Monday, February 27, 2012

cuti-cuti malaysia @ tunang l kawen day

Assalamualaikum =)

nak sambung lagi story pasal melaka. ada banyak lagi yang aku nak cerita ni huhu. walaupun dua hari jer aku kat melaka tapi banyak gak benda yang aku sempat rasa. tak dapat pergi menara taming sari pun takpe tapi aku dapat pergi kenduri. dapat gak merasa macammana suasana kenduri kat sana. aku kan spesis jakun sikit. semua benda nak excited haha.


hari first kami sampai ada majlis tunang sepupu minah. untungla baru umur 22 dah ada orang minang. aku tak kenal pun dengan sepupu minah ni yang aku tau nama dia Nasyitah orang panggil dia ieta. sekarang tengah study lagi kat UITM Puncak Alam. jeles tau dengan ieta =)



tak kenal pun boleh gak tumpang gedik2 ngan ieta. punya la syiook dapat duduk sebelah dia konon nak ambik berkat haha. mana tau tak lama lagi giliran aku pulak. ameeeen 



time ni hati jiwa otak jantung aku semua tengah bergelegak2 nak tunang gak haha. 



fira, atun, sepupu minah yang aku taktau nama, ieta,minah,nida. keturunan minah semua cantik2. rasa kerdil sesaat bila bergambo dengan depa kekekeke.



hantaran untuk laki. dia punya tema grey pink. cantik2



esoknya mak ayah minah bawak kami semua pergi majlis kawen kat dalam kampung depa jugak. kampung ni nama PAJURAS kat Sungai Udang. punya la sopan sorang2 pakai t-shirt ja pi makan kenduri. tak pernah aku buat tau. nasib baik t-shirt labuh. dimaafkan lagi la :p



majlis kawen Hainarizam dan Asmidar. siapakah mereka aku langsung tak kenal huhu. harap2 perkahwinan depa kekal hingga ke syurga. sebab depa aku dapat makan kenuri tau :)



best gila tengok mentara depa ni. siap pakai nametag lagi tu hahaha. maybe senang kot orang nak panggil depa


dekat rumah kenduri ni siap ada kaunter lagi tau untuk orang bagi duit. minah kata depa kat kampung ada pakat daging. sebab tu la depa buka kaunter ni untuk orang kampung bayar duit pakat. sapa yang tak bayar hari ni siap ada wakil lagi tau pi kutip kat rumah. kat kampung aku pun ada gak pakat macam ni tapi bukan untuk daging ja. pastu orang akan bagi sebelum hari kenduri. tak da sampai nak buka kaunter macam ni hekhekhek. teruja gak aku tengok



biasanya kat kampung aku majlis start kul 12 sampai kul 6 petang. tapi kat sini kul 11 dah ramai orang yang datang



atun dok merenung apa tah haha. yang dok tengah cuci tangan tu mak sedara minah. 



warna tema depa pink. tak sempat pulak aku jumpa dengan pengantin sebab kami pi pun awal lagi. pengantin baru dok siap2 kot. kot jala hehehe.



gadis Bandar Baru Bangi masuk kampung. tak sempat nak tukar pakai baju kurung pegi kenduri hihihi. perut dah kenyang kami pun balik =)

ok babai




1 comment:

zaty luvlianncezzz said...

wah bestnya. anda bila lagi ? :D

Jum hayati di sini (^o^)
jiwa-jiwa #1

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers