni. tak tenang nanti teringat blog macam ni. :p


Thursday, July 21, 2011

Jauh perjalanan luas pemandangan

Assalamualaikum =)

menuntut ilmu biar sampai ke negeri cina. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. ha kau? ada paham apa maksud tu? kalau taktau sila rujuk kamus dewan edisi ke 3 muka surat 2011. ok, sila jangan percaya!

seronok la minggu ni. rasa terisi dengan bermacam2 aktiviti. hari isnin pergi Kajang. hari selasa tidur sampai malam. hari rabu pergi warta. hari khamis pergi kajang > singgah pasar seni > singgah KL Sentral. esok petang tak boleh pergi mana2 sebab ada kelas. sungguh tak best. 

teruk kan? bila ada kelas ja mula menggelabah tapi kalau bab2 berjalan memang serah kat aku. sekarang ni aku sedang cuba nak elak dari tidur petang. jiran sebelah rumah nenek aku pesan tidur petang tak elok. nanti badan jadi lemah. probability nak jadi gemuk pun tinggi. uwaaa. bila sentuh bab gemuk ni aku memang tak mau. lagipun sekarang ni kalau aku tidur petang ja mesti bangun tu rasa berat ja kepala ni. tak boleh buat apa2 dah lepas tu. jadi nak elakkan dari tidur baik aku keluar ja. itu yang terbaik.muahahaha

macam biasa la kan. jadual aku hari ni. pukul 8.30am sampai 1.15pm aku memang ada kat kelas ja. tak boleh pergi mana2. petang pulak kawan aku ajak pergi Kajang sebab nak beli tiket ke Genting Highland. beli on the spot takut habes pulak tiketnya. sebab tu kami nak booking awal2. ingat nak beli tiket balik raya untuk aku sekali. tapi hampesss. semua bas yang aku tanya tak keluar lagi tiket untuk raya. 1 Ramadhan baru start jual. kena beli cepat2 tu. kang tak pasal2 kena raya kat Bangi ni pulak. :p

lebih menyedihkan tiket ke Genting pun habes jugak yang awal pagi tu. yang ada pukul 11.30 jer. mak aih lewat bebenor. nanti nak check in hotel bagai lagi. masa mana nak main. so, kami pun tak jadi la nak beli. dengan idea gila kami plan nak pergi KL sentral terus ja. ingat kat sana ada la kan tiket awal pagi. hehehe


nasib baik kat Hentian Kajang ada bas ke Pasar Seni. tak payah susah2 naik train dah

punya la jakun kan. naik bas ni kena beli rabbit kad. bas kat Kedah mana ada macam ni weh. haha

tetiba rasa lagi senang pulak naik bas dari naik train. hang nak pi mana semua boleh kalau naik bas ke Pasar Seni. nak pergi sekolah adik aku pun boleh. nak singgah BTS pun boleh. nak pergi Petaling Street boleh. nak naik bas kat Pudu boleh. hahaha. nampak? gaya orang tak pernah naik bas kat sini. sebelum ni nak pergi mana2 mesti naik train ja. muehehehe. 

aku terasa ayu yang amat. tak pernah2 mai sini pakai baju kurung. ni semua kes malas tukar baju lani. balik ja dari kelas terus keluar :)

sampai ja KL Sentral terus cari kaunter bas ke Genting. nah kau. sekali tiket kat sini pun habes gak untuk sesi pagi. yang ada pukul 11.00am. beza setengah jam ja dari Kajang tadi. mau tak mau terpaksa beli jugak . sapa suruh kami lambat. orang lain dah rembat dulu la tiket tu. kehkehkeh. 



sesi berunding dengan kakak yang jaga kaunter tu. hampeh betol kakak tu. kami nak tanya banyak2 pun takut. dah la muka macam singa. dah tu siap nak marah2 kat kami. apa salah kami.wuwuwuwu. nasib baik aku ni masih berhati suci dan murni. kalau tak dah lama aku sound kakak tu apasal layan pelanggan macam ni. hahaha. siap kak, saya buat aduan la nanti. :)

lepas dah settle semua kami melantak pulak kat The Chicken Rice Shop. bukan sekadar nasi ayam :p

ini bukan aku yang punya. tapi Minah punya

ini aku, Fira and Fiza yang punya

ini pun sama. kami bertiga yang punya.

dengan gaya macam orang kampung masuk bandar aku buat test ni tadi. hahaha. tak pernah di buat orang. masuk ja duit 40sen kat dalam mesin yang ada di sebelah mcD KL Sentral tu.

hasil love test aku. Hot Stuff weh. hahahaha. entah apa2

emm. tak sabar nak tunggu hari sabtu. lalalala

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers