Saturday, March 3, 2012

pertandingan bola jaring

Assalamualaikum =)

setelah sekian lama aku tak jejak kaki ke padang, tadi buat pertama kalinya dalam sem ni aku pergi padang sebab ada hari sukan batch PISMP sem 3. kalau tak kerana aku kena main bola jaring kompom aku tak turun hari ni haha.  spesis malas bersukan macam aku ni kena tunggu ada competition baru nak bersenam. 


team bola jaring kelas aku. kat dalam gambar boleh la belagak pro tapi bila lawan asyik kena belasah ja kikiki. maunya tak kena belasah, kami mana ada latihan macam orang lain. hari ni terus turun padang lawan dengan kelas lain. aku ni pulak dah la seumur hidup tak pernah main bola jaring. 5 minit sebelum game start baru kawan2 aku dok bagi briefing sikit2 pasal rule bola jaring hahaha sadis gila.


baru lepas kena belasah 13-0 dengan budak2 TESL. time ni dah ada semangat sikit sebab ada lagi satu game. aku pulak dari WA kawan aku suruh tukar jadi C hahaha hentam sajala. kami main ni just suka2 sebab setiap kelas kena hantar wakil. cuma kelas lain jer macam fight habes-habesan  nak memang hadiah hamper tu muahahaha.



yeah. kami dapat bersuka ria hari ni =)



budak kelas lain dok aja-aja fighting



kami boleh balik awal sebab dua2 game kami kalah haha. nasib baik game kedua kami kena belasah 2-0 jer. okla tu walaupun kami langsung tak da pengalaman main huhu. lepas ni kena tiap2 petang kena pergi practice kat padang baru boleh pecahkan telur ayam tu =)


esok nak pergi gathering kelas pulak. babai


1 comment:

♥AieN ChoiN♥ said...

13-0 yunx??..yup,netball best kan..time dulu2 sy jadi GS..hehe.. :)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers