Saturday, February 22, 2014

Praktikum tiga

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah sekarang dah genap sebulan aku praktikum untuk fasa yang ke-3. hmmm lagi 2 bulan hoi. lambatnyaaaa :( 

seriously aku rindu gila nak blogging macam dulu. rindu nak tido lama-lama atas katil. rindu nak bergelak sakan dengan classmate. rindu nak online berjam-jam. 

sekarang ni dalam otak cuma fikir kerja tak habis-habis huhu. tak suka tau. aku ni dah la jenis rilex orangnya. bila banyak benda nak kena settle dalam masa 3 bulan ni otak aku cepat stress haha. kalau dah manja sangat macam ni la jadinya :p

sebelum ni aku pernah tulis sepanjang praktikum kali ni aku akan duduk kat rumah sewa, tapi sekarang ni lain pulak jadinya. aku sempat merasa duduk kat rumah sewa sebulan je. lagi dua bulan aku dengan rahmah berulang je dari bangi ke hulu langat. 

entah la. rasa macam penat juga nak kena berulang tapi dah takda pilihan lain sobsobsob.

walaupun ini dah kali ke-3 aku praktikum, tapi praktikum kali ni memang banyak serabutkan otak aku. dengan sekolah yang teeeeeeet... aku dah kata, kalau budak tak best takpa, tapi kalau cikgu yang tak best memang mengganggu emosi aku. sobs nak nangis dah ni. 

tapi dah masuk sebulan ni dah makin ok dah sebenarnya. aku pun dah dapat adapt dengan sekolah tu. tapi serious memang penat rr sapa dapat sekolah tu sebab ketuanya agak _______. hmm tak nak ah tulis kat sini. tak baik haha. ketua kalau kat sekolah paham-paham jelah merujuk pada siapa. 

takpelah. sabar jela sekarang ni. 3 bulan je k. 3 bulan =) . lepas tu nanti tambah lagi sebulan internship kat sekolah tu jugak. uwaaaa tetiba nak nangis balik. aku rindu sangat SK Bandar Baru Bangi. sekolah tu best T____T

baki lagi 2 bulan.

* tapi action research tak sentuh lagi
* projek untuk assigment tak buat lagi

bagus sangat prestasi aku kan hahaha. tak sempat la. hari-hari meeting. kadang sampai pukul 5 lebih. kadang sampai pukul 4 lebih. hari rabu ada koko sampai pukul 5. balik sekolah penat, lepas tu tido. lepas maghrib bangun fikir nak buat RPH pulak. dah tu bila nak buat kerja lain?? hehe orang macam aku memang banyak alasan kot :p

yang penting minggu depan aku dengan praktikummate yang lain kena cat tandas ok. lepas tu kena hias tandas cantik-cantik. lepas tu student asyik skip kelas sebab kerap masuk tandas. dah kenapa tandas macam hotel 5 bintang? kikiki


baru sebulan praktikum dah dapat hobi baru sekarang. ustajah husna suka sangat selfi tau sekarang haha



cepat la habis praktikum. rindu budak-budak ni.


yang penting sebelum aku habis praktikum ni, aku dapat buat AR. aku dapat settle kan projek. lepas tu baru hidup aku kembali tenang. ok bye




3 comments:

E'in said...

assalamualaikum cikgu.. hihi

O'gosh Iskandar said...

assalamualaikum ustajah...selamat menghabiskan praktikal ye...sabar sikiiiiiitttt je lagi...huhu

Nadiah Sidek said...

hi ustajah :D

p/s: lama akak tak datang sini...ampun...hehehe...

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers