Wednesday, August 29, 2012

all about RAYA 2012

Assalamualaikum =)



tetiba terasa rajin pulak nak update pasal raya. hai-hari buka dashboard orang lain dah ramai yang update, mungkin aku je kot yang ketinggalan. ingat dah malas nak update tapi bila fikir-fikir balik, nanti macam mana aku nak story kat anak-anak aku kalau tak da dalam blog huhuhu. besar nikmatnya ada blog ni tau, bila teringat something boleh view balik post yang lama-lama dulu =)

btw, raya tahun ni agak memboringkan bagi aku sebab adik-beradik aku yang dah kawen semua beraya kat rumah mertua depa, makanya sunyi lah rumah aku dipagi raya kalau tak da suara tangisan anak-anak buah aku huhu. 

selalunya kalau kami cukup 9 beradik, mesti pagi-pagi lagi dah kecoh berebut bilik air, ada yang baru sibuk nak iron baju tapi raya tahun ni semua macam cool jer. tapi tak da lah sampai hilang mood raya aku hehe. raya tetap raya beb !

pagi-pagi lagi aku dengan kakak and adik aku yang still bujang ni masuk dapur then siapkan mana yang patut. walaupun kami tiga beradik ja yang bertungkus lumus kat dapur tapi menu raya tetap meriah kehkehkeh. tahun ni kami buat laksa, kuih raya ada la 5 jenis kami buat. tambah lagi dengan kerepek-kerepek yang kami beli tapi semua tu tak sempat pulak aku nak ambil gambar sebab tak sempat. konon je tu hihihi.



lepas sembahyang raya kami berkumpul kat rumah lepas tu mula la adegan tangkap-tangkap gambar dua tiga keping =) oh ya, sepatutnya abang cik aku pun ada beraya dengan kami tapi time kami bergambo dia takda pulak. yang aku tau tengahari tu dia dah terbaring kat dalam bilik sebab tak sihat. kesian huhu.




mak and family abang chaq aku. depa ni pun pagi-pagi raya baru sampai rumah. tu pun lepas salam-salam cium-cium dengan adik beradik yang bujang ni terus keluar pergi beraya.



budak gediksss dihari raya. memandangkan raya pertama aku tak pergi mana-mana sebab kena tunggu tetamu datang rumah, mula la aku nak try macam-macam fesyen tudung haha. saja mengada pakai shawl, kalau nak keluar rumah pakai macam ni memang takkan la. aku tak confident!




tukar style lain pulak. ini memang menggedik dihari raya namanya ! huhu. kakak aku pun dah tukar tudung lain


tu jelah cerita raya aku dihari raya pertama. dari pagi tunggu orang datang rumah sampai malam. gaya macam sibuk sangat je kan walhal mak ayah aku yang menyambut tetamu. aku cuma hidangkan makanan jer ;)  



ni cerita hari raya kedua pulak. raya kedua lagi ramai kawan-kawan mak ayah aku datang rumah. yang tudung purple ni tetamu mak aku




bila dah takda tetamu datang rumah giliran kami pulak pergi beraya. hari raya kedua baru best sikit sebab kakak-kakak aku yang dah kawen semua dah berkumpul kat rumah. best ! oh ye, ni kat rumah paklang aku. sekejap jer datang beraya kat rumah paklang aku ni sebab ada tetamu special nak datang rumah (^_^)




along and muna. orang suruh makan kuih raya depa sibuk nak makan manggis 



ni lah tetamu special yang aku maksudkan. jauh depa datang dari berlin. huhu i mean baling,kedah



memandangkan depa tetamu special, jadi makanan yang dihidangkan pun kena special muehehe. special lah sangat kan !




suka gambar ni =)



thanks you sebab datang rumah i :p



raya ketiga kami teruskan aktiviti kami macam biasa. bangun pagi gosok gigi, sarapan lepas tu keluar beraya tapi gambo tak da sebab terlupa bawak kamera  hehehe. yang penting dah aku berbalas kunjungan ke rumah tetamu dari baling tu. first time pergi rumah dia =)

ok, tamat sudah story raya aku tahun ni. semoga panjang umur dapat jumpa lagi raya tahun depan. bye!




No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers