Saturday, September 14, 2013

praktikum fasa kedua =)

Assalamualaikum =)


memandangkan sekarang aku dah pun semester 6, makanya wajiblah aku untuk aku menyelesaikan praktikum selama 2 bulan wehihihi. Alhamdulillah praktikum kali kedua ni aku rasa best sangat sangat. tak macam praktikum kali pertama dekat KL dulu, tetiap hari nangis stess taknak pergi sekolah. tapi kali ni nak pergi sekolah pun best sebab cikgu semua baik. lagi best student pun bijak pandai. nakal nakal sikit tu biasa lah. nama pun budak huhu. kali ni aku praktikum dekat SK Bandar Baru Bangi, dekat jelah dengan IPG aku. dapat pulak sesi petang, memang awesome sangat lah sebab pepagi boleh tido dulu hikhikhik. 

baru aku tahu banyak sangat advantages kalau sekolah petang. paling best kalau nak stay up buat kerja sampai pukul 3 4 pagi pun tak rasa stess sebab pagi boleh  qada' balik tido tu. bayangkan dulu aku sekolah sesi pagi, kalau balik sekolah petang tu memang takleh buat kerja mesti nak tido je, malam baru boleh start buat kerja. selalunya pukul 3 lebih baru settle semua pastu kul 5.30am dah kena bangun sebab sekolah aku dulu jauh dekat Bandar Tasik Selatan. hari-hari memang takkan tido cukup. sebab tu aku asyik stess je dulu. dengan cikgu sekolah yang tak berapa nak best lagi huhuhu. 

nak banding dengan sekolah sekarang memang the best sangat lah. wuwuwu boleh tak sem depan nak lagi sekolah ni????? =)



kawan praktikum aku. kami berenam dari IPG kampus pendidikan islam. cuma course je lain-lain. dua orang sesi pagi, empat orang sesi petang :)




budak-budak yang nak amik UPSR hari tu. ni jer gambar student yang aku ada. malas nak ambil gambar banyak banyak. nanti dah habis praktikum baru boleh ajak student aku bergambar hihihi.



paling best kali ni aku dapat cikgu pembimbing yang sangat ohsem,sempoi baik hati,cantik,awet muda semua ada hikhikhik. time ni aku and the geng pergi open house kat rumah kaksu guru pembimbing aku yang pakai tudung oren tu. see? nampak sebaya tak kami? walhal umur kaksu dah 40 tapi still nampak muda. kalah kami yang muda remaja ni muehehe. 



ingat jadi cikgu pergi sekolah mengajar saja? banyak lagi benda lain yang cikgu buat tau. contohnya yang nilah. siap kena buat mural lagi. walaupun aku ni takda bakat kheeeeen huehuehue. takat nak tolong mewarna boleh la. kalau nak suruh melukis cikgu mintak maap le.



nak buat mural kena hepi hepi, barulah hasilnya cantik. haaaa gituu :p



tekun benor aku nengok si syuhada ni. teacher tau dia ni. teacher paling laris di pasaran sebab muka dia yang macam teddy bear tu hahaha.



hai teddy bear (^_^)



hey shut up you!!!!!!


yang ni namanya rahmah. pun laris jugak ni. maybe sebab muka dia ala-ala rani mukherji gittu. "eh, see the nose lah" wakakaka. muka camni limited tau kat mesia :p


banyak tempat gak kami buat mural ni. yang bahagian dinding paling besar biar yang pro je uruskan hihihi. yang jantina lain sikit berbaju biru tu pun cikgu praktikum jugak tapi depa dapi IPG kampus Bahasa Melayu. memang depa ambil course seni pun =)


sekarang ni aku dah berjaya lalui praktikum yang kedua ni selama 7 minggu. ada lagi seminggu jer sebelum genap 2 bulan. sobsobsob sedih sangat praktikum dah nak habis. mental aku ni tak ready lagi la nak kena bangun pagi pastu pergi kelas macam biasa. paling down bila fikir assigment yang dah deadline pastu hafazan yang satu mende pun aku tak hafal lagi. saya nak jadi cikgu taknak jagi student lagi dah muehehe.

bahagia sangat praktikum kali ni sampai badan pun macam dah mintak nak pergi slim world. ingatkan time praktikum boleh kurus hahaha.  

ok bye!






7 comments:

jai said...

cantik mewarna

mazni said...

eh, sekolah saya masa kecik2 dulu :D semoga impian akak nk jadi guru akan tercapai

nazirah said...

bestnye.. menarik baca pasal ni... smg mnjdi cikgu yang berjaya dunia akhirat aamiin..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sonok lak aktviti cmni..hihi

E'in said...

selamat pagi cikgu... hihi

nuna syana said...

comel nyer gambar2 hurmmm :)

Mizz ErMa said...

bestnya..kesian pulak kat diri sendiri sbb cita2 nk jd cikgu x kesampaian..hehe

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers