Friday, March 22, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KPI 2013

assalamualaikum =)


memandangkan sekarang aku dah semester 5, jadi memang dah jadi adat la student sem 5 yang akan anjurkan sukan kejohanan olahraga tahunan (KOT). sukan kat IPG aku ni lebih kurang macam sukan kat sekolah tu lah. tapi aku rasa lagi meriah dari sekolah. aku rasa jelah sebab aku dulu kan sekolah agama, jadi budak perempuan tak boleh nak involve sangat. tapi kalau kat sini memang best hewhewhew.

sebenarnya benda ni dah lepas lama dah. 13/3 hari tu lagi tapi baru rasa nak update.



tahun ni punya sukan lain sikit dari yang sebelum sebelum ni sebab kami sebagai ajk buat malam ambang "road to KOT" . kalau sebelum ni tak ada pun . best sangat bagi aku sebab sangat happening warna warni malam tu =)



yang ni time pagi. yang duduk kat kerusi tu semua lecturer. macam kat sekolah la, cikgu cikgu pun kena ambil bahagian jugak =)



acara paling awal iaitu acara perbarisan rumah sukan and unit berunifom. yang tengah berdiri pakai cap tu lecturer kami, yang lelaki tu timbalan pengarah.



ingat tahun lepas. dulu aku pun kena berkawad macam ni lah jugak. tapi tahun ni aku tengok pulak junior buat macam ni kehkehkeh. lawak je rasa kena pakai baju kawad yang gedabak tu. dah la tebal =)



yang ni kawad rumah sukan biru. entah apa tema yang depa guna. aku tak ingat dah.



yang ni persembahan gimnasrada. semua student ipg aku jugak. depa ni semua memang ambil major atau minor pendidikan jasmani. sebab tu boleh buat aksi macam tu. kalau aku yang buat macam tu mau patah pinggang aku ni muehehe.



lepas dah habes kami selaki AJK ni kena lah kemas balik stadium. time ni kami kena angkat ladam kambing yang pegawai guna. berat woooo mendaalah ni. habes naik muscle aku hahaha



Alhamdulillah dah habes sukan tahun ni. kami selaku pegawai yang bertugas boleh la senyum lebar lebar hihihi. lega sangat sukan tahun ni berjalan lancar. lagi-lagi program ni penting sangat untuk kami sebab melibatkan markah untuk subjek olahraga =)




pagawai pegawai yang terpaksa berpeluh di awal pagi supaya majlis bermajlis lancar. kehkehkeh saja nak bajet. cara nak bajet yang paling mencapap ialah setiap kali amik gambo mesti nak pegang tag yang tertera nama pegawai disitu wahaha.


muka muka pegawai hari tersebut. budak batch aku semua ada 14 kelas, tapi yang terlibat dengan olahraga ni tak semua kelas pun. kelas lain ada yang kena anjurkan benda lain.

walaupun banyak cubaan dugaan masa olahraga tahun ni, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. harap harap lecturer pun bagi markah yang terbaik untuk kami semua hihihi. ok bye!







No comments:

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers