Sunday, March 31, 2013

end holidays begin practicum

Assalamualaikum =)



rasa macam tak percaya je cuti seminggu dah habes. sekarang ni bermula lah balik kehidupan aku dekat bangi macam biasa. waaaaaaa, dah start rindu rumah rindu mak ayah rindu anak-anak buah dah ni. sedih la macam ni. kena tunggu bulan 5 nanti baru boleh balik. tapi kalau tarikh mengundi before cuti bulan 5 nanti mak aku dah pesan siap-siap kena balik jugak mengundi.  hihihi of course la mak, semangat ni. lagi-lagi kalau boleh balik =)

parah la macam ni, baru sampai dah sibuk nak balik hekhekhek. kalau anak mak memang macam ni kehkehkeh. tapi tak pelah. terpaksa motivasi diri sendiri. dalam hati selalu cakap *lagi cepat cuti habis lagi cepat aku grad. muahaha walhal ada setahun setengah lagi. kalau nak dikira setahun setengah tu ibarat macam 10 tahun tahu tak? sobsobsob lambat lagi.

takpe takpe setiap kepahitan ada kemanisannya nanti hihihihi. meh nak tunjuk dulu kampung aku yang aman damai tenang ni. bila tengok gambar-gambar ni boleh hilangkan sikit rindu aku kat kampung =)




kat depan rumah aku ada sungai. tapi sekarang sungai ni dah jadi macam ni. dulu best kot aku dok berenang dalam ni. sekarang nak berenang pun dah takleh sebab air kotor. sedih !




view dari atas bukit rumah aku =)



ni lah sebabnya aku asyik rindu kampung je. bila boring sikit aku panjat lah bukit ni pastu boleh tengok pemandangan hijau kampung aku. lagi satu ni lah port aku bergayut muehehe. kampung aku ni kan tak da line, jadi kena duduk kat tempat tinggi baru dapat line 2 3 bar muehehe. 




rumah jiran dari jauh =)




=)




sungai dah tak nampak ghupe sungai =)




hutan tebal dari jauh =)




kucing jiran 




bukit baru tolak sebab nak tanam getah


selain rindu pemandangan kat keliling rumah mesti la aku rindu anak-anak ikan aku. siang malam dok bergaduh dengan depa. dok peluk cium dengan depa tiba-tiba kena berpisah. sobsobsob sedih sangat 



rindu adik akmal fauzaan. hari-hari mandikan dia, buatkan dia susu :(



geramnya tengok budak ni..... lambat lagi nak jumpa dia



muka akmal macam mula along kecik-kecik dulu. tapi gambo along dulu takde la pulop dalam laptop mak chaq 




kakak muna, along and kakak syifa'. tunggu adik akmal besau sikit baru boleh join depa ni main hihihi




sayang budak-budak 3 orang ni sebab depa yang paling rapat dengan aku



muna tolong buang habuk-habuk yang lekat kat baju along =)




syifa kena tinggal sorang sorang kat belakang



syok ja dok main habuk kayu tu 



budak 2 orang ni kalau time bergambo boleh la mesra macam ni. kalau time lain asyik bergaduh memanjang kikikiki



budak budak ni kalau balik kampung memang betul betul macam orang kampung dah jadinya haha. 



kakak syifa' comey tapi selalu kaco adik :p



haaaa. yang ni baru betul betul cucu mak ayah aku. jarang depa ni nak berkumpul semua. lagi lagi si aqil yang tengah tu sebab dia paling jarang balik. yang sebelah kiri 2 orang tu anak abang aku. depa pun jarang balik gak. kalau balik pun kejap kejap je. 



muhammad darwisyh amsyar. sampai sekarang tak mesra dengan aku huhuhu. sebab jarang jumpa kot


macam macam karenah budak budak ni. tapi best melayan depa 



dok buat aksi panjat kusyen lepas tu terjun :)



aku suruh depa duduk diam sebab nak ambil gambar. tapi tak berjaya jugak muehehe



=)


dah habes episod bergurau senda dengan anak anak buah. sekarang ni terpaksa back to reality heeeee. dengan berakhirnya cuti seminggu yang pack dengan macam macam aktiviti akhirnya aku terpaksa jugak lalui satu benda ni esok. benda yang sangat sangat ditakuti sepanjang lebih 3 tahun aku kat sini. tak sangka pejam celik pejam celik aku dah sampai masa tu :p

benda yang paling aku takut sangat tu ialah praktikum hihihi. praktikum tu benda eh? macam tak je kekekeke. 

makanya esok bersamaan dengan 1 april 2013 bermula lah tugas aku as a teacher. time tu lah nak luahkan segala ilmu yang dah belajar 3 tahun kat sini. rasa berdebar sangat sangat. rasa debar kali ni lain time tak macam pergi pengalaman berasaskan sekolah dulu. yalah, dulu pergi sekolah just tengok tengok jer. sekarang ni dah sampai masa kena mengajar betul betul pulak.

walaupun sem ni praktikum sebulan je tapi tetap cuak. maklumlah kali pertama kan =) harap sangat segala urusan aku dipermudahkan esok dan hari-hari yang seterusnya. doakan yang terbaik deh ! kalau boleh tu aku nak sesi pagi sebab KBSR, kalau sesi petang kena ajar KSSR. seram den! tapi kalau dapat yang mana-mana pun kena terima jelah, mungkin tu yang terbaik

ok student SK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. wait for me! hihihi. walaupun dapat sekolah yang agak jauh tapi Alhamdulillah Allah dah permudahkan satu urusan aku. aku dapat pensyarah pembimbing yang sangat baik and caring ! harap harap ustazah boleh bagi markah cemerlang lah ek kat anak murid ustazah sorang ni muahaha. ok bye !





1 comment:

Cik Yatt said...

dengan family mmg bahagiakan.. ank buah rmai laki..msti lasakkan smue..he

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers