Friday, February 1, 2013

restoran perantau hill, bangi

Assalamualaikum =)


petang tadi aku, minah, fiza, rahmah and atun pergi makan dekat restoran perantau. restoran ni dekat je dari IPG aku. tak sampai 10 minit pun kalau nak pergi tapi ni la kali pertama aku datang sini sebab ada kawan-kawan aku cakap tempat ni tak best sangat. tu yang aku tak berani nak try. tapi petang tadi fiza la yang plan nak datang sini jadi aku pun ikut jela =)

sebelum ni dah berkali-kali aku lalu kat restoran ni tapi tak rasa nak berhenti pun. tapi aku tau la restoran ni cantik. besar pulak tu. kalah restoran-restoran dekat area situ =)

bila dah datang restoran ni tadi baru la dapat tengok sendiri macammana tempat ni. firstly aku rasa ok la sebab ada surau yang agak selesa. aku pun dah tumpang solat asar tadi. lagi satu toilet pun boleh la walaupun ada 2 jer. tempat makan yang paling best sebab kita boleh pilih nak makan kat mana saja. ada ruang yang boleh bersila. ruang yang ada bumbung. nak duduk kat tempat berbumbungkan angkasa kelabu pun boleh :p . pendek kata kalau datang sini tak payah risau la bab nak cari tempat duduk sebab banyak tempat disediakan. lagi satu kalau nak buat majlis pun boleh kat sini sebab ada jugak dewan khas.



kami pilih tempat bawah bumbung. masa kami datang ni orang pun tak ramai sangat. selalunya kalau aku lalu time malam baru ramai orang.



kat sini tempat orang yang nak makan sambil bersila. boleh feeling feeling jepun gittew =)



dayang-dayangku. rahmah, fiza, minah, atun =)



rahmah, hang bangga tak camni hasilnya lepas gambo hang di adobe. kehkehkeh




zahiyyah roommate minah. kalau nak berkenalan dengan dia sila click sini  :p



ni menu pertama yang kami order. ice cream kek perisa coklat. sedap ngat cuma serbuk koko yang ditabur kat atas tu mengspoil kan la sebab rasa dia pahit sikit. sebelum nak makan tu kena buang dulu serbuk tu. kek ni fiza yang order sebenarnya khas untuk besday girl yang dah lepas  ni =) tak sangka besday dah lepas pun ada orang still nak celebrate. terharu y'olls :p



ni lah dia Fiza Hawa gadis kacukan indon-bugis. maka jadilah dia anak jawa sejati sebab masih menggunakan bahasa jawa sebagai bahasa utama muehehehe. thanks fiza belanja aku hari ni. tak sangka pulak dia betul-betul serius nak belanja sebab masa dia wish birthday aku hari tu dia ada janji nak belanja tapi aku tak ambil serius pun. bagus fiza, janji harus ditepati bukan dicapati lalalalala.





lepas tu bermula la adegan suwit suwit camni. sayang hang Fiza :D




hari tu kat Fullhouse dah makan chicken chop, hari ni makan lagi. memang muka chicken betul la aku ni hihihi. tapi bagi aku chicken chop ni kat kureng sedap la sebab digoreng terlalu rangup. pastu ada part yang macam dah nak hangit. lagi satu aku ni pulak jenis tak suka chicken chop yang digoreng, rasa hilang nikmat makan ayam macam tu. apapun tetap licin gak pinggan aku tadi hehehe. kena makan sampai habes la dah orang belanja kan =)





ni fries rahmah punye. rasa dia macam fries biasa jela. tak da berubah pun :p



ni namanya laksa tanjung dawai. sedap. lepas ni kalau pergi lagi boleh la order laksa ni. 




ni lamb chop atun punya. sedap gak. sampai sekarang dok terasa lagi lamb tu. tetiba teringat pulak kat kambing mak aku dikampung =)




muka gadis-gadis yang dah kenyang. buruk benau ghopenye haha.



kat sini ada gerai-gerai tempat depa masak. takyah susah susah nak pergi order kat gerai tu pun. sampai je duduk kat meja nanti ada la waiter yang datang ambil tempahan.



yang ni gerai malaysia special.




kalau nak makan ala-ala seafood pun boleh. selain talapia, ada macam-macam jenis ikan lagi. sotong udang ketam pun ada 




sapa yang mencari tempat makan yang best kat bangi ni boleh la try datang restoran perantau hill. tapi kalau nak makan mee hailam ke kuew teow kungfu ke mee bandung ke jangan datang sini pulak sebab kat sini tak da makanan tu semua. 


ok bye!





6 comments:

azzey said...

ni restoran yg tepi highway tu kan?

kakyongnida said...

azzey : aah. kedai tu tepi jalan ja

Syazwani Mazlan said...

wah..lamb chop dgn laksa tu mengiurkan!

osham said...

Sini dah ada caw.Willy Satay yg popular tu

AYuNG said...

sedaaappppp nya nmpak laksa tuh......nak kena try nih..

always lalu jer, blm bekesempatan nak singgah lagi...

siang bukak eh?
=)

¤ wardah_khalisah ¤ said...

Dewan tu besa mne ye?

kami

Daisypath Anniversary tickers

i love my blog

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers