Thursday, August 9, 2012

seni dalam pendidikan

Assalamualaikum =)


aku dah cakap aku ni tak pandai langsung melukis  apatah lagi nak mewarna. tapi memandangkan semester kami kena ambil subjek seni makanya aku kena jugak melukis dan mewarna. dah la kena buat untuk assigment. jadi kalau rasa nak dapat markah tinggi mesti kena buat cantik-cantik huhu. apapun hentam saja lah. dah nama pun tak pandai melukis macam mana nak bagi cantik kan.



cubaan pertama, rasa macam nak koyak-koyak buat ayaq asam kikiki. budak tadika buat lagi cantik aku rasa



cubaan kedua. yang ni aku rasa puas hati sikit la. kononnya nak terus hantar yang ni jer, tak sanggup aku nak buat yang lain. tapi sayangnya puan ramlah telah mereject lukisan ni sobsobsob. puan ramlah kata dia tak nak lukisan macam ni sebab terlalu banyak ruang kosong. jadi aku kena tambah design lagi kat belakang tu. merajuk punya pasal terus aku buang lukisan ni haha tipu jer =) mana boleh buang, hasil dari tangan aku ni walaupun aku rasa macam ada something wrong dengan meja dia. senget semacam ja =)



cubaan ketiga baru siap 10 minit lepas. cantik tak? aku rasa nak hantar yang ni ja kot. tu pun kalau puan ramlah tak reject lah. kalau rajin aku buat la yang lain, lagipun hantar lepas raya.




aku tiru lukisan ni lah. entah sapa yang lukis ni sebab aku ambil dari google jer. jauh beza kan dengan lukisan aku tu huhuhu.


lupakan pasal lukisan, esok aku balik rumah. yeay ! lepas tu kena fikir nak cipta lagu pulak untuk assigment subjek ni jugak. jenuh la aku ;p

ok bye !



1 comment:

Misz Mieza said...

Dah dekat nak sama dah tu lukisan yang last tu.. Cantik jer.. =)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers