Saturday, September 28, 2013

2 Jujur

Assalamualaikum =)


sebenarnya dah seminggu aku habis praktikum. tapi nak update den sibuk sangat. lepas praktikum je terus pulun buat assigment pulak. assigment pun due date time orang tengah praktikum memang la aku tak layan. sudahnya bila dah habis praktikum baru kenal erti tak tidur malam semata-mata nak siapkan mereka. 

takpe lupakan. yang penting semuanya dah selamat ke meja pensyarah. tapi isinya aku taktau la macam mana hahaha.

masuk bab praktikum, last aku kat SK Bandar Baru Bangi 20 september hari tu. sedih bangat sih masa hari last tu. sedih sebab sekolah tu best sangat. takut pulak nak tunggu praktikum 3 nanti. harap2 best jugak la.

praktikum kali ni aku ngajar satu kelas je untuk subjek pendidikan islam dengan bahasa arab. ustazah la kononnye kikiki. kelas yang aku ngajar ialah kelas 2 Jujur. hmmm memang jujur sangat lah bebudaknya. kalau bosan cakap je bosan, kalau taknak cakap je taknak. memang tak ada berlapik langsung . tapi mula-mula jelah. lepas dah lama aku ngajar baru depa tahu aku ni sebenarnya jelmaan singa muahaha. 

ada masa kena garang gak dengan depa ni. ada masa aku baik tapi baik sangat depa pijak kepala. hamboooi ingat aku spesis senang dibuli agaknya. setiap kali lecturer nak datang observe aku kena ugut nak bagi hadiah baru depa diam. memang kopak ah duit aku 2 bulan tu. 

tapi best sebenarnya ngajar  budak-budak ni. sebab dapa pandai. kadang-kadang pandai jugak ambil hati aku haha. minggu lepas aku teringat jugak ah kat depa sebab baru habis praktikum kan. masuk je minggu ni aku dah tak ingat sangat dah. rilex brader ! bak kata cikgu-cikgu senior kat sekolah, time praktikum memang la kalau boleh setiap budak kau nak belai tapi bila dah jadi cikgu betul nanti jenuh kau nak belai sorang-sorang. tak larat kot. 


budak kelas 2 jujur, masa ni aku suruh depa tolong jawab survey untuk assigment aku. kusyuk je tengok. bagus! bagus!


tilmiiizaton fil fals 2 jujur hihi. budak pompuan baik sikit. lemah lembut semuanya. cuma ada lah 2 3 orang yang selalu menyembang dalam kelas aku =_=



peace !!!



haaaa gini la budak laki kelas 2 jujur. memang susah nak suruh duduk diam walaupun 1 minit. sabooo jelah



yang buat gaya pegang momtot tu ketua kelas tu haha. memang susah nak kawal depa ni kecuali kalau ada hadiah :p



gambar memang bergegar tahap gempa bumi dah. dahla aku amik gambo guna hp je.



again takleh nak control



yang ni gambar last sebelum aku give up haha. penat bagi arahan suruh duduk diam tapi tak dengar jugak.


 walaupun budak-budak ni agak susah dikawal, nasib baik setiap kali observe depa behave sikit. kira oklah tu. takda la aku berdendam sangat dengan depa. sedih nak tinggal ada lah hikhikhik. kalau sekolah dulu nak tengok gambar depa balik pun aku dah tak sanggup sebab lagi horror T_____T



yang ni bukan 2 jujur lagi dah. ini kami cikgu-cikgu praktikum masa majlis persaraan guru besar. 3 orang je praktikum, yang berdiri tu kaksu, guru pembimbing aku dengan mah :)



masa open house kat rumah kaksu.



budak praktikum je ni huehuehue.



ok dah. selesai 2 bulan praktikum. terima kasih semua warga SKBBB. anda memang awesome :p




2 comments:

nuna syana said...

Love kids and love teach ^_^ seronok kan ngan budak2... :)

Mizz ErMa said...

alahai..jujur betul budak2 2 jujur tu..nasib baik makan jgk saman bila di offer dengan hadiah..hihi

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers