Sunday, October 27, 2013

selamat lahir ke dunia Muhammad Aqif Rayyan

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah murah rezeki family aku tahun ni sebab tahun ni jer mak ayah aku dapat dua orang cucu. memula kakak aku yang number 2 bersalin bulan februari hari tu (link) and yang terbaru, 21 oktober 2013 bersamaan hari isnin minggu lepas kakak sulong aku pula selamat melahirkan seorang lagi anak saudara lelaki untuk aku. pukul berapa aku tak ingat. tapi mak aku kata dalam pukul 10am lebih la kakak aku bersalin hewhewhew. 

jadinya total anak buah aku sekarang ialah 8 orang. 6 orang lelaki, 2 orang perempuan. nampak tak balance kat situ hahaha. 

kalau ikutkan kakak dengan abang ipar aku memang nak anak perempuan pun. sebabnya anak first depa dah lelaki. aku pun excited nak anak saudara perempuan. tapi malangnya keluar-keluar lelaki juga hahaha. masa kakak aku pregnant pun dia punya instinct kata perempuan. pergi scan tak pernah nampak. lagipun orang kata kalau scan tak nampak tu maksudnya anak perempuan. nampaknya teori tu tak boleh pakai la :p



pandai tau budak ni buat surprise. habis baju pink yang mama awak belikan tu nak bagi sapa pakai???? muehehe. takpelah, tak kisah lelaki ke perempuan. yang penting sihat sempurna tubuh badan =)


badan saya berketak-ketak 



dagu saya bertingkek-tingkek



=)



atas riba tok hihi. kakak ipar aku kata mata hitam besar. tak sabar tau nak balik jumpa baby debab ni.



tido aje kejenye. standard lah tu kan baby memang suka tido hehe


seronoknya jadi baby kan. tido je manjang. tak payah fikir masalah dunia :p


anak buah aku yang ni bersalin operate. sama macam abang dia dulu. 




inilah anak saudara aku yang ke8. Alhamdulillah 








Muhammad Aqif Rayyan bin Mohd Fizree. dah besar nanti jadi anak yang soleh yang bijak yer. mak chaq sayang awak (*_*)


tunggu Aqif besar sikit boleh la main dengan abang. Muhammad Aqil Afham. tu pun kalau Aqil sudi nak main dengan adik sendiri la. sebab sekarang ni dia still dalam proses nak terima adik dia. kalau boleh nak semua orang bagi perhatian kat dia sorang haha. 


aku pun tak jumpa lagi benornya anak buah aku ni. gambar-gambar ni pun kakak ipar aku yang share kat line. entah-entah aku balik bulan 11 nanti dah lain dah rupa dia. lagipun muka baby kan cepat berubah hehe. 

insyaAllah aku target tahun depan aku dapat sorang lagi anak buah. alaa abang aku kan baru menikah raya haji hari tu. so ada chance la anak dapat anak buah lagi wahaha. abang aku siap cakap lagi suruh doakan dia dapat kembar terus. ok abang, adikmu ini akan sentiasa doakan =)

tahun 2015 pun aku target akan dapat lagi sorang haha. amboooi melampau sangat. lepas tahun 2015 maybe aku sendiri pulak yang akan beranak muahaha. ok bye !!!

2 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

alohhhh dah kenapa comel sgt awak nii??geram aunty tauuu...

Mardiah Diana said...

Sala Dik...comel la pict baby tu...akak pn teringin nak ada baby jgk...

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers