Sunday, October 30, 2011

semoga mendapat haji yang mabrur mummy daddy

Assalamualaikum =)

cuti seminggu dah habes. sekarang aku dah ada kat maktab balik. my real life. ah benci gila aku pagi2 kena bangun gosok gigi. cuci muka. mandi awal. lepas tu hari isnin ada perhimpunan. kalau hari biasa pukul 7.45 dah kena masuk kelas. pukul 1.15 baru boleh balik. sebijik macam budak sekolah. nasib baik ni minggu last kena masuk kelas. minggu depan kena hadap exam pulak. benci2. nak berenti belajar sekarang boleh? muahahaha. jangan harap la oi. 

lama pulak rasanya aku tak update blog. malas punya pasal la tu. dulu sebelum balik cuti aku hantar laptop ke hospital. saja nak cuci2 penyakit yang ada. sekarang laptop pun dah ok. penyakit pun dah tak da. suka2. 

banyak story yang dah terlepas tapi malas dah aku nak update kat sini. balik cuti hari tu aku hantar mak ayah aku pi haji kat kompleks haji Kelana Jaya. sepatutnya mak aku mintak nak naik kat Bayan Lepas. sekali kena naik kat KLIA. ok la tu. janji dapat pi. memang dah lama mak ayah aku berhajat nak pi Mekah. Alhamdulillah tahun ni termakbul jugak impian mak ayah aku.

pukul 6 dah kena berkumpul dekat kompleks haji Kelana Jaya. ramai gila orang. 

anak2 buah aku. mula2 kaco gak sebab kena bangun awal. tapi bila dapat je belon sorang satu terus hepi.

 adik awis.anak buah aku yang paling bongsu
*mah, aku pinjam gaya hang sat.huhuhu. 

dari gelap sampai ke cerah tak habes2 dengan belon ni. aku pangge pun dah tak layan ni

abang ipar aku dengan anak dia yang last.

mak dengan adik aku. 

anak kesayangan mak aku. ekeke. dah start buat drama korea dah time ni. sedih wooo kena tinggai dengan mak ayah aku. lama pulak tu

last aku jumpa dengan mak ayah aku pukul 8.30. depa bertolak dari KLIA pukul 12.30. pukul 8mlm sampai di jeddah. excited gila dapat msj dari mak aku yang depa dah sampai. semoga mak ayah aku selamat ja kat sana sampai depa balik 7 disember ni. 

lepas tu kami pi tesco kajang sat. dah alang2 nak pi kat adik aku kat SMAP Kajang. adik bongsu kan. kena layan lebih sikit. kalau ikut kami nak balik terus lepas hantar mak ayah aku. tetiba adik kami ni call suruh pi kat dia. so, kami sebagai kakak2 dan abang2 penyayang singgah la kat dia dulu.

riuh gila anak2 buah aku ni. gaya macam kat rumah depa ja. time ni kami dok menunggu adik aku habes kelas.

untungla anak2 buah aku ni ada mak2 sedara ramai. boleh nak melayan. kalo dengan orang lain ada macam ni??

ok la. aku stop dulu. terus down petang ni ada kelas b.arab. sob3



Sunday, October 23, 2011

aku hepi. Alhamdulillah

Assalamualaikum =)

cuti deepavali seminggu. yeay. pagi sabtu aku dah selamat sampai kat kampung halaman yang tercinta. best doh dapat jumpa family aku. anak2 buah pun semua ada. tapi sekarang aku ada kat port dickson. kejap jer balik rumah. sakit montot duduk atas bas pun tak habes lagi dah kena mai sini balik. huhuhuhu

hari selasa ni mak ayah aku nak pi Mekah. Alhamdulillah rezeki mak ayah aku dapat taun ni. tapi sedih la pulak nak berpisah lama dengan mak ayah aku ni. sedih2 pun nak buat cena. takkan nak halang depa kot. :)

dulu aku pernah cerita entry sedih aku kat sini .  Alhamdulillah aku dah berjaya. best2. kalau aku cakap mesti hangpa gelak punya. malu nak cakap apa yang aku hepi sangat ni. muahahaha. actually aku baru lulus test JPJ hari jumaat lepas. dah dapat lesen keta dan moto. moto aku amik sekali ja. yang kereta ni haa problem sikit. first time aku test dulu aku fail kat parking. tu yang frust gila tu. nasib baik yang kedua ni lulus gak. kalau tak memang tak amik lesen dah aku sampai ke tua. ekekeke

dah ada lesen tak sabo pulak aku nak kebas keta abang2 n kakak aku. tapi tak berkesempatan lagi nak bawak. dok gian gila nak bawak keta ni. hahaha. gila. orang lain dah dapat kompeten aku baru nak pegang P. dari dulu lagi asyik dok sebut nak ambil lesen. tapi malas punya pasal umur 20 baru nak ambik. tu pun sebab kawan2 kelas aku pakat dok bagi semangat. kalau tak sampai sekarang la tak da lesen aku ni. terima kasih yer kawan2 ku. i lap u all. :)

oklah. penat duduk dalam kereta 8jam dari kedah ke port dickson tak hilang lagi. nak titoo pulak. bubbye. 









Sunday, October 16, 2011

ramai jugak yang dok search pasai game yang menghina agama Islam

Assalamualaikum =)

sejak akhir2 aku check nuffnang aku ramai pulak yang dok search pasai angry bird. ni semua angkara aku pernah buat entry pasal angry bird la tu. kalau nak tengok click kat sini :)
memang ramai yang prihatin pasal isu ni kan. mau tak nya. game angry bird tu kan ramai peminat. termasuk la aku. muahahaha

banyak yang dok search pasai angry bird. 

sebenarnya bukan angry bird ja yang dok hina islam. banyak lagi wei. kita kena sentiasa alert la. lagipun bila fikir balik orang yahudi ni kalau buat game ni takkan la untuk hiburan semata. mesti ada agenda depa yang tersembunyi. jahat betoi kan. kita pulak yang dok main ni layan ja kan. betol dak?? :)

tadi aku terserempak dengan satu blog. dia ada senarai game2 yang menghina islam . kalau nak tengok boleh check sini .. takpun kat sini 

ok . babai

Saturday, October 15, 2011

malam pesona mahabbah ipg kpi

Assalamualaikum =)

benda lama baru aku nak update hari ni. nak exam ni. malas gila nak study. apa nak jadi dengan aku ni eh. taruk betoi. hari selasa lepas kami ada malam pesona mahabbah untuk student yang tinggal kat kolej kediaman jer. yang dok kat rumah sewa tak termasuk ek. sebelum ni kami buat untuk pompuan semua ja. tetiba taun ni campur pulak dengan budak2 laki sekali sebab buat sekali dengan majlis persaraan ketua kolej kediaman. Encik Mohd Zin. dulu beliau ni ketua Disiplin dan rekod. selalu ja aku ngutuk2. besala la kan dah nama cikgu disiplin memang tegas sikit. aku pun tak suka la orang tegas2 ni. sekali dia dia dah nak pencen tetiba sedih pulak aku rasa. wuwuwuwu. Encik Mat Zin. tolong jangan pencen sekarang :p

entry dimulakan dengan gamba yang tak da kena mengena dengan cerita ni. beliau kat sebelah tu roommate aku. dah lama rasanya tak bgambar dengan beliau. sebab tu aku upload gak gambar ni.

dah habes dah masa ni. malas ah aku nak upload gambo banyak2. yang ada muka aku sudah. yang dari kiri tu tau la kan sapa. sebelah aku yang pakai niqab tu cik siti.yang dua orang kat tengah2 tu warden kami. yang kanan sekali rommate cik siti merangkap jurusolek beliau. hahaha

aku tengah bergambar dengan dak Queen of the night. sepatutnya tema kami malam ni padang pasir. tapi aku tak layan aih semua tu. janji aku pakai baju. muahahaha

tahniah la kat cik siti aminah wan kembang sebab dapat naik pentas malam tu. memang impian hang kan?? hahaha. maunya tak menang. dia sorang ja yang beria malam tu. hahaha
cik siti, teruskan eh pakai niqab tu. cun pulak aku tengok. kalah jiran aku yang pure arab tu :)

ok ah. aku tidoq dulu. 

hudoh pulak aku tengok watermark tu. serius menyesal gila aku letak. hahaha




Thursday, October 13, 2011

pameran literasi bahasa melayu 2011

Assalamualaikum =)

semalam budak2 batch aku buat satu pameran Literasi Bahasa Melayu. kami semua ambil woo subjek tu. kami buat pameran ni pun ada markah. pameran ni memang termasuk dalam pro forma sem ni. :)

best gile pameran ni semalam. walaupun letih sikit la nak buat persiapan semua. tapi berbaloi la bagi aku.

ni malam sebelum pameran. malam2 pun kena pi kelas woi. nak buat persiapan punya pasal.kelas aku pun dah macam tongkang pecah dah. hohoho

ni pelan kedudukan kelas dalam dewan. budak batch aku semua ada 14 kelas. macam2 course ada. minggu tu maksudnya tajuk yang setiap kelas kena buat. semua berbeza. takkan nak buat pameran benda yang sama kan setiap kelas. tak best ah :)

pameran literasi bahasa melayu

ni budak kelas 2.03. kalo tak silap depa punya tajuk penulisan mekanis kot.

semangat budak kelas 2.05 ni. sampai luar dewan depa punya aktiviti. depa punya tajuk penyerapan dalam pendidikan jasmani.

ni bebudak 2.06. depa buat tajuk apa entah. tak sempat aku nak pi melawat walaupun kelas depa sebelah kelas aku ja :)

ni baru kelas aku punya. kami buat tajuk boneka. ingat boneka untuk bebudak main jaka. kami pon boleh main :)

ni kelas 2.06 tadi. depa buat tema kampung halaman. memang kampung betol. siap pakai kain batik atas kepala lagi. orang kain batik buat kain :)

pensyarah dok bagi markah 

ramai gak orang mai tempat kami ni :)

pensyarah2 yang dok bagi markah tu mai tempat kami. semua pakat jadi sopan time ni. termasuk aku. ekekeke

lepas tu pensyarah suruh tunjuk cara nak guna. comey kan. comey kan. ni boneka tangan

yeay. juri2 semua dah pi jauh2. time ni semua dah lega. bergambo ler kejenye 

seeeemile. 

dak2 laki kelas aku. 5 orang ja.

budak2 2.03

kelas 2.04

kelas 2.02

nak jugak gambo berdua. yang dua orang kat belakang tu kaco betoi. muahahaha

anak sapa ni. jual2. :)

last sekali opkos la majlis penyampaian hadiah. kelas aku tak menang pon. tapi aku puas hati la. dah tak da dah pameran macam ni untuk kami. kalau nak jugak kena masuk sem 2 balik la taun depan :)

nak tengok more picture? click here. ekekeke

ok la. babai


Sunday, October 9, 2011

ayat-ayat syifa.....

assalamualaikum =)

sekarang ni aku ada satu misi. bukan misi kat hospital. tapi misi aku sendiri. misi 2011 yang tak tercapai lagi. sepatutnya dah tercapai 7 Oktober hari tu. tapi aku fail weyh. fail. huhuhu. sedih ngat. terpaksa la aku tunggu 21hb ni pulak. tu pun tatau la aku berjaya ke tak. takut woh kalau fail lagi. mintak2 tak la. tak sanggup dah aku nak sedih lama2. misi apakah? aku takmau ah cerita sekarang. tunggu aku dah succes nanti baru aku buat post pasal misi aku tu. sekarang ni biar dia pending dulu.

sebelum nak mencapai misi aku tu macam2 aku rasa weyh. debar ada. takut ada. cuak ada. kelam kabut ada. macam2 ah. malas nak describe satu2. ekekeke

biasanya kalau aku debar atau takut apa2 mulut aku mesti terkumat-kamit gaya macam orang dok jampi serapah tu. time ni memang nak tegur orang pon tak berapa selera dah. keja aku dok berjampi serapah ja. baca semua ayat yang aku ingat kat mulut. dari surah Fatihah sampai An-Nas. muahaha

ni doa untuk hilangkan rasa berdebar. sambil baca tu kena yakin ok. bagus sangat baca ayat ni untuk hilangkan rasa debar. aku pun dah hafal ayat ni. 



ni pulak doa untuk permudahkan segala urusan dan hajat. doa ni selalu aku baca time nak exam ka apa. tapi hari tu aku baca gak untuk mencapai misi aku tu. 



doa segala yang susah menjadi mudah.


doa memohon keringanan dan kemudahan.

doa tu senjata orang2 mukmin. jangan la kita rasa kedekut tenaga sangat nak berdoa mintak dari Allah. satu tazkirah yang kawan kelas aku bagi dia kata betapa Allah gembira bila hambaNya berdoa ibarat macam seorang lelaki yang kehilangan untanya di padang pasar dalam keadaan masa tu dia rasa dahaga sangat. lepas tu dia rasa sangat gembira bila dia jumpa balik unta dia lepas tu dia dapat pulak minum air. bayangkan betapa gembiranya laki tu. tapi gembira Allah lebih lagi dari tu. paham tak ni? huhuhu

sebenarnya aku buat entry ni sebab aku still rasa sedih. memang Allah tak makbulkan doa aku tapi tak bermakna Allah tak sayangkan aku. sebenarnya ujian yang Allah bagi kat aku ni sebab Allah sayangkan aku la. sebab tu Dia nak uji aku. kan2. 

kena pulak tadi aku terbaca satu artikel kat depan bilik aku. memang menusuk ke Qalbu betoi. kat dalam artikel tu dia cakap kita selalu mengharapkan Allah makbulkan doa kita. kita selalu mintak macam2 dari Allah tapi kita jarang mintak keampunan dari Allah. tulah satu sebab doa tak dimakbulkan. insaf je aku baca. hehehe

oklah.ni ja yang aku nak tulis hari ni. takmo sedih2 dah. kena belajar terima kenyataan. hahaha. poyo ja aku ni. walhal benda kecik ja. 

nanti kalau rajin aku buat ah pulak post kenapa aku sedih. mesti semua orang gelak ja. hahahaha







Saturday, October 8, 2011

awas ! game Angry Bird menghina islam

Assalamualaikum =)


serius aku pon baru tau benda ni lepas baca status kawan aku kat FB. angry bird ni memang game pebereet akulah. pantang takda keja mesti ngadap angry bird. sampai kan kawan2 dalam kelas aku semua memang gila angry bird. pokoknya angry bird buat semua orang gila la. haha



selama ni kalau men game ni aku tak suka buka sound. aku suka men secara aman dan damai. memang aku tak suka sebarang bunyian2. huhuhu. sekali aku baca status kawan aku ni aku pun terus la buka game ni sekali dengan sound dia. memang betul ah wei. jelas sangat dia sebut Alhamdulillah. jahat betoi burung biru kecik tu. :)

aku dah insap dah sekarang ni. takmo men lagi dah game angry bird ni. aku siap delete dah dari lappy aku. ekeke. hmmmm. nak main game apa pulak eh lepas ni? muahahaha

aku pon tatau sejauh mana kebenarannya. tapi kalau benda yang was2 baik elakkan je terus. ;)



Friday, October 7, 2011

forum remaja "sembang2 isu seksualiti remaja" @ LPPKN

Assalamualaikum =)

walaupun hati, jiwa, perasaan aku sekarang ni tengah sedih tak habes2 lagi sebab terkenangkan peristiwa tadi tapi aku nak jugak update blog ni. malas nak simpan cerita lama2. nanti dah lupa nak update. :)

minggu lepas aku pergi ke Pusat Remaja kafe@Teen kat KL dengan geng2 PRS aku. tak da niat pun nak pi sini. dah orang suruh. aku pon join la. dengar tajuk pun macam best kan. hohoho. malas aku nak cerita satu2 apa yang aku dapat dari forum tu. yang penting memang best ah. penceramah pon best. kalau nak jemput aku lagi pun boleh. :)

baru nak start time ni. geng2 PRS aku la tuh. poyo ja. haha

ni pon geng PRS gak. dah memang mai dengan PRS. mesti semua geng PRS. muahaha

dah habes dah forum time ni. depa suruh pi melawat kat kafe@teen tu. first time woo masuk dalam bangunan LPPKN ni.

gambar kurang jelas. tapi aku nak masukkan jugak dalam blog ni. satu ni ja gambar kami bertiga. as classmate :)

beliau ni roommate aku merangkap classmate jugak. asyik ngadap muka dia ja hari2. muahaha. kalo nak berkenalan dengan di senang ja. search ja kat google "waima dak fira pun ade blog" pastu kompom kuar dia punya page. 

dia kawan aku. dia classmate aku. dia bukan mamak. tapi dia Malbari. huhuhu

lepas balik dari LPPKN tu kami bertiga terus ke warta sebab laptop waima dak fira pun ade blog tu rosak. kebetulan pulak time tu aku tengah tension dengan benda apa entah. so, tak fikir panjang aku pun rembat la    wedges ni satu. masalah betol la aku ni. kalau tension ja mesti nak shopping sakan2. nasib baik hari tu aku tak bawak banyak duit. kalau tak siap la satu warta aku borong. ngeh3. satu lagi perangai buruk aku kalau tension mesti nak makan banyak2. kalau boleh apa yang ada kat depan mata semua aku nak pelahap. teruk betoi. huhuhu

tazkirah hari ni When life seems difficult, (P.U.S.H) - Pray Until Something Happens :)


aku memang tengah sedih ni. kesedihan aku tak dapat digambarkan dengan kata2. sampaikan nak tido pun dah tak lena. memang parah. rasa macam nak makan banyak2. nasib baik tak da makanan ja depan aku ni. rasa macam nak shopping puas2. nasib baik aku tak kuar hari ni. 
Ya Allah semoga aku diberi peluang 21hb ni.huhuhu


oppps. sebelum tu aku nak tanya hangpa tau tak kafe@teen ataupun pusat interaktif remaja tu apa?


Pusat Remaja kafe@TEEN dengan konsep ceria dan santai mampu memenuhi citarasa remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun untuk berkunjung dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Ia adalah satu program kesihatan reproduktif remaja yang disediakan oleh LPPKN. Dua buat pusat Remaja kafe@TEEN ditubuhkan pada November 2005 di LPPKN Ibu Pejabat dan Butterworth, Pulau Pinang. Manakala pada Julai 2007 kafe@TEEN Lembah Pantai ditubuhkan.

Perkhidmatan yang diberikan meliputi perkhidmatan klinikal, kaunseling dan pembangunan kemahiran.


kalau hangpa rasa ada masalah yang kritikal dan perlukan orang untuk membantu. boleh la pi kat kafe@teen ni. tak kisah la masalah apa pun. putus cinta ka. kecelaruan gender ka. rasa nak kawen sangat2 ka. atau apa2 jala silalah ke kafe@teen yer. mereka sentiasa membantu orang2 yang memerlukan khidmat mereka. percuma pulak tuh :)

nak tau lebih lanjut sila ke laman web LPPKN 


aku pu rasa macam perlukan kaunseling gak ni. hahaha




kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers