Thursday, October 31, 2013

resepi lemang kukus

Assalamualaikum =)


sekarang ni hari-hari aku bertapa kat dalam bilik sementara menunggu habis exam. exam pulak kemain lama dia punya gap. petang tadi baru habis satu paper. kena tunggu 7hb and 13hb pulak untuk paper yang seterusnya. lepas tu cuti yey!!

memandangkan tak banyak sangat aktiviti yang boleh aku buat kat dalam bilik yang petak ni. so, aku pun mencari lah idea nak update blog. tak tahu dah nak update apa sekarang. macam tak ada hot issue je huhu. nasib baik time godek-godek album tadi terserempak dengan gambar-gambar yang aku ambil masa  buat lemang kukus tahun lepas. tahun lepas hokey hahaha. kalau tengok tarikh kat gambar tu pun dah boleh tahu yang tahun 2012 punya. 

sebenarnya idea buat lemang kukus ni kakak aku la yang bagi sebab raya haji tahun lepas aku beraya dekat rumah kakak aku dekat Port Dickson. dekat sana mana nak ada buluh macam yang ayah aku selalu guna kat kampung. so, kakak aku kata boleh la try buat lemang tapi tak payah guna buluh, guna daun pisang sudah =)

ok baiklah, untuk buat lemang kukus ikut resepi aku ni senang je. bahan-bahan yang diperlukan 
ialah :

* beras pulut (suka hati nak banyak mana)
* santan ( guna pati jer, depend banyak mana korang punya beras)
* garam 
* daun pisang


first step. masukkan pati santan ke dalam belanga. buka api perlahan jer


lepas tu masukkan sedikit garam. agak-agak jelah garam ni. jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. secukup rasa jelah. aku tak pandai sangat bab-bab sukat garam ni la. memang sentiasa fail 



then masukkan pulak beras pulut. sukatan beras dengan santan tu kena agak betul-betul. kalau terlebih santan nanti kang pulut tu boleh jadi lembik. 



kacau je guna api perlahan sampai jadi pekat macam ni ha. lepas tu boleh le tutup api.




hokey sekarang ni tiba masa untuk kita bungkuskan pulut tadi dengan daun pisang.

sebenarnya aku buat ni ala-ala ketupat palas sikit. kalau sapa yang pandai buat ketupat boleh la buat try buat macam ni. gantikan daun palas dengan daun pisang je pun muehehe. 


cengginilah rupanya bila dah dibungkus. memang buruk benor rupanya haha. aku tak boleh buat besar-besar sangat sebab daun pisang memang kecik je. nak ambil daun pisang yang besar sikit aku tak sampai. asal boleh bungkus dah lah kikiki. 

lepas dah siap bungkus semua boleh la letak dalam periuk kukus. tunggu la dalam setengah jam macam tu baru masak kot. entah la aku pun dah tak ingat berapa lama masa aku ambil untuk kukus lemang ni. yelah, tahun lepas punya kan :p

 gambar masa kukus aku tak ambil pulak. 

yang ni masa buat kat rumah kakak aku. nampak la cantik sikit huhu.



ginilah rupanya bila dah masak. sepatutnya kena potong baru nampak macam lemang. tapi memandangkan aku buat kecil jer, tak payah ler susah-susah nak potong dah. lepas tu boleh la cicah dengan rendang ke serunding je. time ni aku buat sambal ayam jer. rasa dia lebih kurang macam lemang lah. ada rasa lemak-lemak sikit, pastu bau daun pisang tu. cuma yang bezanya tak bakar dalam buluh jelah.

ok boleh la cuba lagi lepas ni. aku pun kalau teringin nak makan lemang nak jugak buat lagi =)


saja masukkan gambar ni . yang ni aku buat chicken grill dengan sosej. sos black paper pun buat sendiri jer. menangis chef jo tengok pinggan aku. tak da kekemasan langsung hahaha. anak murid Jamie Oliver memang macam ni :p



yang ni aku selalu buat jugak kalau kat rumah. popia goreng memang feberet aku lah. 

kalau tengok tarikh dekat gambar tu semua time aku tengah cuti sebenarnya. kalau kat hostel hobi aku  layan movie tido layan movie tido,tapi kat rumah pulak hobi aku memasak. saja tau nak bagitau semua orang diri sendiri suka masak hikhikhik. bangga mak mertua kalau dengar :p

15 november nanti aku dah start cuti sem. sekarang pun dah macam-macam menu aku fikir nak masak. kononnya nak start diet. tapi kalau dah hobi aku memasak tak tau la jadi ke tidak diet aku haha. maybe aku kena start search menu yang sesuai untuk diet aku nanti. harap harap menjadik la diet aku. nak jugak ramping macam Lady Gaga.  

ok bye!




9 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

oooo ni nama dia lemang kukus?penah rase tapi tak tau ape benda nyer..hehehe..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya tgk..pndai2 masak..

cherry_ijau said...

nak try lah . macam senang jer

azizah :) said...

wahh menarik jugak ni yer..lemang kukus xpernah try lagi..

Acik Erna said...

Kalau lemang ni acik buat macam biasa la nida..guna buluh dan bakar

aisya said...

1st time dengar. hehe.. sekali tengok macam pulut panggang pun ade. hehe

NORLIA IBRAHIM said...

Hah!!!dh lama sy cr recepi ni.hehe!!!mekacih;-)

NORLIA IBRAHIM said...

Hah!!!dh lama sy cr recepi ni.hehe!!!mekacih;-)

NORLIA IBRAHIM said...

Cdpnye,;-)

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers