Saturday, October 19, 2013

sale ! sale ! sale ! sale !

Assalamualaikum =)



tadi aku pergi warta. kononnya nak beli barang nak masak le. tetiba roommate aku nak makan cendawan so, aku pun ikut le dia dengan rahmah pergi giant dekat warta tu haaa.

sampai je pintu masuk giant kami bertiga wonder dekat kaunter tempat simpan barang tu ramai bebenor orang berkerumun. kami pun dengan lajunya pergi la dekat tempat orang dok berkerumun tu. rupa-rupanya giant ada buat sale barang-barang free gift yang dah tak ada orang tuntut tu. murah weh. setiap barang 50sen jer harganya. 

kami sebagai wanita sejati mana boleh tengok menda macam tu muahaha. terus kami join sekali memilih barang-barang tu. lagipun macam ok je. cantik-cantik pulak tuh. makcik-makcik yang dah ber-family tu lagi la. siap beli ber bundle bundle lagi ha. kalau aku dengan mak aku pun kompom dah beli banyak dah tu hikhikhik. benda murah kan. sapa taknak 



hasil borongan aku, rahmah dengan fira. last-last barang nak masak kami beli gitu gitu jer.



wehehe. suka sangat tau. ada bekas makanan, bekas air, pinggan comel, cawan dengan mangkuk. semua rm 0.50 jer setiap satu =)



ada free gift nestle, kit kat, susu HL, nestea. apa lagi entah. untung la giant. walhal tu semua free gift je tapi depa jual. takpe aku gak untung untuk boleh borong banyak-banyak hehehe.



yang kami bertiga ni. 




puas hati aku. tengah sedih benornya sebelum datang warta. tapi bila dapat borong macam ni terus hilang sedih aku miahaha.



comel je bekas ni. yang ni fira punya =)



mangkuk comel kami. boleh buat bekas makan megi kami bertiga hehehe.



kit kat. suka sangat :p



lepas tu kami siap dah rasmi dah pun. ini pinggan comel kami



makan sup cendawan dalam mangkuk baru haha.



dedua ni aku yang punya. satu boleh simpan dulu. satu boleh guna buat pergi kelas hari-hari



yang ni pun dah siap letak biskut baru beli gak tadi. excited beli biskut semata-mata nak letak dalam bekas baru beli ni kikikiki. ada gak yang aku nak bawak balik nanti. dah banyak-banyak macam tu aku nak buat apa kan.

tetiba rasa menyesal pulak tak beli banyak-banyak lagi tadi muehehe. dasar tamak la aku ni. harap-harap lepas ni ada lagi. boleh aku borong lagi. aku memang suka benda-benda macam ni. 

ok bye. 

3 comments:

nik ros said...

wa..comel dan murah.sis suka mangku yg polka dot tu :)

نورعيم said...

banyaknyaaa beli bekass!

Mardiah Diana said...

Wahh...bnyk brg baru beli...semua pn comel2....

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers