Friday, October 18, 2013

abang menikah and raya haji =)

Assalamualaikum =)

Hari ahad minggu lepas abang aku menikoooh. habis la dah tak ada dah abang aku yang single. abang pun ada 2 orang ja. sekarang ni dua dua dah menikah. baguslah tu. lepas ni aku pulak :p

simple je abang aku nikah hari tu. tak de majlis-majlis apa pun. tunggu bulan 12 nanti baru buat kenduri hihi. abang aku sorang ni memang tak tak sabar-sabar sangat nak nikah, nak tunggu cuti sekolah lama sangat dia kata. whatever la janji dia happy. yang penting nafkah untuk adik-adik harap jangan lupa ea walapun dah jadi suami orang muehehe.



baru beberapa minit jadi husbad and wife. pengantin malu-malu lagi haha. 



kakyong, dikyong. aku memang rendah rr dari adik aku hikhik. dua orang lelaki tu anak buah aku =)



along, kakyong, adik akmal, dikyong. dalam masjid lagi time ni. 



lepas nikah kat masjid kami pergi rumah kakak ipar baru aku. depa buat makan-makan sikit. kalau kat tempat aku memang takleh menikah kat rumah. semua kena nikah kat masjid. senang kot tok imam tak payah susah-susah cari rumah pengantin.



yang tengah duduk tu semua makcik-makcik kampung aku. mak aku bawak sekali kengkawan dia =)



makan ler makcik-makcik. layan diri. makcik-makcik yang dok berdiri tu jiran-jiran kakak ipar aku kot. rasanyalah



yang ni pun abang aku gak. dah lama dah kawen hihi. tapi yang sebelah tu bukan anak dia. tu anak kakak aku =)


selamat menjadi suami orang wahai abangku. tahniah untuk anda =) memang senyum tak habis-habis la dia kan. muehehe

lepas makan-makan kami pun balik. tinggal la abang aku duduk kat rumah mertua dia. hihi

dah alang-alang aku sekalikan jelah dengan cerita raya haji punya. malas dah nak update banyak-banyak kali =) 

cerita raya haji aku simple je. petang sebelum raya aku tolong mak aku buat ketupat, rendang. settle hahaha. tu je menu raya kami. lagipun nak buat lebih-lebih bukan ada orang nak datang sangat pun. kakak-kakak aku pun tak balik. 

raya pertama macam biasa, bangun tido. kemas-kemas rumah sikit. lepas tu siap-siap pergi sembahyang raya. lepas sembahyang terus balik layan anak-anak buah kat rumah. walhal parents aku buat korban tahun ni. tapi memandangkan parents aku buat sekali dengan orang kampung dekat surau. takda maknanya aku nak join sekali. orang buat kenduri pun aku tak pergi muehehe. lepas tu kena marah dengan mak aku yey!!!

nasib baik la ada jugak anak buah kat rumah, kalau tak memang lepas sembahyang raya tu aku bantai tido jelah. k memang tak senonoh pun :p



 mak chaq dengan naufal. anak abang aku =)



dikyong, aku dengan kakak ipar aku. adik aku yang lagi 2orang tu ada je kat rumah. tapi aku ajak bergambar taknak. belagak !!



rasa puas balik kampung kali ni walaupun sekejap sangat sebab dapat berhari raya dengan dua gadis kecintaan kesayangan aku ni. maklumlah depa dua jer anak buah perempuan. so, depa tu lah yang paling aku sayang sangat-sangat. kesian tau dua orang ni kena tinggal dengan mama dengan abah depa. sebabnya kakak aku ada kursus. tu yang depa kena tinggal kejap dengan mak aku. yang si along tinggal dengan abah depa. paling kesian adik akmal la kena duduk dengan pengasuh sobsobsob. abang ipar aku nak handle semua anak-anak dia time kakak aku takda memang takla kan. sebab tu terpaksa bahagi merata anak depa haha. 



kakak muna debab sayang. mmmuah 



kami tiga orang jelah yang dok berposing sakan. gambar ni muna yang ambil.



lagi hehe



family abang aku. anak dia dua orang laki tu jer. si syifa' comel tu anak kakak aku =)



seronok la dua orang ni dok selca haha. guna fon aku pulak tu =)



kesayangan aku. malam hari raya tu aku dah bertolak balik bangi sebab hari rabu dah ada kelas. sekarang ni syifa' dengan muna still kat rumah aku sebab kakak aku tak habis kursus lagi. rasa macam nak duduk je kat rumah lama-lama teman dak dua orang tu. tapi apakan daya. aku still lagi student muehehe. rindu-rindu pun tahan jelah. 

insyaAllah aku balik nanti anak buah aku dah bertambah lagi sorang. sekarang ni kakak aku yang sulong dah kena tahan kat hospital. menunggu masa nak bersalin. mudah-mudahan semuanya selamat. aku pulak yang tak sabar ni hikhikhik. ok bye !


2 comments:

nik ros said...

tahniah.dapat akak ipar baru yea :)

Kenari Putih said...

Kak ipar kecil molek... Dapatla mak awak sorang lagi menantu... Hehe

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers