Thursday, August 30, 2012

resepi laksa kedah

Assalamualaikum =)


hari ni aku nak bergaya jadi chef sejenak. ahaaax!

kebiasaannya setiap kali hari raya menu yang wajib ada ialah laksa selain lemang. setakat ni mak aku tak pernah buat ketupat lagi sebab ketupat dah jadi makanan biasa bagi family aku. hari-hari biasa pun mak aku buat ketupat. tapi kalau lemang memang kena tunggu raya la, hari lain ayah aku malas nak pergi cari buluh huhuhu.

ok, berbalik kepada cerita laksa tadi sebenarnya aku nak buat tutorial sikit macam mana nak sediakan laksa kedah. yelah, aku kan orang kedah. orang kedah pandai makan laksa kedah je =) sebenarnya bukan buat laksa tapi kuah laksa lah hahaha. kalau nak laksa boleh beli terus kat kedai. balik tinggal nak rebus ja. tapi takpelah, aku nak guna istilah laksa gak

yang aku nak tunjuk ni bukan laksa yang kami buat untuk raya. kalau untuk raya awal-awal lagi dah habes. aku pun tak sempat nak makan hehe. nak cakap kata sedap lettew ! 

bagi menebus semula rasa kecewa tak sempat makan laksa yang kami buat untuk raya, jadi dengan rasa teringin dan mengidamnya aku buat la sekali lagi. maklumlah bila datang bangi susah dah nak makan laksa macam kat kedah hehe. walhal kat sini ada ja laksa kedah. tak cukup dengan laksa kedah, laksa johor peneng semua ada. hebat kan! laksa pun ada macam-macam versi.

dah-dah. terpanjang pulak mukadimah aku hari ni. jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian, mari kita meneroka ke dapur masterchef nida sekarang muehehe.


bahan-bahan yang diperlukan :-

* sekilo ikan kembung @ temenung-  kalau tak sekilo pun ikut suka la nak guna banyak mana pun

* 20 batang cili kering- kalau nak pedas boleh guna lagi banyak

* 4 ulas bawang besar- pastikan yang bersaiz besar, kalau sederhana boleh guna 5 or 6 ulas

* 1- 2 batang bunga kantan- aku guna sebatang jer sebab saiznya dah gedabak besau

* daun kesum- suka hati nak letak banyak mana pun

* garam

* asam keping

* kalau nak lagi sedap boleh guna sikit ajinomoto- family aku tak guna untuk masakan lain kecuali laksa


cara menyediakan :-


step pertama : mula-mula rebuskan dulu ikan kembung. masa rebus ni letak sikit jer air, just bagi tenggelam sikit-sikit ja ikan-ikan tu. lepas tu masukkan beberapa keping asam keping dengan sedikit garam. time ni aku masukkan dalam 6 keping asam dan dua sudu besar garam.

- tunggu sampai ikan masak dan biarkan sejuk sekejap -


step kedua : asingkan isi ikan dengan tulang ikan. letak dalam bekas berbeza



tulang ikan



isi ikan. pastikan tak da tulang yang tersesat sekali dengan isi ikan ni



satu aku nak pesan. pastikan korang tak buang air rebusan ikan tadi sebab air tu boleh digunakan untuk proses buat kuah laksa ni. caranya ialah korang tapiskan air rebusan tapi sebab takut ada tulang-tulang di dalamnya then masukkan terus kedalam periuk.



step ketiga : blend isi ikan. sila abaikan tangan manusia yang montok tu kahkahkah.


step keempat : masukkan isi ikan yang diblend ke dalam periuk yang dah ada air rebusan tadi. 



step kelima : blend tulang ikan pulak =) 



step keenam: masukkan tulang yang dah di blend sekali dengan isi ikan tadi. tapi pastikan ditapis ler sebab mesti ada lagi tulang yang tak hancur. kang tak pasal-pasal semua orang tercekik tulang plop 


- bila dah selesai step satu hinggan enam, boleh ler korang letak periuk atas dapur. guna api sederhana-

step ketujuh: bila periuk dah kat atas dapur, time ni lah korang boleh campakkan bahan-bahan yang lain. mula-mula masukkan 4 biji bawang besar yang dah diblend, then masukkan cili kering yang diblend jugak. lepas tu masukkan bunga kantan( aku koyak-koyakkan kelopak, bukan masukkan sebatang terus huhu ), daum kesum, asam keping( aku guna 10 keping) ajinaikmoto dan garam secukup rasa. 


tunggu lah dalam 20 minit (aku main agak jer ni). kalau korang dah puas hati maksudnya dah masak ler kuah laksa korang. suke tak? kekeke


bila dah siap boleh la makan dengan gelojohnya haha. tapi jangan lupa rebus laksa dulu (^_^) ooops!  jangan lupa potong bawang besar, timun and salad untuk eksesori. nak lagi advance masukkan sekali petai mentah macam aku selalu buat kakaka. sedap! 

terlupa pulak aku nak ambil gambo hasil laksa yang aku buat ni. bila mangkuk dah licin baru teringat huhu. apapun selamat mencuba !

bubye!






12 comments:

E'in said...

e'in xpenah mkn laksa kedah nie.. huhu

nida husna said...

meh la rumah kite e'in. kite boleh masakkan heehe

Anonymous said...

Salam Cik Puan,

sya nak minta izin nak print tutorial buat laksa ni.

makasih.
Manminatlaksa

Anonymous said...

da try..n hasilnya sedaapppp

Kenari Putih said...

best laksa... nak masak laksa yang paling renyah bab perisi ikan dan dansiang ikan.. nak makan laksa lagi senang kalo beli.. hahaha... nak buat sendiri banyak step, tapi kalo mak kita buat kita repeat berkali2 sebab free, hihihi

Anonymous said...

sy dah cuba resepi ni..mmg sedap..tima kasih nida husna

Anonymous said...

resepi ni x payah letak belacan ek? coz tgk dari resepi lain ade letak belacan tau...komen ckit sbb klau xade bagus la coz sy mmg xmkn belacan.

Nida Husna said...

Kalau saya buat laksa mmg xpenah letak belacan. Rasa pelik bila letak belacan hehe

Normah Jiman said...

Will try later.. my daughter's favorite

Normah Jiman said...

Will try later.. my daughter's favorite

pemeliharaan mesin said...

Kak asyik kalau kasi rasa lengkuas dan bayang serai

Azlena Lena said...

sedap....nk cubalah

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers