Monday, July 23, 2012

menu sahur yang simple but sedap ;p

assalamualaikum =)


selamat berpuasa semua walaupun dah tiga hari ramadhan berlalu :)

kali ni aku nak kongsi sikit menu sahur aku dengan korang semua. memandang aku masih bergelar seorang student dan tinggal di kolej, makanya dengan peraturan asrama yang mengharamkan penghuninya memasak dalam bilik jadi aku telah memikirkan satu inisiatif supaya dapat menikmati sahur dengan sesempurnanya * cewah ayat takleh blah la ;p 

kalau nak berbuka aku tak kisah sangat sebab makanan banyak. sampai rambang mata nak pilih kat bazar tu. tu kalau aku pergi bazarlah kan. macam tadi aku berbuka ramai-ramai dengan geng-geng PRS, esok pulak kelas aku kena buka kat masjid. jimat an?

ok, berbalik kepada tajuk entry aku kali ni, meh aku nak tunjukkan apakah menu yang aku maksudkan tu


memandangkan hari pertama ramadhan aku ke rumah kakak aku kat port dickson, makanya aku telah menggunakan kesempatan tersebut untuk masak siap-siap dan dibawa ke kolej. 

untuk menyiapkan menu aku ni bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1# dua biji bawang besar yang dikisar
2# kacang tanah - digoreng 
3# ikan bilis - digoreng



bahan seterusnya ialah cili kering di blend dan sedikit air asam jawa



sekarang aku akan ajarkan cara-cara nak memasak menu aku ni. ok, pertama-tama sekali tuan-tuan dan puan-puan harus mengambil belanga dan memanaskan minyak terlebih dahulu. bila minyak dah panas masukkan bawang besar yang telah di kisar tadi. tunggu sampai bawang jadi kekuningan dengan api yang sederhana. 
*kakak aku cakap bawang besar boleh menyebabkan makanan cepat basi, jadi dia suruh aku tumiskan bawang besar dulu sampai masak

kemudian masukkan cili kering yang di blend dan tambah secawan air. masukkan jugak gula, garam dan sedikit air asam jawa. part ni kena bersabar sikit sebab kena pastikan cili tu betul-betul masak dengan api yang kecil. dekat tiga jam lebih jugak aku tunggu cili tu dah betul-betul kering airnya dan masak sepenuhnya. 

bila dah yakin cili yang sudah jadi sambal tu masak, aku biarkan sekejap dalam 5 minit kasi dia sejuk sikit sebelum masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang dah digoreng. kemudian gaul jangan tak
 gaul =)




nah inilah hasilnya, sambal bilis kering yang aku propa sangat tu. konon nak buat tutorial sambal bilis la kan. wek !



kasi close up sikit. dah siap di tapau nak bawak ke kolej hihi. sambal ni aku dah bahagi dua. separuh untuk aku, separuh lagi untuk bakal menantu mak aku ;p . eeei tak perlu kot aku nak bagitau semua orang


sekarang aku akan ajar cara-cara nak makan sambal bilis tadi. aku kan budak nerd, jadi bila peraturan kata tak boleh bawak rice cooker makanya aku pun tak bawak la. walhal orang lain ramai jer yang bawak. kantoi ~!

hihihi sebenarnya kan aku dengan mah dah plan nak bawak rice cooker gak untuk bulan puasa ni  tapi tak da kesempatan nak beli lagi la. tengok la nanti macam mana, kalau sempat beli kami beli la kalau tak makanya terpaksa la kami beli nasi hari-hari. sedih :(


dah la tak mau sedih-sedih sebab aku dah ada roti gardenia lah.


tuna ayam brand pun kite ade lah ! walaupun terbalik



tadi aku kata nak ajar cara nak makan sambal bilis kan? senang jer. mula-mula keluarkan dua keping roti gardenia



kemudian sapukan tuna ayam brand pada roti tersebut



lepas tu taburkan sambal bilis di atas roti yang telah disapukan dengan tuna tadi. sedap tak korang tengok ? hihihi



yeah, inilah hasilnya. menu sahur aku yang lengkap dengan zat besi, vitamin b, serat dan sebagainya. makan dua keping ni pun dah rasa kenyang sangat. sedap pulak tuh muahahaha *perasan macam nak kena lempang


renung-renungkan dan selamat mencuba. bye !



6 comments:

man said...

sambal bilis membuka selera..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

perghhh sodapppp tuuuuuuuuuu ;)

MamaEma said...

kebetulan kawan akak pun balik nanti nak buat sambal bilis dan nak beli roti..katanya nak buat sahur...akak pun dah buat sekali...tp kacang tak sempat nak dimasukkan..mr hubby tak sengaja jatuhkan..huhuhu//suka kalau ikan bilis goreng dulu baru gaul dgn sambul..rangup

nida husna said...

ikan bilis adalah yg terbaik muahahaha

Nelly The Strange said...

simple ! hehehe

manis said...

mak oii...sedapnya makan time sahur ni...membuka selera.. =D

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers