Friday, March 30, 2012

cendol bakar sabak bernam

Assalamualaikum =)

dulu-dulu aku tak suka sangat makan cendol. sejak dua menjak ni ja pantang nampak cendol mesti nak makan. tapi takda la mengidam sampai meleleh air liur mak ngah =)

kisahnyer masa aku, minah and fira on the way dari kl nak pergi rumah fiza kami terserempak dengan gerai cendol bakar. mula-mula kami dah nampak iklan gerai ni lebih kurang 500m sebelum tu. masing-masing excited tapi tak rasa sangat pun nak berhenti. sekali tengok kat gerai tu punya la ramai orang so, kami bertiga pun teruja la nak rasa dia punya cendol.



punya excited nak makan cendol bakar. tak pernah aku makan cendol yang dibakar sebelum ni. tambah pulak orang ramai gila. paling special sekali kita beli lepas tu boleh tambah lagi. mana nak dapat benda free macam ni



nak beratur tunggu turn pun punya la lambat. nasib baik masa kami sampai ada lagi satu meja kosong. kalau tak, tak dapat la den merasa cendol bakar.



layan diri tu maksudnya boleh ambil sendiri kuih-kuih yang ada kat gerai ni. bukan layan diri buat cendol yer



pemurah betul encik bakar ni. sekali baru aku perasan rupanya bukan cendol tu dibakar tapi cendol yang dijual oleh bakar hahahaha. ok, aku tertipu dengan propaganda encik bakar!



apron pun kemain lagi " house of cendol"



ni la rupanya cendol yang mati-mati aku ingat betul-betul dibakar. boleh tahan la jugak rasa dia tapi tetap tak boleh lawan cendol yang aku makan kat melaka hari tu. tapi santan dalam cendol ni memang kaw-kaw punya pekat la. mula-mula aku makan rasa manis nak mampos so, aku pun pergi la refill ais lagi. nak refill cendol lagi memang tak la. makan semangkuk tu pun dah kenyang.


ok babai



Thursday, March 29, 2012

pbs : outdoor aktiviti

 assalamualaikum =)

sepanjang seminggu kat Sabak Bernam, banyak jugak la aktiviti yang kami buat. tiap-tiap hari lepas balik sekolah mesti keluar jalan-jalan. cuma hari first je kami tak keluar sebab semua tidur tak ingat dunia haha. saja mengantoikan diri =)

rasa macam tak puas seminggu kat sabak bernam tambah pulak orang-orang sabak bernam yang very friendly especially family fiza. i like them much!

nak bagi senang sikit meh aku cerita satu-satu apa yang kami buat. ceit! tetiba rasa skema bila buat entry ni. taktau nak buat ayat macammana lagi ngehngehngeh.


pekan sabak bernam


tak puas shopping kat sini. setiap kali datang mesti ada barang nak dibeli. betul la orang cakap sabak bernam is the best place untuk shopping murah-murah.


kat sini pun ada tempat nak ber"romantik" awww. ok tipu ja


homestay sungai haji dorani



sebelum ni aku dengar nama homestay ni kat tv ja tak sangka aku dah sampai sini. memang betul-betul cantik ah kawasan kat homestay ni. tapi tak sempat pulak aku masuk check kat dalam homestay tu. orang sini cakap homestay ni memang sentiasa penuh.

terpegun kejap dengan permandangan kat kampung sungai haji dorani. patutla orang selalu berlakon kat sini.

satu lagi aku betul-betul nak kenal la sapa Haji Dorani yang sebenarnya. kalau datang sabak bernam ni nama dia memang sangat famous amos la. kawan aku yang 21 tahun tinggal kat sabak bernam pun taktau sejarah Haji Dorani.


dinner dengan family fiza


aku pun tak ingat nama restoran ni tapi dekat jer dengan rumah fiza. dalam 5 minit macam tu kot. tq mak cik Rahmah and pak cik saimin belanja kami



yeaah. aku dah ada family angkat kat sabak bernam. tetiba iktiraf diri sendiri jadi anak angkat pak cik saimin. kalau fiza tau mesti dia kata aku perasan kekeke. 


rumah aziera


first time dapat pergi rumah aziera. sebelum ni kenal gitu-gitu jer kat maktab. nak sembang rancak-rancak memang takla sebab dia dok kelas lain. last-last PBS sekali baru ku tahu rupanya dia kecoh juga orang ja kikiki. best awww pi rumah dia dapat makan mee bandung.



kalau nak kenal mana satu aziera senang jer, cari yang senyum paling lebar tu hahaha. sapa-sapa yang nak cari homestay kat sabak bernam ni boleh jugak call parents aziera sebab rumah dia pun homestay jugak.


pantai sungai nibong


kononnya fiza nak bawak kami cari mentarang. mentarang apa macam ni. air dia punya la ganas masa ni. nebes aku!



nampak ja cantik tapi bahaya wooo kat sini



marina park

lepas pergi sungai nibong kami pergi marina park pulak


menunggu nelayan balik dari dari laut


menikmati burger yang kami beli kat sungai nibong



tempat ni memang cantik. secantik gadis-gadis di atas. muahahaha



baru aku perasan azua baru muncul dalam gambar ni



gaya model yang kurang kualiti, takpe asalkan dapat menikmati keindahan alam kat sini =)


minah tengah layan mood jiwang sambil tunggu fakhrul kat udara haha. tak pasal-pasal minah sekeh aku nanti


ok babai



Tuesday, March 27, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah sem 3 : part 2

Assalamualaikum =)

sambung lagi pasal PBS kali ketiga kat SK Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. aku rasa PBS kali ni paling best. penuh dengan gelak ketawa dan gurau senda huhu. kalau aku dapat posting kat sekolah ni kompom aku tak menolak. memang best sangat.


ustazah-ustazah pilihan =)


sepatutnya kami rancang lima orang jer nak pergi sekolah ni. pastu aku tak sangka pulak ada lagi budak maktab lain yang pilih sekolah ni.semua amik Pengajian Islam :)



sesi beramah mesra dengan students. budak-budak ni sedih kot kami pergi seminggu jer kat sekolah tu hahaha.



with cikgu-cikgu yang baik semuanya =)



yang berdiri sebelah aku tu guru pembimbing kami. dia baik ngaaat. yang duduk kat bawah tu dari kiri PK HEM, Guru Besar, PK koko and PK 1. depa semua sangat-sangat sporting =)



azira, azua, fira, minah, fiza, nida, nadea



jangan tengok kami. sila tengok necktie yang budak cute 3 orang tu pakai. aku taktau la sapa yang buatkan kehkehkeh.



model tak berbayar. paksa student tangkap gambo kami


dalam sekolah ni ada sampan wooo



habes tak da tempat nak posing. nasib baik ada student yang layankan kami haha.



bajet la wei hohoho.



kami tak sayang najib. gooo 1 malaysia



sikit-sikit gelak. tu jer kerja kami muahahaha.



sekolah ni baru dapat jadi sekolah lestari, so kami bertujuh kongsi duit belikan pokok limau nipis and limau kasturi untuk sekolah ni. harap-harap lebih lestari la SK Sungai Haji Dorani lepas ni.



paling best kat sekolah ni ada Ally Iskandar. tak sangka pulak Ally Iskandar masuk sekolah balik. tapi aku tak sempat pun jumpa dia. kalau tak boleh mintak autograf muehehehe.


ok bai




Saturday, March 24, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah sem 3 : part 1

Assalamualaikum =)

yeah i'm coming setelah 2 minggu tak buka langsung blog aku ni. seminggu cuti mid sem seminggu kena pergi sekolah. paling menyedihkan assigment yang belambak tu satu pun aku tak sentuh lagi. nampaknya tak insaf lagi aku sem ni kikiki.

okeh lupakan assigment kejap. esok balik maktab aku start buat la. sekarang aku nak story pasal PBS dulu. untuk sem ni aku pergi ke sekolah SK Haji Dorani, Sungai Besar Sabak bernam and my classmate Fiza Hawa pulak yang jadi tuan rumah. semua dah merasa jadi tuan rumah tinggal aku jer lagi yang belum. insyaAllah kalau sem depan umur aku panjang lagi maybe buat kat rumah aku pulak

btw, aku rasa PBS kali ni memang sangat-sangat happening. cikgu-cikgu kat sekolah semua best. pendek kata aku tak rasa kekok langsung la. macam sedih pulak PBS dah habes sobsobsob.


pagi-pagi sampai kena pergi perhimpunan dulu. teringat memori kat sekolah rendah dulu huhu.


perhimpunan memang tak lari dari hidup aku. kat maktab pun ada perhimpunan awwww.


sesi berkenalan dengan budak-budak pra. dulu aku tak masuk pra but PASTI !


masuk kelas ganti cikgu cekgi yang ada kerja lain.


majlis anugerah nilam. muka bosan sorang-sorang last semua buat bising



murid-murid and cikgu-cikgu



ustajah yang datang PBS pun kena duduk dalam dewan jugak :)



first time datang PBS ramai macam ni. kami rancang empat orang jer tetiba jadi tujuh pulak. ajaib! 

ok. nanti aku sambung lagi. bai



Friday, March 9, 2012

jamuan kelas di restoran Al-Sinni Bangi

Assalamualaikum =)

hari ahad lepas aku and semua classmate aku buat jamuan kat restoran Al-Sinni, Bangi. dah lama plan nak buat jamuan kelas kat luar akhirnya terlaksana jugak. restoran ni dekat jer dengan maktab aku. kalau jalan kaki pun boleh sampai tapi jenuh juga la nak berjalan tu. kat restoran tu ada steamboat and BBQ. memang kami pilih makan steamboat pun. sebab tu pergi restoran Al-sinni. 

jamuan start pukul 6.30 petang sampai kami semua kenyang kaw-kaw. nak makan kat sini kena bayar sorang rm19.90 kalau tak silap aku la lepas tu boleh makan apa saja sampai perut buncit. tak da limit masa kau nak makan berapa jam pun.


restoran yang simple. owner restoran ni kata pengarah maktab aku selalu makan kat sini =)


budak-budak laki kelas aku.


selain stemboat, makanan tambahan lain pun ada. yang paling best ada ice cream :)



baru starting




comel bintang tu.padan muka dah kena gigit-gigit sampai lumat dengan aku


sebelum makan owner restoran ni dok mengajar kami makan pakai chopstik,time aku nak amik gambo dia terus dia mengelak ngehngehngeh. apapun uncle ni amat sporting. suka i


masing-masing tak guna pun chopstik tu. payah sangat nak makan



semua bajet haha.

makan jangan tak makan


lepas masing-masing dah kenyang kami main tukar-tukar hadiah pulak

jai dapat hadiah aku. fiza dapat hadiah dari jai


minah dapat hadiah daus


nor dapat hadiah nawal yang bakal jadi bini orang minggu depan


bakal ustaz dan ustazah PISMP 3.01


sayang classmateku. lepas ni kita pi berbasikal kat taman botani pulak yer =)


aku dapat hadiah jue. i like this book walaupun orang indon punya bahasa. thanks jue.



pesanan comel dari jue. sory jue. buat masa sekarang aku malas lagi nak baca buku ni. hari tu aku cuma sempat baca dua tiga mukasurat ja. tunggu aku hantar semua assigment dulu baru aku khatam buku ni hihihi.

dah la tu. aku lapar gila time buat entry ni. so aku tak boleh tengok makanan lama-lama. rasa macam nak gigit ja laptop aku ni huhu. malam ni aku balik kampung. cuti seminggu lepas tu kena pergi sekolah kat sabak bernam. k babai



kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers