Sunday, January 12, 2014

welcome 2014

Assalamualaikum =)


lamanya aku tak update blog ni ha. dah sebulan lebih dah huhu. bukan setakat update, blog ni pun jarang-jarang je aku buka. kalau buka pun guna telefon jelah. 

weeeee tolong !! dah lama tinggalkan blog ni serious aku dah taktau nak start macam mana. still blur lagi ni haha. 

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku, umur mak ayah aku, umur adik beradik aku untuk sampai ke tahun 2014. syukur !!

sebenarnya tahun 2013 dah tinggalkan banyak kenangan manis pahit masam masin. tapi aku selalu ingat yang manis-manis je. yang masam-masam tak elok simpan lama-lama hihihi.

ok sebenarnya aku baru je masuk semester baru setelah sebulan lebih cuti sem. dah aku kat rumah, sebab tu aku lama tak update blog haha. kalau kat rumah memang aku malas sikit sebab banyak lagi keje yang aku kena buat. and one of my hobby is cooking. so, sepanjang sebulan lebih kat rumah aku selalu try resepi-resepi baru sampai blog dilupakan :p. lagi satu keje ialah melayan anak-anak buah aku.

aku rasa cuti sem lepas la yang paling aku rasa terisi sikit. tak da lah makan tido je keje aku =)




sekarang ni dah 2 minggu aku kat bangi. serious rindu gila kat rumah, kat family. 



tahun lepas adik bongsu aku ambil PMR, memandang dia punya result ok lah jugak so kami satu family bawak dia makan-makan. celebrate la sikit untuk adik bongsu kan =)



satu lagi keje aku sepanjang cuti hari tu ialah melayan anak-anak buah. rindunya kat budak-budak ni huuuuuu.



ber BBQ dengan family. ni pun antara aktiviti aku masa cuti sem hari tu 


selain dari aktiviti- aktiviti bersama keluarga yang buatkan aku happy, ada lagi something yang special yang buatkan aku happy tahun 2013. sebabnya dua orang kakak aku dah lahirkan baby boy yang comel hihihi. tahun lepas anak buah aku bertambah lagi 2 orang. Alhamdulillah



Muhammad Akmal Fauzaan. dia lahir bulan 3 tahun lepas. geram tau dengan budak ni sebab comel sangat :p



ini pun baby boy jugak. Muhammad Aqif Rayyan. lahir bulan november 2013. dah nak masuk 3 bulan dah dia sekarang =)



dengan adanya anak-anak buah, memang setiap kali balik kampung akan rasa sangat best. 



macam ni lah mak chaq penyayang muehehe.

sebenarnya cuti sem hari tu abang aku kahwin. tapi tak da lah pulak gambar dalam laptop aku huhuhu. tahun ni insyaAllah akan bertambah lagi sorang anak buah aku. kakak ipar aku pun dah pregnant sekarang =) memang setiap tahun ada jalah anak buah baru. tak sabar nak anak sendiri pulak nanti :p


ok dah habis cerita pasal family. sekarang ni nak story pasal aku pulak. sebenarnya tahun 2014 adalah tahun yang aku nanti-nantikan sangat. why???? 

sebabnya tahun 2014 adalah tahun terakhir aku akan jadi student ijazah sarjana muda perguruan. kemain lama tau nak tunggu tahun terakhir ni sebab mula-mula daftar dulu aku rasa macam Ya Allah lambatnya nak habis. 5 tahun setengah weh. 5 tahun tu ibarat macam baru masuk form 1 lepas tu nak tunggu sampai form 5. lama tuuuuuu

tapi bila dah masuk final year ni rasa nak menangis pun ada. seriously aku tak rasa happy pun haha. sebab sem ni kena lalui praktikum lagi 3 bulan. lepas tu dah kena fikir tajuk untuk kajian tindakan. semoga Allah permudahkan urusan aku dan semua kawan-kawan aku :(



rasa macam tak mau jadi student final year. nak terus jadi kanak-kanak ribena macam kat atas ni muehehe. lawak bila tengok balik gambar. keje aku lani nak mengedit tapi tak pandai :p



ni antara kenangan manis sebelum jadi student final year. first time tau dapat bawak bunga manggar hahaha. tak cukup AJK, sebab tu aku kena bawak.



senyum la puas-puas sebelum menangis lepas ni hihi.



kami adalah partner praktikum. praktikum satu dua tiga partner aku tetap tak berubah. tambah lagi sebulan intenship nanti pun kami akan buat sama-sama jugak. hai mak cik mah !!! haha. dah malas nak kenalkan sapa makcik mah ni sebab gambar dia dah banyak sangat dalam blog aku muahahaha.

nanti praktikum 3 aku and partner kesayangan aku ni akan bermusafir di Hulu Langat selama 3 bulan. lama tu. tapi lepas habis je 3 bulan tu, kira dah habis la semua praktikum. 

masalahnya sekarang kami tak jumpa pun lagi rumah sewa  kami nak duduk selama 3 bulan nanti haha. walhal 27 januari dah start dah praktikum. macam mana pun memang kena duduk rumah sewa la. jauh sangat nak berulang dari Bangi ke Hulu Langat.

so, SK Dusun Nanding please wait for me okeh. harap sangat-sangat sekolah tu ok jer. tak nak ada masalah dengan sekolah sebab praktikum 3 sangat penting untuk tentukan markah keseluruhan aku nanti.

apa pun welcome 2014. harap-harap aku dapat lalui tahun terakhir ni dengan jayanya. tak sabar nak tunggu bulan 11 nanti . bila dah habis praktikum, habis intenship, dapat completekan kajian tindakan, dapat bentang kajian tindakan dengan baik, habis exam baru aku rasa lega kot. tu je yang aku nak fokus tahun ni selain dari interview SPP. bila dah succes semua tu baru boleh fikir kahwin hehe.

aku rasa post aku kali macam tunggang langgang sikit haha. sebab macam blur tak tau nak tulis apa. tapi rasanya boleh faham lagi kot . ok bye !
  

No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers