Monday, November 11, 2013

restoren ayam penyet wong solo - masjid negara

Assalamualaikum =)


ni sebenarnya entry sambungan aku nak cerita pasal exam tu. scroll ke bawah korang baca la entry tu hihi.

lepas exam mengejut hari tu, aku dengan classmate semua decided untuk pergi makan dekat Wong Solo. dah semua tengah lapar sebab tak sempat makan sebelum exam. ni lah satu benda yang aku suka sangat duduk kat bangi. nak makan apa semua ada. asal ada duit je hehehe.


kami pergi sesama perempuan je. tapi ada gak yang tak ikut sebab puasa



aida, nida, nawal =)  aku rasa ayam penyet wong solo la yang the best sekali. semua benda sedap. masa ni kami order set ayam penyet sorang satu. tengok je gambar ni terus rasa nak makan lagi hihihi.


lepas makan kami singgah masjid hasanah, solat zohor. lepas tu ingat nak balik bilik terus, tapi semua nak berjalan lagi. dah alang-alang keluar kan. class kami pulak bukan senang nak keluar ramai-ramai macam ni. kekadang plan kemain last last cancel macam tu je huhu.

bincang punya bincang nak pergi mana, last last minah ajak pergi jejalan kat area masjid negara je. pun boleh hahahaha. pergi ramai-ramai buat macam lawatan cik kiah


on the way. kami singgah kejap muzium diraja. tapi tak masuk pun. bergambo kat luar je pun. sebab kalau nak masuk kena bayar. kami nak save budjet hujung sem. bergambau kat luar pun jadi lah kan hehe. 



ini lah cik kiah cik kiah yang baru nak mengenal kolompo haha.



=)



yey! masa ni baru sampai masjid negara. betapa ilmiahnya lawatan kami lepas exam hikhikhik. memasing kan stress exam, baik datang masjid tenangkan hati muehehe. macam ni baru nampak ustazah sikit :p



buat halaqah lepas tu kita mulakan usrah sambil usha foreigner yang datang kat masjid ni. usrah la sangat kan walhal cakap benda lagho.


sempat sembahyang asar berjemaah. lepas tu kami jalan-jalan sekitar masjid ni. macam baru seminggu belajar kat sini haha.



tak da orang sangat pun time ni. boleh buat macam masjid sendiri



=)


ni lah cik kiah yang join hari tu. 9 orang semuanya. last-last cari cermin jugak sebab nak cukupkan 9 orang dalam satu gambar 



nak balik dah. nak jalan-jalan kat luar pulak 



singgah jap kat depan stesyen tv al-hijrah. kot boleh jumpa ustaz don haha




=)


lepas tu kami lepak jap dekat sini. buka dua tiga topik perbincangan lepas tu balik. 

maghrib gak kami sampai hostel. lepas tu semua sibuk pergi mandi sebab panas gila tak tahan dah. tau tak  ada antara kami yang tak mandi pun tapi berjalan sampai KL hahahaha. nasib baik wangi je semua. ok bye !!




7 comments:

Azhafizah Md Nor said...

seronok jalan jalan bersama kengkawan kan :)

tenku butang said...

Haiii.. cakkkk..
Done follow sini no. 805,
Jom follow me back yea.. heee..
Salam kenal, keep in touch yea..

http://tengkubutang.blogspot.com/ dan

http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

aisya said...

Bangi mmg syurga makanan. haha!

nuyui a.k.a miss YUI said...

sonok jln ramai2..

lieyalatif said...

kemain masing2 sakan bergambar yeak...comel2 semua....

Mizz ErMa said...

wah..macam meriah je rombongan cik2 kiah nie..hihi

Azian Elias said...

salam kenal..

seronok ye kalau zaman sekolah ni.. adventurous sangat. macam2 boleh dicuba..

teringin gak nak jengak tv alhijrah tu.. insyallah later2 kot kan.

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers