Friday, March 8, 2013

aktiviti di IPG ku !

Assalamualaikum =)


lama rasanya tak update blog ni. ha kan dah cakap, sekarang ni asyik busy memanjang. nak buka blog pun jadi malas. nasib baik hujung minggu ni aku macam free sikit la sebab tak ada apa-apa aktiviti. kalau ikutkan esok ada Daurah Sirah Nabawiyah dekat IPG aku. penceramah pun best, Dr Asri Zainal Abidin a.k.a Dr MAZA tapi aku tak join sebab nak fokus siapkan assigment yang kena hantar isnin ni :)

sebelum-sebelum ni banyak jugak aktiviti best yang aku dah join. tapi tak sempat nak update satu-satu sebab den malas giloooo :p



yang ni minggu lepas punya event, sayonara jahiliah. nak jemput korang semua datang pun dah lepas. kalau tak boleh la join aku jumpa Ustaz Don, Amin Idris, Hilal Asyraf and Diana Amir. semua mantop !



siyes mata aku tak berkelip langsung tengok 4 orang tetamu kat atas pentas tu kehkehkeh.



suka sangat tengok diana amir, comel je dia. yang ustaz don dengan amin idris pulak tak habis-habis buat lawak hahaha. kelakar =)

tapi aku pergi bukan gelak-gelak je aw. banyak jugak pengajaran yang aku dapat malam tu. terus nak muhasabah diri sebab banyak dosa yang aku dah buat sobsobsob. terasa kagum dengan diana amir sebab boleh berubah jadi macam sekarang. 


lepas forum sayonara jahiliah, 5 mei ada forum Trevalog Hijrahku pulak. kali ni dah tak ada diana amir, tapi ganti pulak dengan Yat Hamzah. 


panel jemputan malam tu. Yat Hamzah, Dr Nazhatul Muna dengan Ustazah Lily. kalau korang nak tau Dr Muna tu isteri kepada Ustaz Hasrizal yang femes amos dengan blog saifulislam.com. ustazah lily tu pulak femes dalam kelas aku sebab beliau seorang pensyarah yang sangat baik dan lemah lembut hihihi. Yat Hamzah tu kalau tak kenal aku taktau la. takkan nak cakap dia jiran aku pulak kan kehkehkeh.



bila dengar Yat Hamzah bagi talk baru aku tau rupa-rupanya beliau tersangat happening. seronok jer dengan dia cakap. rasa tak puas pun ada hehehe.


 sebelum forum sayonara jahiliah dengan forum trevalog hijrahku, ada lagi program kat ipg aku ni. 

nama program tu ialah malam puisi riong anjuran Berita Harian. kalau dengar puisi-puisi ni rasa macam mengantuk sikit. tapi disebabkan ada Najwa Latif malam tu, makanya aku paksa diri pergi jugak wahahaha. nasib baik Najwa comel ! 


ghetis yang femes malam tu ada Najwa Latif dengan Yasin je. selain tu ada jugak persembahan nasyid kumpulan Hilwan and kumpulan Safiyah yang aku tak berapa kenal muehehe. yang dok baca sajak bagai lagi lah aku tak kenal.



comelnyeee si Najwa ni. dah la sopan je malam tu. terus nak dengar lagu dia banyak-banyak kali. walhal sebelum ni aku tak layan pun lagu-lagu dia hehehe. * fikri aku curi gambo kat blog hang :p



yang ni persembahan khas oleh jabatan pengajian melayu. best gila persembahan ni.


selain dari aktiviti-aktiviti besar macam ni, banyak lagi aktiviti yang aku join sepanjang sem ni. minggu lepas hari khamis aku masuk exploce sempena minggu inspirasi siswi. semalam aku masuk nasyid dengan dak kelas. tapi sayang aku tak ambil pun gambo =) lepas tu hari rabu minggu lepas jugak ada forum praktikum cemerlang.

tu jelah yang aku ingat walaupun rasanya ada lagi yang aku tak ingat. minggu depan ada lagi program yang menanti. antaranya ialah Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), lepas tu benchmarking dekat sekolah berprestasi tinggi. sabtu depan pulak ada exam untuk kursus pegawai olahraga. sampai la aku balik cuti seminggu start 22hb nanti ada je program yang tak sudah-sudah hehehe. macam tu le kalau namanya student =)

yang paling penting sekali start 1 April nanti aku akan berpraktikum selama sebulan di SK Bandar Tasik Selatan, KL. yang ni  paling nervous sekali. doakan aku !

bye...

No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers