Assalamualaikum =)
Alhamdulillah 5 Februari 2013 hari tu aku dapat sorang lagi anak buah. jadinya total anak buah aku sekarang dah jadi tujuh orang hasil dari 2 orang kakak and seorang abang aku kihkihkih. yang ke lapan tak tau la bila pulak :p
anak buah aku yang num 7 ni is a boy. memang kami semua memang dah tau dah. lagipun kakak aku memang awal-awal lagi plan nak baby boy sebab nak cukupkan kuota anak dia 2 lelaki and 2 perempuan. so setakat ni anak buah aku 5 lelaki 2 perempuan la.
seronok ada anak buah ramai ni. lagi pulak depa semua umur lebih kurang je. kalau semua berkumpul kat kampung memang habis la. macam pasar malam le jawabnya rumah tu muehehe.
tu tak masuk lagi anak aku nanti. entah berapa orang la kan anak aku nanti kikiki. kahwin pun tak lagi dah pikir anak. dah malas nak verangan lebih-lebih. meh sini aku nak tunjuk anak buah baru aku.
hi, saya Muhammad Akmal Fauzaan Bin Kamal Faizin. saya lahir pukul 8.30am dekat INS specialist centre :)
along yang kononnya penyayang hohoho.
hobi saya ialah tido sepanjang hari. bila lapar saya bangun. lepas tu bila dah kenyang saya suka pooo pooo :p
amboi anak teruna sorang ni. kemain lagi menguap haha.
kakak syifa' yang suka mengacau adik. dulu boleh la manja-manja sekarang dah ada adik tak leh nak manja-manja sangat dah la.
suka sangat la mengacau adik dia. pantang tak da orang tengok sikit mesti akan buat something kat adik dia tu.
budak tembam.
nasib baik kakak aku ni bersalin sebelum raya cina. pastu aku pulak cuti seminggu raya cina hari tu. jadi sempat la aku tengok si kecil ni. kalau ikut due date kakak aku dah bersalin 2 minggu awal. ada hikmah la tu. kalau kakak aku bersalin betul-betul ikut due date memang tak sempat la nak jumpa dia. kena tunggu bulan 3 nanti pulak baru aku cuti =)
sekarang ni aku dah ada kat IPG and dah start sibuk dengan assigment pastu program lain lagi. bila dah sibuk nak update blog pun tak da masa huhuhu. sedih ngat !
ok bye =)
1 comment:
baby ni semuanya somel.. dulu sy jeles tgk membe2 ada bb.. bila sy ada bb br tau penangan ada bb, maksudnya waktu tidor kita berkurang, hahaha...
Post a Comment